
Setelah hampir setahun berahsia tentang pergolakan rumah tangganya, penyanyi jazz kontemporari, Atilia (gambar) mengesahkan dia kini sudah bercerai dengan bekas suaminya, Ariff Johan Abdul Aziz selepas hidup bersama selama 10 tahun.
Dengan disaksikan bapanya, Raja Haron Raja Aziz, Atilia, 34, atau nama sebenarnya, Raja Puteri Atilia Raja Haron diceraikan dengan talak satu oleh Ariff, 34, Januari lalu.
Namun begitu, kata Atilia, dia dan bekas suaminya sudah berpisah sejak setahun lalu.
Dalam tempoh itu, katanya, dia dan Ariff cuba memperbaiki hubungan yang dibina atas dasar cinta itu tetapi mereka harus menerima hakikat ikatan yang termeterai tidak mampu diselamatkan lagi.
"Saya mengambil keputusan untuk memberitahu perkara ini selepas benar-benar yakin dengan keputusan saya. Selain itu, saya sebenarnya tidak mahu mencampur hal peribadi dengan karier saya.
"Satu yang pasti, walaupun kami bukan lagi suami isteri, tetapi kami tetap rapat sebagai sahabat baik yang sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Malah, kami sempat meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10," kata Atilia ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Sangkar itu mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 1998 namun pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.
Ditanya punca sebenar perceraiannya, Atilia enggan mengulas lanjut dengan alasan dia tidak mahu mengaibkan sesiapa.
"Biarlah hanya saya dan dia serta Allah sahaja tahu apa yang berlaku dalam perkahwinan kami. Apa yang penting sekarang, saya mahu menjaga persahabatan ini kerana kami masih menyayangi antara satu sama lain," katanya.
Anak kepada penyanyi, Salamiah Hassan ini tidak menolak pandangan dan punca perceraiannya adalah disebabkan ketiadaan cahaya mata yang menjadi penyeri kehidupan mereka.
"Saya tidak menyalahkan dirinya seratus peratus kerana saya mengakui, kesilapan juga terletak pada diri saya.
"Memang sukar untuk menelan realiti ini, tetapi saya perlu meneruskan kehidupan dan saya berasa begitu gembira sekarang kerana tiada masalah lagi yang perlu difikirkan," katanya dengan tenang.
Sumber : Utusan
Atilia bercerai
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
sehati berdansa dah jadi sehati bercerai...
Post a Comment