
Gadis kelahiran Sungai Petani, Kedah ini kian mendapat perhatian penerbit dan produksi tempatan dengan pelbagai drama dibintanginya termasuk Bella, Luna Fantasiku, Sadiq and Co dan Honeyz.
Scha melebarkan bakat di layar perak menerusi Antoo Fighter dan Histeria yang disiarkan di seluruh pawagam tanah air tahun lalu selain Papadom yang dijadual tayangannya pertengahan tahun ini.
Tahun 2009 cukup bermakna buat Scha apabila dilimpahi rezeki mencurah-curah.
Selain dilamar menjayakan program bual bicara, Sehati Sejiwa disiarkan setiap Rabu, jam 2 petang di TV1 dan Chopp! setiap hari, jam 8.30 malam di TV9, dia turut mendapat kepercayaan pengarah muda, Syamsul Yusof untuk membintangi filem Evolusi KL Drift II (EKLD II) selain Eddie Pak untuk filem Dimensi Cinta.
Ketika ditemui pada majlis pelancaran EKLD II Scha berkata ternyata rezeki berpihak kepadanya walaupun timbul tanggapan segelintir pihak bahawa dia menggantikan tempat pelakon, Diana Danielle yang terdahulu membintangi filem itu.
“Sudah rezeki saya ditawarkan kontrak membintangi EKLD II. Syamsul yang juga penulis skrip sendiri beranggapan karakter dalam filem ini cukup dengan jiwa saya. Walaupun filem ini mengisahkan perlumbaan kereta saya sendiri tidak pernah terbabit dalam aktiviti perlumbaan,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Scha menjadi-jadi
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment