Jawatan kosong : Lembaga Zakat Selangor

Jawatan kosong : Lembaga Zakat Selangor

.

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) menawarkan peluang kerjaya kepada anak kelahiran Negeri Selangor atau yang telah bermastautin di Negeri Selangor sehingga kini sekurang-kurangnya 5 tahun dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

Pegawai Zakat (Kaunter/ Dakwah/ Agihan)

SPESIFIKASI TUGAS:

Menjalankan tugas-tugas berkaitan amil zakat khususnya dalam proses kutipan, dakwah dan agihan zakat

KELAYAKAN DAN SYARAT LANTIKAN:

i) Lelaki

ii) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda/ Diploma dalam bidang Pengajian Islam/ Pengurusan Perniagaan atau yang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan/ luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iii) Memiliki lesen kenderaan yang sah (B2, D)

iv) Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik

CARA PERMOHONAN

a) Permohonan hendaklah menghantar surat permohonan kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan maklumat peribadi serta sekeping gambar, sijil dan dokumen yang berkaitan.

b) Sila tuliskan nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS)
ARAS 9 MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
40000 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
03-55227700
(U.P : Puan Azhana/Hairul)

Catitan:

a) Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau lewat akan ditolak.

b) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil sesi temuduga.

c) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Tarikh tutup 4 Februari 2009

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
{nama-blog-anda} is proudly powered by Blogger.com | Template by Agus Ramadhani | o-om.com