My mother is always friendly with Muslim Malays but when she found that her only daughter(me!) reverted to Islam, she freaked out. I was barred from home, and was told not to wear the hijab when I meet her. I respected her views, quietly explained the reason for covering my aurat and continued to contact her on the phone for a year. Alhamdulillah she softened her stance. Today she not only didn't mention about my hijab, she would casually introduce me as her daughter to her friends who'd raise their eyebrows when they realise that I'm a Muslim, hehehe. My reversion to Islam has not only changed me but my mother and brother's own perception towards Islam and their understanding of this religion's teachings.
"Hey, tak kenal saya lagikah. U masih kelihatan mudalah, tak tua langsung," tiba-tiba Mak menegur seorang lelaki Melayu yang berjalan di hadapan kami.
Lelaki itu menoleh dan tersenyum sipu.
"Lama tak jumpa. Apa khabar? Buat apa di sini?"
"Teman anak saya ambil medical report," terang Mak.
Lelaki tersebut memandang saya yang bertudung di sebelah Mak dengan sedikit terkejut. Apabila dia berlalu pergi, saya bertanya kepada Mak.
"Oh, dia tu staf di sini. Dah lanjut usia, about 60 tetapi awet muda. Rambut hitam dan tegap, entah apa dia makan," kata Mak.
Alhamdulillah sekarang Mak dah dapat menerima diri saya sebagai anaknya yang beragama Islam. Dia tidak malu lagi kelihatan dengan saya yang menutup aurat. Malah dia tidak lagi menimbulkan isu saya bertudung dan menutup aurat. Keluar dengan Mak seperti keluar dengan selebriti. Ada sahaja kawan dan kenalan Mak, juga bekas pesakit Mak (Mak dulu jururawat) yang akan menegur atau ditegurnya. Mak akan mengenalkan saya sebagai anaknya. Yang melucukan mereka akan kelihatan terkejut tetapi tiada seorang pun yang berani bertanya tentang keislaman saya kepada Mak.
Saya benar-benar bersyukur dengan sikap terbuka Mak pada hari ini. Kalau dibandingkan dengan reaksi Mak yng begitu reaktif ketika saya mula-mula memeluk Islam, alhamdulillah dia sudah banyak berubah.
"Mana nak makan? Rekomenlah kedai yang sesuai," kami mencari tempat makan.
Mak tidak perlu diberitahu bahawa saya maksudkan kedai yang menjual makanan halal. Dia sendiri akan mencadangkan kedai makanan Melayu yang sesuai dengan selera kami. Dan dia kelihatan selesa makan di situ bersama-sama saya. Kadang-kadang dibungkusnya balik lauk dan sambal belacan, hehehe.
Kalau balik ke rumah Mak akan pastikan anjing kami tidak mendekati saya.
"Bukan takut, tapi saya nak elakkan membasuh pakaian saya dengan air tanah," saya menerangkan.
Anjing pula seolah-olah tahu bahawa saya sudah Islam, lalu tidak mendekati saya seperti dahulu. Sebelum saya memeluk Islam, apabila pulang ke rumah, ia akan menerkam saya dan mengesel-gesel ekornya pada kaki saya. Sekarang ia akan terus duduk di muka pintu dengan diam apabila saya pulang ke rumah. Hmm, anjing pun tahu membezakan orang Islam dengan bukan Islam?
"Bersanding itu salah dari segi Islam," saya terangkan apabila menyebut tentang perkahwinan anak kawannya.
"Yakah? Bukankah dari dulu lagi bersanding itu budaya Melayu?"
"Bukan Melayu, tetapi asalnya budaya orang India. Islam tak benarkan bersanding kerana banyak amalan semasa bersanding itu salah dari segi ajaran Islam. Menepung tawar, memperlihatkan kecantikan pengantin perempuan kepada bukan ahli keluarga itu semua adat India, tak boleh dalam Islam."
"Tetapi orang Melayu ada yang masih buat?"
"Itu sebab mereka belum tahu, dan ada yang ikut sangat adat lama. Tetapi semua ustaz kata bersanding itu haram sebenarnya, tak boleh buat. Ramai orang Melayu tetapi bukan semua yang ikut 100% ajaran Islam yang ada dalam al-Quran."
"Oh, begitu," Mak kelihatan berfikir.
"Ada seorang pekerja perempuan Melayu yang suka mendekati adik awak. Kadang-kadang diraba-rabanya tangan adik awak tu," Mak mengadu kepada saya.
"Yakah? Mengapa?"
"Nak bodek adik awak la tu. Kononya berkawan. Tetapi adik awak tu tepis tangannya dengan marah. Pekerja-pekerja Melayu lain tegur adik awak kerana bertindak kasar pada perempuan tu."
Saya tersenyum. Agaknya Mak risau Adik akan terpikat dengan wanita Melayu.
"Mak, wanita Islam yang baik tidak akan berbuat seperti yang dilakukan perempuan tu. Mendekati lelaki asing dan meraba-raba tangannya. Jangan risau, Adik lakukan perkara yang betul. Secara tak langsung, Adik dah halang perempuan tu daripada terus membuat dosa," saya terangkan.
"Itulah, saya pun pesan adik awak supaya jangan keluar seorang diri dengan perempuan tu, tetapi dengar kata perempuan tu asyik mengajak."
"Bagitau adik, apa yang dilakukan perempuan Melayu tu salah dari segi agama. Islam mengharamkan wanita keluar berdua-duaan dengan lelaki bukan ahli keluarganya. Kalau dia ajak, pastikan adik pergi dengan bertemankan lelaki lain supaya tak timbul fitnah. Suruh adik jauhi perempuan Melayu seperti itu."
Mak mengangguk.
Hmm, entah bila saya tiba-tiba menjadi konsultant Mak berkenaan tingkah laku orang Melayu?
Saya tidak berceramah kepada Mak dan adik tentang ajaran Islam. Saya banyak memberi penerangan tentang ajaran Islam yang sebenar (yang kadang-kadang agak berlainan dengan tingkahlaku orang Melayu) kepada mereka secara tidak langsung, supaya mereka lebih mudah menerima dan faham. Bagi saya sekarang, perubahan persepsi mereka dan penerimaan diri saya sebagai ahli keluarga yang beragama Islamn dan mengamalkan cara hidup Islam sudah merupakan satu kemenangan. InsyaAllah semoga hati mereka terus terbuka kepada Islam. Kalau Mak dan Adik tahu bahawa saya sudah melakukan kerja dakwah dan memblogging, entah apa pendapat mereka, hahahaa..
Sumber : pukullima.blogspot.com
Mak dan Islam
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment