Madu asli atau tiruan ?

Madu asli atau tiruan ?

.

Tadi mak aku ada beli sebotol madu. So daripada situ aku dapat idea nak tulis tips nie. Berikut adalah tips2 untuk membezakan madu asli dan madu tiruan :-

1. Tuang sedikit madu di dalam bekas kemudian campurkan sedikit air dan digoyangkan perlahan-lahan. Jika membentuk sarang lebah menandakan ia adalah madu asli dan tulen tetapi jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya, menandakan adanya campuran. Keistimewaan ini menunjukkan bagaimana bentuk sarang lebah begitulah bentuk madunya apabila di uji.

2. Apabila menuang di atas bekas , madu tidak terputus-putus kerana ianya pekat. Manakala madu biasa akan terputus-putus.

3. Apabila madu dititiskan di atas bekas atau tapak tangan ia secara semula jadi akan membentuk bulatan 100 peratus, ia tidak akan leper walau sekecil mana sekalipun titisan itu.

4. Madu yang benar-benar asli tidak beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan tahan lama sehingga lima tahun bahkan boleh mencapai ratusan tahun , manakala madu tiruan akan beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan akan mengeluarkan buih di bahagian atas.

5. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan

6. Madu asli tidak disukai semut kerana tiada kandungan gula, sedangkan madu tiruan sebaliknya.

7. Madu asli tidak mudah tembus pada kertas.

8. Akan terdapat mendapan pada dasar botol madu (gula) jika di biarkan untuk tempoh yang lama.

9. Celup kepala mancis pada madu dan cuba nyalakan. Jika menyala mancis itu maka madu tersebut adalah madu asli.

10. Bawa madu balik ke rumah. Jika kena belasah dengan bini anda maka madu itu 100% asli. Ahahahaahha.

4 comments:

image-promotesb.blogspot.com said...

Suka tip ke 10...hahahahaaaaaaa

Ms Lynn said...

:))

budak hort said...

Yang no 8 - 9 tu memang tak leh pakai...

Bun said...

Semua yang ditulis ni dapat disangkal dengan kaedah saintifik. Maaf sbb cakp camni. hee
1. Madu ni ape dier? Bukan ke madu ni manis? So, madu ni ialah larutan gula tepu, jd x mungkin semut x suka kat madu ni. Beza madu asli n tiruan sbbnye dalm madu ni ade pelbgai compound cth enzim, a. amino dan sbginye. ade semut x datng kat jens2 madu sbbnye kandungan sulfur dan kadar acid yg tgg..

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
{nama-blog-anda} is proudly powered by Blogger.com | Template by Agus Ramadhani | o-om.com