SAYA mengemukakan permohonan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Kuala Lumpur bagi satu skim pinjaman perniagaan untuk dijadikan modal membesarkan lagi perniagaan dan jumlahnya tidaklah banyak.
Selepas borang permohonan dan dokumen lengkap dihantar, saya diminta hadir ke bank berkenaan bagi menemui pegawai yang memproses pinjaman.
Pada awalnya, saya beranggapan BSN adalah sebuah bank yang bersedia untuk membimbing dan membantu usahawan Melayu menceburi perniagaan.
Malangnya, bukan bimbingan dan nasihat diterima, malah pegawai berkenaan memperlekeh perniagaan, menghina dan menunjukkan rasa marah terhadap usaha yang saya lakukan.
Saya begitu malu dan terhina apabila dipanggil berjumpa dengan pegawai berkenaan yang meninggikan suara di depan pegawai bank lain.
Saya berpendapat jika permohonan saya tidak memenuhi syarat atau tidak layak, tolak saja permohonan itu dan saya tidak perlu dipanggil ke BSN kalau semata-mata untuk menghina dan memperkecilkan cadangan perniagaan saya.
Saya sudah lama menjalankan perniagaan bersama keluarga dan ingin meneruskan perniagaan ini supaya berjaya seperti peniaga lain.
Pegawai terbabit tidak perlu menghina saya dengan membuat andaian perniagaan saya tidak mendapat sambutan.
Bagi saya, kejayaan dalam perniagaan banyak bergantung kepada kreativiti dan keupayaan seseorang peniaga, bukannya lokasi perniagaan yang dilaksanakan.
Saya berharap pengurusan BSN dapat membuat pemantauan terhadap kakitangan yang tidak mesra pelanggan menjatuhkan maruah pelanggan yang berurusan dengan pihak bank.
PENIAGA MELAYU,
Kuala Lumpur.
Sumber : Berita Harian
Usahawan Bumiputera dihina pegawai bank
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment