
Pagi tadi aku sarapan pagi di sebuah warung kopi dan kebetulan pada masa itu boleh dikatakan pengunjung sedang bersembang mengenai perubahan yang patut dilakukan didalam UMNO. Diantara topik yang dibangkitkan ialah kenapa di zaman Pak Lah nih Melayu seakan ditindas tidak boleh memperkatakan sesuatu yang hak bagi orang Melayu, Lalu beberapa orang telah menyampuk bicara kami dan ada logiknya apa yang dia katakan- Kalau anjing dah biasa makan tahi , kalau tak makan dicium juga (bunyinya agak kasar, tapi mungkin dah terlalu geram.
Aku pikir kata kata tu, lalu dia katakan selagi ada nama nama ini dalam parti sampai kiamat pun tak akan berubah, aduii…. begitu besarkah kesalahan mereka yang akan saya sebutkan nanti didalam kerosakan dalam UMNO?
Dan ini lah nama nama yang disebutkan oleh beliau, mengikut kesalahan besar
1.Pak Lah (Gagal sebagai Pemimpin)
2.Khairy Jamaluddin ( Terlalu banyak campurtangan dalam polisi Negara dan skandal-)
3. Nazri Aziz ( Melayu tak inginkan oarang yang samseng dan kurang hajar. Dengan cina penakut, dgn melayu berani)
4. Musa Hitam ( Orang yang suka jual Hak orang Melayu dan duri dalam daging UMNO )
5. Shahril Samad ( Duri dalam daging UMNO)
Aku terlopong mulut bila dia boleh senaraikan, dan aku pikir lagi- Sedangkan orang kampung boleh membuat penilaian sedemikian terhadap mereka ini , apa tah lagi orang yang cerdik pandai.
Sebelum dia pergi sempat dia katakan, mintak mintak la lepas ini satu suruahnjaya siasatan dilakukan kepada mereka ini.
Bila aku perhatikan nama-nama ini,apa yang aku dapati sejak dahulu lagi lah ini lah yang membuat UMNO didalam keadaan yang dikatakan terumbang ambing dengan kaedah sokongan yang mereka berikan pada Pak Lah- Ini adalah kerana setiap yang silap pun mereka sokong tanpa bantahan. Hati aku kata betul juga. Diantara kes kes yang mencalar hati Melayu ialah
1.Isu Jambatan Bengkok
2.Isu WPI (Hak orang melayu digugurkan)
3. Isu Proton
4. Isu ECM Libra
5. Isu GLC
6.Isu Pantai
7.Isu IJN
Dan banyak lagi… diantara banyak isu itu ada diantara mereka ini yang terlibat secara langsung dan tak langsung.
Sumber : rmf7.wordpress.com
Satu pagi di warung kopi
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment