DATUK Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sesuai diajak bermain bola sepak kerana beliau bersikap emosional, mementingkan diri sendiri dan bukan mengutamakan kerjasama berpasukan.
Sebenarnya hanya orang waras sahaja yang layak bermain bola sepak, mereka yang tidak mengutamakan perpaduan akan menghancurkan kekuatan pasukan.
Nik Aziz tidak menghormati Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang sehingga menolak mentah-mentah cadangan pembentukan kerajaan campuran Pas-BN, malah Hadi dibidas pula kerana mengeluarkan kenyataan yang dilihat ke arah perpaduan dua parti politik Melayu, Pas dan UMNO.
Nik Aziz lebih rela bekerjasama dengan DAP daripada bekerjasama dengan UMNO yang sebangsa, seagama dan seakidah.
Nik Aziz mengutamakan parti Pas daripada kebaikan segalanya, barangkali Pas itu Islam dan Islam itu Pas.
Jika beliau sayangkan Pas, teruskanlah bersama Pas, kemudian kita berjuang bersama di atas satu parti untuk agama, bangsa dan negara.
Jika nama Barisan Nasional sudah tidak sesuai maka kita berbincang bersama untuk menukar namanya.
Kita hairan kenapa Nik Aziz dan Lim Guan Eng sangat takut dengan perpaduan orang Melayu?
Nik Aziz telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau tidak mendengar suara akar umbi yang mahukan perpaduan.
Sungguh hairan apa lagi yang tidak disenangi Nik Aziz. Kita lihat apa saja pembangunan Islam akan dan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat.
Jika Pas lihat masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki, silalah bersama dalam kerajaan campuran dan kita baiki dan tambah kekurangan bersama.
Kita tidak lihat kerajaan sekarang menidakkan syiar Islam berkembang di negara kita, malahan masjid semakin banyak dibina.
Kita tidak sangka seorang yang bergelar tuan guru sanggup menggunakan kuasa veto dan membuat keputusan menolak untuk bermusyawarah.
Percayalah, Nik Aziz tidak akan berjaya jika terus bersekongkol dengan DAP. Mereka akan menggunakan pelbagai agenda secara nyata dan halus untuk melemahkan orang Melayu.
Sepanjang hidup kita, belum pernah kita terjumpa perintah Allah yang menyeru umat Islam berpecah- belah dan mendoakan umat Islam dihancurkan.
WARIS PAHANG
Kuantan, Pahang
Surat terbuka buat Nik Aziz
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 comments:
Assalamualaikum...
Diharap artikel politik ini bukan tulisan saudara...Saudara ambil dari mane2 blog kan? Saya tidak melihat Tuan Guru Nik Aziz orang yang tidak mahukan perpaduan orang melayu...cerita yang di war2kan di media mengatakan Nik Aziz dan Hadi tidak sehaluan cuma permainan media arus perdana yang selalu menipu..Cume putar belit fakta..Hadi cume menyuarakan pendapatnya..kamudian nik aziz tidak setuju dan akan berbincang tentangnya pada mesyuarat yang terdekat..Jika majori ahli pas bersetuju, beliau pon tiada masalah..Kerana itu sedah suara majoriti ahli pas..maka beliau akur walaupun beliau tidak setuju..Adalah tidak wajar artikel ini mengatakan ulama ini seorang yang tidak sukakan perpaduan...Bukan nik aziz tidak mahu bergabung dengan UMNO..tetapi beliau bercakap bersadarkan pengalaman..Dulu pas pernah cyba bergabung dengan BN..Tapi tidak berjaya..tu je..sebab tu die kalau boleh tak nak wat keje sia-sia dah..lagipon pendapat peribadi mengatakan lebih baik bersekongkol dgn DAP daripada BN yang penuh dengan politik kotor yang menjiikkan..Terima kasih...
kalau ianya dapat menyatukan orang melayu dan islam apa salahnya kalau mencuba
PAS boleh berpakat dengan DAP yang sah2 MENOLAK ISLAM tapi kenapa menolak untuk tubuh kerajaan campuran dengan UMNO yang majoritinya ISLAM dan MELAYU ?
masalah orang islam dan melayu ialah kita dibelenggu oleh pemikiran politik yang sempit. akhirnya yang menang jadi arang yang kalah jadi abu.
salam blog owner.
sini nk tanye ckit.dah kater DAP sah2 tolak hudud, habis umno tu trima hudud ker?? da lebih 50 taun perintah malaysia, ader usha kearah memartabatkan hukum hudud??
jgn jd naive laa...ape yg keluar dr mulut pemimpin umno, 90% tu tipu.9.99% tu samar2.baki tu jer bleh di terima slps ader bukti.
melayu itu cume bangsa.agama xpandang bangsa..yng penting hati.kalu DAP cina lg jujur dr melayu umno, xkn nk pilih melayu umno jgak??
DAP bukan setakat tolak hudud tapi TOLAK ISLAM jugak. boleh pulak diorang bekerjasama. kelakar sungguh PAS :D
PAS kenapa x buat hudud kat kelantan dan kedah kalau ye diorang nak martabatkan hudud ?
ko cakap aku naive. yang keluar dari mulut PR tue sahih ke ?
jangan di sebabkan politik ko buang bangsa ko. bukak minda ko tue sikit.
malas nak cerita panjang.
teruknya orang2 PR....kenapa nak tolak agama dari bangsa? kenapa kita tak mencontohi IRAN? Agama dan semangat Kebangsaan Parsi begitu mekar hingga mereka mempunyai jati diri yang kuat dan digeruni barat...dalam PR..PAS paling rendah kerusi parlimennya... dan rasanya ia akan berterusan dalam pemilihan calon PRU 13...kalau PR menang ...PAs dengan erusi paling rendah berbanding PKR dan DAP ada kuasa utama ke nanti nak menentukan hala tuju negara? apatah lagi nak merelisasikan hudud?
Rasanya PAs akan berkedudukan sama mcm MIC dalam BN sekarang
post nie mmg sah untuk puak2 umno yang bermatakan meterialistic je.
bukan senang nak laksana hudud sebab ada sahaja yang membantahnya, perlembagaan dan perudangan dimalaysia nie mcm ape je. ditokok tambah tanpa sebab munasabah. ape bukti DAP tolak islam bulat? give a true statement laa. jangan hanya tengelam dengan satu news je, jgn jadi pak pandir je, ke hulu x dapat apa, ke hilir pun x dapat apa, bg aku, bukti paling jelas sekali ialah double standard dlm media skrg, nasib baik ada internet je boleh nampak parti sesat ko tue mkin kecundang, org berduit boleh buat apa sahaja la, zaman skg, ramai yg meterialistik mcm ko, klu betul, bg prove yg betul2 evidence. jgn bom2 je.
Post a Comment