Tadi mak aku ada beli sebotol madu. So daripada situ aku dapat idea nak tulis tips nie. Berikut adalah tips2 untuk membezakan madu asli dan madu tiruan :-
1. Tuang sedikit madu di dalam bekas kemudian campurkan sedikit air dan digoyangkan perlahan-lahan. Jika membentuk sarang lebah menandakan ia adalah madu asli dan tulen tetapi jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya, menandakan adanya campuran. Keistimewaan ini menunjukkan bagaimana bentuk sarang lebah begitulah bentuk madunya apabila di uji.
2. Apabila menuang di atas bekas , madu tidak terputus-putus kerana ianya pekat. Manakala madu biasa akan terputus-putus.
3. Apabila madu dititiskan di atas bekas atau tapak tangan ia secara semula jadi akan membentuk bulatan 100 peratus, ia tidak akan leper walau sekecil mana sekalipun titisan itu.
4. Madu yang benar-benar asli tidak beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan tahan lama sehingga lima tahun bahkan boleh mencapai ratusan tahun , manakala madu tiruan akan beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan akan mengeluarkan buih di bahagian atas.
5. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan
6. Madu asli tidak disukai semut kerana tiada kandungan gula, sedangkan madu tiruan sebaliknya.
7. Madu asli tidak mudah tembus pada kertas.
8. Akan terdapat mendapan pada dasar botol madu (gula) jika di biarkan untuk tempoh yang lama.
9. Celup kepala mancis pada madu dan cuba nyalakan. Jika menyala mancis itu maka madu tersebut adalah madu asli.
10. Bawa madu balik ke rumah. Jika kena belasah dengan bini anda maka madu itu 100% asli. Ahahahaahha.
Madu asli atau tiruan ?
Labels: Tips and TricksScha menjadi-jadi
Labels: Hiburan
Gadis kelahiran Sungai Petani, Kedah ini kian mendapat perhatian penerbit dan produksi tempatan dengan pelbagai drama dibintanginya termasuk Bella, Luna Fantasiku, Sadiq and Co dan Honeyz.
Scha melebarkan bakat di layar perak menerusi Antoo Fighter dan Histeria yang disiarkan di seluruh pawagam tanah air tahun lalu selain Papadom yang dijadual tayangannya pertengahan tahun ini.
Tahun 2009 cukup bermakna buat Scha apabila dilimpahi rezeki mencurah-curah.
Selain dilamar menjayakan program bual bicara, Sehati Sejiwa disiarkan setiap Rabu, jam 2 petang di TV1 dan Chopp! setiap hari, jam 8.30 malam di TV9, dia turut mendapat kepercayaan pengarah muda, Syamsul Yusof untuk membintangi filem Evolusi KL Drift II (EKLD II) selain Eddie Pak untuk filem Dimensi Cinta.
Ketika ditemui pada majlis pelancaran EKLD II Scha berkata ternyata rezeki berpihak kepadanya walaupun timbul tanggapan segelintir pihak bahawa dia menggantikan tempat pelakon, Diana Danielle yang terdahulu membintangi filem itu.
“Sudah rezeki saya ditawarkan kontrak membintangi EKLD II. Syamsul yang juga penulis skrip sendiri beranggapan karakter dalam filem ini cukup dengan jiwa saya. Walaupun filem ini mengisahkan perlumbaan kereta saya sendiri tidak pernah terbabit dalam aktiviti perlumbaan,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Lawak Si Rempit
Labels: VideoSelalu kita tengok video2 mat rempit membuat aksi2 merbahaya
dan berlumba di jalan raya hingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain
tapi kali nie aku nak tunjuk kat korang video yang kelakar nie
Layaaaannnnnnnn.............
Klik disini untuk melanjutkan »»
Puisi Karamah Melayu
Labels: MELAYU
Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.
Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.
Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!
Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!
Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.
Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.
Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.
Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.
Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.
Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.
Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.
Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.
Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.
Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.
Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.
Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.
Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.
Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.
Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.
Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’.
Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?
Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?
Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.
Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!
Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang di dunia’
"Mengapa kamu bertudung hari ini ?"
Labels: WanitaSAYA bekerja di salah sebuah hotel bertaraf lima bintang di Pulau Langkawi yang pengurusannya beribu pejabat di luar negara.
Namun, sekarang saya sudah berhenti kerja disebabkan masalah isu pemakaian tudung.
Sebelum berhenti kerja, saya telah dipanggil ke pejabat Pengarah Sumber Manusia lalu diberi amaran dengan pertanyaan ''mengapa kamu memakai tudung hari ini (5 Januari 2009)?''
Saya sempat merakamkan perbualan yang melibatkan Pengarah Sumber Manusia (beragama Islam), Pengawal Kewangan (bukan beragama Islam) dan diri saya sendiri.
Saya berasa kecewa kerana Puan Pengarah itu adalah seorang Muslim dan sepatutnya beliau harus membela tuntutan agama.
Beliau memarahi saya kerana tidak berbincang terlebih dahulu untuk memakai tudung.
Namun, saya berkata, saya telah menghantar emel kepada Puan Pengarah Sumber Manusia (pada 26 Disember 2008) untuk meminta kebenaran memakai tudung, tetapi emel saya tidak dibalas.
Persoalannya, adakah kita perlu berbincang dan meminta kebenaran terlebih dahulu untuk memakai tudung, sedangkan kita hendak melakukan apa yang dituntut oleh agama?
Adakah kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam patut mengetepikan agama kita untuk kepentingan organisasi global itu.
Perasaan saya tertekan dan bingung memikirkan kenapa saya yang bekerja sebagai Engineering Secretary, yang tidak langsung mempunyai interaksi dengan tetamu hotel tidak dibenarkan memakai tudung.
Pada pendapat saya, sebagai seorang wanita Muslim di Malaysia sepatutnya isu tudung ini tidak lagi menjadi satu isu.
Yang menghairankan saya, ada juga kakitangan lain yang memakai tudung, tapi kenapa saya yang kena? Alasan yang diberi ialah mereka merupakan kakitangan yang sudah lama bekerja di situ.
Sebagai seorang wanita Muslim, saya terasa begitu terhina dan malu apabila disoal oleh seorang wanita rakyat Malaysia yang beragama Islam "mengapa kamu memakai tudung hari ini?"
Sumber : Utusan
Jawatan kosong Majlis Perbandaran Seremban
Labels: JAWATAN KOSONGPermohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan kepada rakyat Negeri Sembilan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-
1. Jurutera Awam (2 kekosongan)
2. Pegawai Tadbir (1 kekosongan)
3. Pembantu Teknik Mekanikal (1 kekosongan)
4. Pembantu Teknik Awam (2 kekosongan)
5. Penolong Pegawai Penguatkuasa (1 kekosongan)
6. Juruteknik Bangunan (4 kekosongan)
7. Juruelektrik (4 kekosongan)
8. Pembantu Tadbir (2 kekosongan)
9. Tukang Simen (2 kekosongan)
10. Pembantu Am Pejabat (1 kekosongan)
Tarikh tutup permohonan pada 10 Februari 2009
Download iklan di sini.
Jawatan kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Labels: JAWATAN KOSONGIklan jawatan kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)
Traikh tutup 10 Februari 2009
Pemohonan adalah dipelawa daripada Wargenegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan–jawatan berikut di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG):-
1-Pegawai Perancang Bandar & Desa (J44)
2-Pegawai Perancang Bandar & Desa (J41)
3-Pegawai Undang - Undang (L41)
4-Arkitek Lanskap (J41)
5-Pegawai Kesihatan Persekitaran (U41)
6-Pegawai Penilaian (W41)
7-Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)
8-PembantuTeknik (Awam/Arkitek/ Mekanikal)
9-Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (U29)
10-Penolong Juruaudit (W27)
11-Penolong Pegawai Tadbir (N27)
12-Juruteknik Perancang Bandar & Desa (J17)
13-Juruteknik (J17)
14-Juruteknik Elektrik (J17)
15-Juruteknik Ukur Bahan (J17)
16-Juruteknik Komputer (FT17)
17-Pelukis Pelan (J17)
18-Pembantu Juruaudit (W17)
19-Pembantu Tadbir (W17) (Kewangan)
20-Pembantu Tadbir (N17) (Perkeranian/Operasi)
21-Pembantu Penguatkuasa (N17)
22-Ahli Fotografi (B17)
23-Pembantu Pustakaan(S17)
24-Pembantu Kesihatan Awam (U17)
25-Pembantu Tadbir Rendah (N11) (Pengawas)
26-Pekerja Rendah Awam(R3)
Download BORANG PERMOHONAN.
Animator vs Animation
Labels: VideoAn animator faces his own animation in deadly combat. The battlefield ? The Flash interface itself.
A stick figure is created by an animator with the intent to torture. The stick figure drawn by the animator will be using everything he can find - the brush tool, the eraser tool - to get back at his tormentor. It's resourcefulness versus power. Who will win? You can find out yourself.
Part 2 of the great hit Flash animation ‘Animator Vs Animation’. An entertaining masterpiece where the battle scenes even took place right on the windows desktop. Familiar internet icons such as the Firefox, AOL messenger and others make appearance as well. Klik disini untuk melanjutkan »»
"Bukan mahu panjang sengketa" - Rita Rudaini
Labels: Hiburan
KUALA LUMPUR: Dramatis popular, Rita Rudaini Mohkhtar, 33, sedih kerana dia terus dipersalahkan dalam isu pernikahan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, 22, di Songkhla, Thailand pada 25 Februari lalu.
“Aidil sudah menjelaskan pernikahan kami dibuat atas kehendaknya selepas masing-masing memikirkan ini jalan terbaik supaya kami tidak terlanjur dalam menjalin hubungan.
“Sebagai anak, Aidil sudah melakukan yang terbaik untuk memulihkan hubungan dengan keluarganya. Saya tidak banyak campur tangan dan biarkan dia menguruskannya supaya masalah boleh diselesaikan dengan baik,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Pelakon utama drama bersiri Rozana itu menjelaskan, mulanya kedua-dua pihak sudah memberi kata putus tidak akan memberikan sebarang kenyataan yang boleh menyinggung perasaan.
Namun, dia berkata, apa yang berlaku sekarang sebaliknya apabila keluarga mentua terus memberikan kenyataan tidak sepatutnya.
Menurutnya, dia bukan mahu memanjangkan isu atau mencari sengketa dengan keluarga mentua, tetapi mahu umum memahami kedudukan sebenar untuk kepentingannya dan Aidil.
“Sepanjang pernikahan kami hangat diperkatakan keluarga mentua mahupun orang luar, saya mendiamkan diri bagi mengelak timbul spekulasi yang boleh menyakiti hati kedua-dua pihak.
“Saya kasihankan suami. Apabila kenyataan itu tersiar, dia benar-benar terganggu. Saya rayu kepada keluarga mentua, jangan lagi menyakiti Aidil. Kalau benar mereka masih sayangkan Aidil sebagai ahli keluarga jangan diganggu emosinya kerana bimbang kelak boleh menjejaskan tumpuan terhadap prestasi kerja,” katanya.
Rita mengakui dia dan Aidil ada pulang ke rumah mentuanya selepas bernikah.
“Ketika suami mengambil keputusan bertemu keluarganya untuk memaklumkan mengenai pernikahan, kami berdua pulang ke Negeri Sembilan. Tidak dinafikan apa yang kami lakukan itu (bernikah) salah dan kami mohon maaf.
“Saya sendiri melutut dan memegang tangan ibu mentua meminta mereka memaafkan Aidil dan jangan membuangnya daripada keluarga. Tetapi mereka tidak menghiraukan kami.
“Jadi peristiwa itu menjadi bukti kami pulang dan memberitahu sendiri mengenai pernikahan itu,” katanya yang menafikan dakwaan kononnya dia cuba memutuskan hubungan Aidil dengan keluarganya.
“Sikap saya tidak seburuk seperti tuduhan dibuat hingga mahu memutuskan hubungan antara ibu dan anak. Saya tidak mahu menanggung dosa besar seperti itu.
“Suami beberapa kali pulang ke rumah keluarganya. Malah, selepas menjalani latihan bersama pasukan Negeri Sembilan, Aidil pulang dan waktu itu, kata suami, keluarganya melayannya dengan baik dan mereka menikmati makan tengah hari bersama,” katanya.
Bagi Rita, sekiranya keluarga mentua tidak mahu menerimanya sebagai menantu, itu tidak mengapa.
“Saya reda dan menerima ujian dan ketentuan Ilahi, tetapi jangan terus menghina saya dan keluarga saya.
“Selama ini, saya berdiam diri kerana menghormati keluarga mentua dan tidak paksa mereka menerima saya. Biar masa menentukan, tetapi segala hinaan menerusi SMS kepada saya, keluarga dan suami pada saya itu sudah keterlaluan.
“Adakah mereka melakukan itu kerana mahu memberikan tekanan buat saya mahupun Aidil, apatah lagi selepas mereka tahu saya sedang mengandung. Ingin saya jelaskan semua SMS yang mereka hantar saya masih simpan untuk dijadikan bukti,” katanya.
Kata Rita, dia benar-benar berharap tiada lagi sebarang kenyataan yang cuba memburukkannya dan keluarga.
“Apapun, kami tahu sudah melakukan kesalahan dan banyak kali memohon maaf. Tiada apa lagi yang mampu saya lakukan selain memohon maaf.
“Tidakkah mereka terfikir apa yang berlaku sudah ditakdirkan. Kalau benar mereka marahkan kami jangan memberikan kenyataan membuatkan saya dan suami nampak hina pada mata masyarakat,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Kaji selidik karektor, keterampilan lelaki tempatan
Labels: Lelaki1 - Keputusan menunjukkan 43% lelaki Malaysia mengakui penampilan menarik amat penting.
2 - 23% wanita berpendapat lelaki kelihatan lebih menarik andai mereka yakin dengan kemampuan diri.
3 - 26% wanita teruja melihat lelaki yang mempunyai nafas segar dan sihat tubuh badan.
4 - 16% wanita tertarik jika lelaki bijak mencorak penampilan diri.
5 - Wanita Malaysia tidak menggariskan senyuman menarik sebagai ciri utama memilih lelaki idaman.
6 - Lelaki berkulit bersih tidak semestinya dapat memikat wanita.
7 - 78% jejaka Malaysia mengakui mereka tidak seksi.
Sumber : Berita Harian
Klik disini untuk melanjutkan »»
Penolong Pegawai Tadbir
Labels: JAWATAN KOSONGIklan jawatan kosong di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan
Tarikh tutup 10 Februari 2009
Permohonan adalah untuk Warganegara Malaysia. Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus bagi memenuhi jawatan Penolong Pegawai Tadbir.
Download iklan di sini.
Kekosongan di MesinNiaga
Labels: JAWATAN KOSONGVacant Position: Fresh Graduates Intake
Requirements:
Candidates must possess at least a Bachelor’s Degree or Advanced Diploma in Computer Science/IT, Computer or Network Engineering or equivalent with a minimum CGPA of 3.0 or at least Second Class Upper. Candidates who are able to meet this academic qualification from other disciplines/courses are also encouraged to apply.
For those keen on pursuing technical IT-related positions, technical certifications will be an added advantaged. Examples include CCNA and/or CCNP (Cisco for networking), MCP or MCSA (Microsoft for systems support or software development). Other relevant technical certifications will be duly considered.
Must be proficient in English, both speaking and writing. Candidates must ensure that their cover letter reflects this adequately.
Must possess the following character traits:
Enthusiasm (Expressing joy in each task as I give it my best effort),
Diligence (Investing my time and energy to complete each task assigned to me),
Thoroughness (Knowing what factors will diminish the effectiveness of my work or words if neglected)
Responsibility (Knowing and doing what is expected of me)
Availability (Making my own schedule and priorities secondary to the wishes of those I serve)
Candidates must be willing to be based in various locations, primarily either at Mesiniaga main office in Subang Jaya or in Penang.
