Remaja hasut lelaki rogol pengumpat

Remaja hasut lelaki rogol pengumpat

.

SINGAPURA: Remaja perempuan berusia 16 tahun menghasut seorang lelaki merogol budak perempuan berumur 13 tahun kerana mendakwa mangsa pernah mengumpatnya.

Selepas gagal berbuat demikian, remaja itu memaksa mangsa melakukan seks oral dengan lelaki berkenaan dan merakam aksi itu dengan telefon bimbitnya, lapor Berita Harian, semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku di tepi tangga sebuah flet di Woodlands, pada 28 Jun lalu.

Mahkamah Daerah kelmarin mendengar kes membabitkan tertuduh yang didakwa merancang tindakan 'pecah dara' terhadap budak terbabit sebagai membalas dendam berikutan mangsa dikatakan mengumpatnya.

Tertuduh menghubungi talian sembang dan meminta seorang lelaki menemuinya di tempat kejadian dan merogol mangsa tetapi tidak dipatuhi lelaki terbabit.

Hakim meminta laporan pemulihan dan penilaian psikologi tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman 20 Februari ini. – Agensi

Sumber : Berita Harian

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
{nama-blog-anda} is proudly powered by Blogger.com | Template by Agus Ramadhani | o-om.com