Blair dibayar RM31,200 seminit

Blair dibayar RM31,200 seminit

.



Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, muncul sebagai penceramah umum berpendapatan tertinggi dunia dengan bayaran mencecah £6,000 (RM31,200) seminit di arena syarahan antarabangsa.

Di sebalik kemelesetan ekonomi global, Blair dibayar £364,000 (RM1.8 juta) untuk ucapan selama dua jam di Filipina, kata penganjur. Bayaran itu membayangi dua bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan George W Bush, yang dilaporkan menuntut £100,000 (RM520,000) setiap ucapan.

Pengerusi syarikat telekom yang menaja ucapan itu, Manny Pangilinan, memberitahu akhbar tempatan Blair dibayar £182,000 (RM946,400) bagi ucapan bertajuk 'Pemimpin sebagai Pembina Negara dalam era Globalisasi.'

Berucap kepada 2,000 penonton di Universiti Ateneo de Manila, Blair berkata 'politik memang penting, tetapi banyak yang berlaku bukan sesuatu yang baik' dan berikutan tindakannya menukar fahaman kepada Katolik pada 2007, beliau berkata 'agama boleh menjadi sumber inspirasi, atau alasan bagi tindakan jahat.'

Penonton, yang membayar sehingga £350 (RM1,820) bagi satu tiket menghadiri majlis itu, mendengar ahli politik berusia 55 tahun itu berkata, 'ahli politik adalah orang yang amat pelik,' dan 'membantu orang lain adalah profesyen mulia - tetapi tidak mulia untuk mengejarnya.'

Sejak meninggalkan Downing Street tidak sampai dua tahun lalu, Blair memperoleh pendapatan £15 juta (RM78 juta), kebanyakannya hasil memberi ceramah umum, dan turut dibantu dengan perolehan £5 juta (RM26 juta) hasil perjanjian penerbitan buku dan pendapatan keseluruhan £2.5 juta (RM13 juta) daripada bank pelaburan Amerika, JP Morgan Chase, dan syarikat perkhidmatan kewangan Switzerland, Zurich.

Jurucakap Blair berkata, dakwaan bekas pemimpin Parti Buruh itu dibayar £200,000 (RM962,998) bagi setiap ceramah 'melampau' dan menafikan beliau meminta bayaran dalam mata wang euro, yang lebih kukuh berbanding pound.

Sumber : Berita Harian

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 
{nama-blog-anda} is proudly powered by Blogger.com | Template by Agus Ramadhani | o-om.com