Candidates should be Malaysian citizens or hold relevant residence status.
Vacant Position: Solutions Engineer – Post Sales (Security)
Roles and Responsibilities:
To provide solution of greatest added value and improve customers' business
To deliver successful implementation of IT Security Systems e.g. anti-virus, email/gateway scanners etc.
Provide post-sales implementation, technical support and training
Requirements:
Degree in Computer Science or Information Technology
Certification on such as TCSE, CISSP, will be added advantage
Minimum 2 years of related work experience
Technical Knowledge in leading security solution component such as Trend Micro and Symantec
Knowledge in vulnerability assessment and intrusion detection and security audit.
Knowledge in OS hardening
Sound knowledge in networking and internet infrastructure such as Mail, DNS, Proxy/Reverse Proxy
Experience in implementing project via project management methodology
Sound implementation and troubleshooting skill
Possess the following character traits: Dependability, Determination, Flexibility and Resourcefulness
The candidate must have the right attitude and keen interest in any of the following areas and strong motivation
Able to work as part of a team in fast, pressured and demanding environment
Must be indipendent, able to work on own initiative with minimum supervision but within the guidelines set
Able to communicate with other business / IT groups at a technical and non-technical level, both verbally and written.
Vacant Position: Solutions Engineer – Post Sales (Pseries, AIX)
Roles and Responsibilities:
To provide solution of greatest added value and improve customers' business
To deliver successful implementation of AIX Systems
To install, configure, integrate, customize, test, deploy, Pseries and AIX systems.
Provide post-sales implementation, technical support and training
Requirements:
Degree in Computer Science or Information Technology
Sound knowledge in AIX major component (TCP/IP, JFS, LPAR, LVM, DNS, NFS, Filesets, Installation and configuration)
Minimum 2 years experience as Systems Administrator or able to demonstrate similar capability
Have good knowledge in Networking : WAN, LAN, Ethernet, Token Ring, ATM, Routers, Swtiches
Certification/Skill in AIX5L, Linux, Informix, Win2K is added advantage.
IBM Certified Professional for AIX / HACMP will be added advantage
Able to perform storage and hardware connectivity and configuration.
Experience in implementing project via project management methodology
Sound implementation and troubleshooting skill
Possess the following character traits: Dependability, Determination, Flexibility and Resourcefulness
The candidate must have the right attitude and keen interest in any of the following areas and strong motivation
Able to work as part of a team in fast, pressured and demanding environment
Must be indipendent, able to work on own initiative with minimum supervision but within the guidelines set
Able to communicate with other business / IT groups at a technical and non-technical level, both verbally and written.
Vacant Position: Solutions Engineer
Roles and Responsibilities:
Evaluate customer requirements and constraints and develop optimal design.
Provide hands-on configuration and validation of design, as well as production deployment and migration.
Able to document design, configuration and project results.
Provide knowledge transfer to customer technical staff and brief customer management.
Provide Technical Support on Microsoft Exchange Environments to include the evaluation systems, identify
bottlenecks, provide recommendations and resolution around the supported systems.
Willingness to provide off-hours on-call support.
Demonstrated ability to work independently.
Strong analytical, problem solving and conceptual skills.
Experience in continuous support for existing clients.
Able to assist in remote 24x7 support.
Able to troubleshoot multi-environment system problems.
Communicate effectively with different teams and provide courteous customer service.
Must be willing to persevere until problems are resolved and seek help from team members when appropriate.
Requirements:
Candidate must possess at least a Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma or Professional Degree in Computer Science/Information Technology or equivalent.
Hands-on experience and strong working knowledge around the design, deployment & migration of current Active
Directory and Exchange solutions, preferably in an enterprise environment.Minimum of 2 years of Exchange/Active Directory experience.
Experience in deploying and administering Active Directory environment with multiple sites using Windows
2000 or 2003 Server
Experience in deploying and administering Exchange 2000 or 2003 environments
Experience with DNS and WINS environments
Must have dealt with replication issues and multi-sites of Exchange
Understand SMTP, relaying, gateways, front-end, back-end, and clusters
Understand Exchange/AD migration strategies and toolsets.
