Aku Sempoi

Nostalgia Jalaluddin Hassan bersama A&W





TARIKH keramat 4 Ogos 1975 kekal segar dalam kamus hidupnya. Setiap kali melintasi restoran makanan segera A&W, secara automatik momen pahit itu menerjah. Biarpun sudah hampir tiga dekad berlalu tetapi peristiwa tersebut masih tetap bersarang dalam dirinya. Segala-galanya bagaikan baru semalam berlaku.

"Pada tengah hari itu saya ditugaskan menghantar pesanan makanan di pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang terletak di aras sembilan bangunan AIA. Suasana sekitar tenang seperti biasa. Namun sebaik saja pintu lif di aras sembilan terbuka saya mendengar satu letupan kuat yang menyakitkan telinga.

"Saya sangkakan di aras berkenaan sedang sibuk dengan kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian. Tapi, lain pula yang berlaku. Belum sempat keluar dari lif tiba-tiba seorang sekuriti dengan pantas menghalang dan bergegas meminta saya segera turun ke A&W," imbas pelakon tersohor Datuk Jalaluddin Hassan, 56, mengenai insiden yang berlaku di bangunan AIA, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur hampir 35 tahun lalu.

Setibanya di A&W yang terletak di aras bawah bangunan AIA, dengan pantas pengurus menarik tangannya masuk ke dalam dan serta-merta mengunci pintu restoran. Kumpulan krew yang lain hanya menggelengkan kepala apabila Jalaluddin bertanyakan apakah yang sedang berlaku.

Keadaan semakin cemas tatkala bangunan AIA dikelilingi dengan puluhan anggota polis. Tidak berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan sebenar, tanpa jemu Jalaluddin meminta pengurusnya merungkai situasi sebenar.

Alangkah terkejutnya sebaik sahaja mendapat perkhabaran letupan yang didengarnya tadi rupa-rupanya tembakan yang dilepaskan oleh pengganas Tentera Merah Jepun (JRA).

Difahamkan tentera JRA telah merempuh masuk dan menawan beberapa individu di pejabat Kedutaan AS dan Sweden di aras tersebut. Jika tuntutan mereka tidak dipenuhi tebusan akan dibunuh.

Lebih cemas apabila A&W menerima panggilan telefon daripada seorang tebusan yang memesan set makanan untuk tentera JRA. Kacau-bilau fikiran Jalaluddin kerana bimbang keselamatan diri dan krew lain jika pergi menghantar makanan kepada tentera JRA.

"Kami tidak mengambil keputusan terburu-buru dan berbincang dengan pihak polis. Krew A&W dihalang menghantar tempahan makanan sebaliknya anggota polis yang menyamar sebagai krew A&W dan menghantar makanan.

"Selepas beberapa jam terperangkap akhirnya pihak polis membenarkan kami pulang ke rumah. Insiden itu cukup membimbangkan dan menyebabkan bonda menangis teresak-esak memikirkan keselamatan saya," tutur Jalaluddin mengenai krisis tebusan bangunan AIA yang dapat diselesaikan secara aman tanpa melibatkan pertumpahan darah.

Ini semua berkat kebijaksanaan Allahyarham Tun Ghazali Shafie yang pada waktu itu memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri. Kemahirannya bertutur dalam bahasa Jepun, membuatkan rundingan selama tiga hari tiga malam itu berjalan lancar dan berjaya membebaskan tawanan.

Biarpun diuji dengan insiden yang mendebarkan, namun ia sedikitpun tidak melemahkan semangat bekerja Jalaluddin. Tanggungjawabnya sebagai krew menghantar pesanan makanan masih dilunaskan dengan baik.

Berjalan dalam keadaan hujan dan panas tidak dipedulikan asalkan pelanggan menerima pesanan makanan seperti yang diingini. Pada zamannya proses penghantaran tempahan hanya dengan berjalan kaki.

"Saya sekadar suka-suka bekerja di A&W. Sebelum itu sudah mencuba pelbagai pekerjaan tetapi masih tidak berpuas hati kerana impian sebenar ingin menjadi pelakon. Kelakarnya, selepas melihat kawan-kawan bekerja sebagai pelayan, saya pun nak jadi pelayan. Lantas A&W menjadi pilihan.

"Pada era tersebut A&W merupakan restoran makanan segera yang cukup popular. Anak-anak muda kerap dilihat berpacaran di sini. Yalah makan di A&W nampak lebih bergaya berbanding di gerai (ketawa)," ujar Jalaluddin yang memberitahu A&W bukan sekadar lubuk rezeki malah mendidik pekerja tempatan semangat perpaduan.

Tambah bapa kepada lapan cahaya mata itu: "Sejak dulu lagi krew di A&W yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan Australia sudahpun mempraktikkan amalan bersatu padu dan bekerjasama.

"Kami saling bantu-membantu. Malah, kawan baik saya ketika itu ialah Peter (anak orang kaya berbangsa Cina) dan Bahrain (Melayu). Walaupun Peter mengalami kecacatan fizikal tetapi saya dan Bahrain sentiasa menjaganya dengan baik."

Detik awal A&W

SAHABAT karib yang memulakan empayar A&W pada tahun 1919.

Kenyataan pelakon yang pernah membintangi drama Idaman itu, disokong oleh Jim Phinex, 67. Phinex bukan calang-calang individu, dia merupakan anak kepada pasangan suami isteri dari California, AS yang bertanggungjawab membuka restoran makanan segera A&W di Malaysia.

Menariknya restoran A&W bukan sahaja restoran makanan segera yang pertama di Malaysia malah rangkaian A&W pertama di Asia. Saat memulakan operasi pada 20 Disember 1963, adalah suatu fasa yang sukar kerana masyarakat Malaysia era itu tidak pernah mengenali burger, kentang goreng atau sosej.

Namun kerana dekorasi restoran yang berwarna ceria itulah, ia mula menarik minat pengunjung khususnya kanak-kanak.

Jelasnya, sewaktu melakukan proses permohonan untuk membuka A&W, kerajaan tempatan memberikan satu syarat penting. Syarat yang perlu dilaksanakan supaya tidak timbul soal ketidakadilan dalam perpaduan kaum.

"Lokasi restoran pertama kami ialah di Batu Road, Kuala Lumpur (kini Jalan Tuanku Abdul Rahman). Semua kelengkapan dapur dan produk makanan sudah diselesaikan cuma ketika itu kami memerlukan tenaga kerja daripada masyarakat tempatan.

"Oleh kerana kerajaan mahu masyarakat Melayu dan India mula mencari kerja di bandar bersama orang Cina, maka kami diwajibkan mengupah 40 peratus orang Cina, 30 peratus orang Melayu manakala 30 peratus lagi masyarakat India," tegas Phinex ketika ditemui Kosmo! pada Majlis Pelancaran Wajah Baru cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Trak Bergerak A&W.

Phinex yang mengahwini wanita berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu memberitahu dia bagaikan tidak percaya gabungan staf A&W daripada pelbagai kaum menyemarakkan pembukaan restoran tersebut.

Kisah darurat

Menyentuh mengenai suka dan duka A&W, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu menyifatkan peristiwa rusuhan 13 Mei 1969, sedikit sebanyak mengganggu operasi rangkaian restoran berkenaan.

Sepanjang perintah darurat orang ramai tidak dibenarkan keluar rumah sekali gus menyekat pelanggan datang menjamu selera di A&W.

"Pening memikirkan untung rugi ketika rusuhan kaum berlaku. Kekurangan pelanggan menyebabkan stok makanan tidak terusik. Namun semuanya dapat diatasi pada hari kedua rusuhan apabila restoran A&W di cawangan Petaling Jaya, didatangi dua anggota polis yang tidak makan selama dua hari berturut-turut.

"Saya benarkan mereka makan tanpa sebarang bayaran. Pada masa yang sama meminta anggota polis berkenaan membuat pengumuman kepada anggota polis yang lain supaya datang menikmati makanan secara percuma," kata Phinex yang membelanjakan 300 set makanan A&W pada waktu itu.

Ditanya mengenai A&W di Malaysia sudah menjangkau usia 47 tahun dia menjawab: "Siapa sangka restoran makanan segera tertua ini masih gagah berdiri walaupun terpaksa bersaing dengan jenama makanan segera yang lain.

"Paling penting masyarakat tetap mengingati A&W kerana air Root Beer di dalam gelas besar dan Coonie Dog. Itulah signatur popular kami."

Sumber : Kosmo

Klik disini untuk melanjutkan »»

Malique featuring Daly & Altimet - Masih Hip Hop







DOWNLOAD




Klik disini untuk melanjutkan »»

Soalan sengal, jawapan pon sengal






* Klik pada image untuk paparan yang lebih jelas.




Klik disini untuk melanjutkan »»

Melayu bagaikan ketam di dalam baldi



Sering kali kita kedengaran rintihan dan nasihat dari orang tua-tua sewaktu kita di zaman anak-anak yang lalu agar menjaga diri dan perilaku sebagai anak melayu dan juga orang Islam. Kita juga pernah mendengar pepatah melayu seperti "tidak akan hilang Melayu di dunia."

Ketika itu kita tidak pernah mendengar ada orang Melayu mengafirkan sesama sendiri. Yang selalu kita dengar adalah kisah dan keagungan orang melayu seperti hikayat lima sekawan Hang Tuah , Hang jebat,Hang lekir , Hang Lekiu dan Hang Kasturi.

Betapa hebatnya orang Melayu ketika itu terutamanya di nusantara ini. Melaka menjadi rebutan orang-orang Eropah dan tanah Melayu adalah merupakan lombong emas kepada pendatang asing seperti Cina , India dan juga orang-orang Indonesia.Kehabatan pelabuhan Melaka membuat ramai pedagang mahu berniaga di tanah air kita ini.

Betapa bertuahnya bumi ini. Bumi yang menjadi idaman seluruh penduduk di nusantara ini sehingga ke hari ini, Malaysia adalah negara pilihan utama rakyat-rakyat asing.

Namun , sifat dengki mendengki adalah warisan orang Melayu yang suikar dihindar.

Seperti hikayat Hang Tuah, dengki-mendengki sesama melayu telah menular semenjak zaman itu lagi dan ini adalah kelebihan yang ada pada orang Melayu. Mereka bagaikan ketam di dalam baldi. Jika ada ketam lain yang mula merangkak ke atas , maka ada ketam lain di bawah akan menarik ketam itu turun. Sampai bila melayu akan terus begini.

Di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad, Malaysia di bawa melangkah lebih jauh dan maju dengan teknologi-teknolgi morden dan kemajuan dalam bidang ekonomi sehingga disegani di seluruh dunia.

Ramai yang cuba menghalang setiap tindakan baik yang diperkenalkan oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad dari yang cuba menyokong. Sedangkan yang membangkang itu tidak pernah memberikan ilham-liham yang sebijak Perdana Menteri , malahan tidak pernah terfikir oleh mereka akan satu ilham yang sebaik itu.

Bagi mereka semua yang mahu dilakukan oleh Perdana Menteri kita yang boleh memberikan kebaikan kepada rakyat akan di halang, kerana jika ilahm itu menghasilkan kejayaan maka bertambah kukuhlah lagi sokongan rakyat kepada beliau.

Namun sikap tegas beliau , terus melaksanakan dan akhirnya ianya membuahkan hasil yang dinikmati oleh semua rakyat.

Umpamanya , kereta Nasioanl yang mendapat tentangan dari pembangkang , DAP dan PAS khususnya. Berapa ramaikah dari pada Ahli-ahli PAS dan juga DAP kini yang memiliki kereta Nasional ini.

Putera Jaya lambang kemegahan orang Melayu , mahu dilelong oleh PAS. Tahukah mereka , mengapa Perdana Menteri mengilhamkan firdausi Putera Jaya?

Setelah Kuala Lumpur yang menjadi punca ekonomi utama negara tidak lagi menjanjikan peluang kepada kaum bumiputera untuk memilikinya kerana nilai tanah yang melambung tinggi setiap kaki persegi dan sukar dimiliki oleh orang Melayu. Putera Jaya timbul dalam ilham Perdana Menteri untuk orang-orang Melayu.

Nilai harga tanah orang Melayu naik tinggi melambung. Tanah di Putera Jaya tidak boleh ditukarkan daripada status Bumiputera. Tanah dan pembangunan di Putera Jaya diberikan harga-harga istimewa kepada bumiputera, pejabat-pejabat kerajaan di pindahkan ke Putera Jaya. Pintu utama ke tanah air juga di pindahkan ke Putera Jaya, bagi menaikan taraf Putera Jaya.

Jika dahulu kita ke luar negeri dan mereka bertanya kepada kita tentang Kuala Lumpur. Siapakah yang membuka Kuala Lumpur. Kita akan menjawab Yap Ah Loi. 10 tahun akan datang orang asing akan bertanyakan tentang Putera Jaya , bukan Kuala Lumpur lagi.

Siapakah yang membuka Putera Jaya ? dengan megahnya kita akan berkata, Dato' Seri Mahathir Mohammad. Perdana Menteri kita. Siapa pula yang mahu melelong kemegahan orang Melayu ini ? Sendiri tahu lah.........

Klik disini untuk melanjutkan »»
 
{nama-blog-anda} is proudly powered by Blogger.com | Template by Agus Ramadhani | o-om.com