Understand key components like backup and recovery, storage solutions, unified messaging, fax solutions, and
mobility solutions.
Microsoft Certified Systems Engineer (MCSE) certification in Windows.
Knowledge in MS Exchange 2007 is an added advantage.
Kalau berminat sila emailkan resume kepada mukhlis@mesiniaga.com.my
Proton MPV
Labels: Isu Semasa, Video



Inilah rupa kenderaan pelbagai guna (MPV) keluaran terbaru Proton yang bakal dilancarkan pada April ini. Ia memaparkan reka bentuk menarik dan pasti mendapat sambutan baik daripada rakyat Malaysia kelak.
Model terbaru Proton ini yang gambarnya mula tersebar dalam Internet sejak seminggu lalu boleh memuatkan sekurang-kurangnya tujuh orang penumpang dan menggunakan enjin Campro 1.8 liter serta disasarkan pada harga sekitar RM80,000 sebuah.
Sumber : Utusan
Klik disini untuk melanjutkan »»
Satu pagi di warung kopi
Labels: Politik
Pagi tadi aku sarapan pagi di sebuah warung kopi dan kebetulan pada masa itu boleh dikatakan pengunjung sedang bersembang mengenai perubahan yang patut dilakukan didalam UMNO. Diantara topik yang dibangkitkan ialah kenapa di zaman Pak Lah nih Melayu seakan ditindas tidak boleh memperkatakan sesuatu yang hak bagi orang Melayu, Lalu beberapa orang telah menyampuk bicara kami dan ada logiknya apa yang dia katakan- Kalau anjing dah biasa makan tahi , kalau tak makan dicium juga (bunyinya agak kasar, tapi mungkin dah terlalu geram.
Aku pikir kata kata tu, lalu dia katakan selagi ada nama nama ini dalam parti sampai kiamat pun tak akan berubah, aduii…. begitu besarkah kesalahan mereka yang akan saya sebutkan nanti didalam kerosakan dalam UMNO?
Dan ini lah nama nama yang disebutkan oleh beliau, mengikut kesalahan besar
1.Pak Lah (Gagal sebagai Pemimpin)
2.Khairy Jamaluddin ( Terlalu banyak campurtangan dalam polisi Negara dan skandal-)
3. Nazri Aziz ( Melayu tak inginkan oarang yang samseng dan kurang hajar. Dengan cina penakut, dgn melayu berani)
4. Musa Hitam ( Orang yang suka jual Hak orang Melayu dan duri dalam daging UMNO )
5. Shahril Samad ( Duri dalam daging UMNO)
Aku terlopong mulut bila dia boleh senaraikan, dan aku pikir lagi- Sedangkan orang kampung boleh membuat penilaian sedemikian terhadap mereka ini , apa tah lagi orang yang cerdik pandai.
Sebelum dia pergi sempat dia katakan, mintak mintak la lepas ini satu suruahnjaya siasatan dilakukan kepada mereka ini.
Bila aku perhatikan nama-nama ini,apa yang aku dapati sejak dahulu lagi lah ini lah yang membuat UMNO didalam keadaan yang dikatakan terumbang ambing dengan kaedah sokongan yang mereka berikan pada Pak Lah- Ini adalah kerana setiap yang silap pun mereka sokong tanpa bantahan. Hati aku kata betul juga. Diantara kes kes yang mencalar hati Melayu ialah
1.Isu Jambatan Bengkok
2.Isu WPI (Hak orang melayu digugurkan)
3. Isu Proton
4. Isu ECM Libra
5. Isu GLC
6.Isu Pantai
7.Isu IJN
Dan banyak lagi… diantara banyak isu itu ada diantara mereka ini yang terlibat secara langsung dan tak langsung.
Sumber : rmf7.wordpress.com
Berhenti merokok dengan cara "tradisional"
Labels: Tips and Tricks
Arahan
1) amik sebijik kelapa muda.
2) amik isi dan airnya.
3) amik satu bungkus rokok.
4) bukak pembungkus dan amik tembakaunya saja.
5) masukkan isi kelapa dan air termasuk tembakau tadi ke dalam blender.
6) blend sampai sebati.
7) tuangkan dalam gelas.
8) minum sampai habis.
Kesan
1) Pening kepala.
2) Muntah
Keberkesanan
Dalam 3 hari, insyaAllah. Kalau korang hidu bau tembakau pon korang dah pening dan rasa nak muntah.
* daripada pengamatan aku cara nie cukup "popular" tapi aku x pernah cuba dan x bertanggungjawab kalau jadi ada2 kat korang. :p
Funny love application
Labels: DownloadApplication nie aku dapat daripada kawan aku. Bila korang double klik kat file "Klik sini.exe" akan keluar 100 windows yang kecil2 macam dalam gambar di atas. Jika klik "No" bermakna korang kena klik 100x lah untuk tutup semua windows tue.
Tapi jika korang klik "Yes" akan keluar message "Then call me up. I'm missing u too". Application nie sesuai lah bagi kat awek / balak korang kalau tengah gaduh. :P
Download Klik di sini.zip sekarang !!!
Klik disini untuk melanjutkan »»
Fwd : Kekejaman Israel
Labels: Gambar, Isu Semasa




Wahai Saudara Islam Ku,
Anak ini mencuba untuk menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal.
Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?
New style lah weii... new style !!!
Labels: Video
Aku boleh katakan yang video nie adalah video yang paling sengal rakyat Malaysia pernah rakam. Konon2 nya nak berlagak lah duduk kat depan bonet tue. Alih2 kena langgar pula. Ahahaha.
Aku x kesian langsung kat macha tue. Tapi aku kesian kat owner Myvi. X pasal2 accident.
Pak Guard kolej tue pulak sempoi gila. Nampak budak masuk kampus macam tue dia boleh layan borak lak. Kalau kat U aku dulu sah2 lah kena saman + maki.
Apa2 pon teruskan lah buat video2 yang macam nie. Sekurang2 nya terhibur lah juga hati orang macam aku nie. :D
Chiowzz !!!
Klik disini untuk melanjutkan »»
Percetakan Nasional Malaysia Berhad
Labels: JAWATAN KOSONG
PNMB adalah sebuah syarikat percetakan terunggul di Malaysia dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia. Selaras dengan perkembangan perniagaan Syarikat, PNMB ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan dan berpengalaman untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-
1. PENGURUS KANAN PERANCANGAN DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
2. PENGURUS PERUNDANGAN DAN SETIAUSAHA KORPORAT
3. PENGURUS PEMBANGUNAN PERNIAGAAN & KOMUNIKASI KORPORAT
4. EKSEKUTIF PERANCANGAN KORPORAT
5. EKSEKUTIF PERHUBUNGAN AWAM
Untuk memohon sila isi BORANG PERMOHONAN.
Tarikh tutup pada 31/1/2009.
20 Ways to Build Traffic to Your Site
Labels: Download, Tips and Tricks
1. Proper HTML structure.
2. Satisfy the search spiders.
3. Submit to the main search engines.
4. Comment on related blogs.
5. Participate in valuable link exchange.
6. Appear as a guest author.
7. Publish a newsletter.
8. Use an autoresponder.
9. Publish a blog.
10. Create RSS feeds.
11. Utilize online forums / message boards.
12. Use a Tell-A-Friend script.
13. Create a custom screensaver.
14. Create an eBook.
15. Publish reviews of products and services.
16. Broadcast yourself on YouTube.
17. Advertise in Pay-Per-Click search engines.
18. Hold a contest.
19. Offer something free.
20. Keep building content.
Isteri Terlampau
Labels: Wanita
Kes 1
MONA, 30, mula bosan dengan sikap suaminya yang gagal menjadi ketua keluarga selain penat memberi peluang selama enam tahun untuk lelaki itu berubah, dan akhirnya mula menjalin hubungan dengan ‘mat saleh’.
Wanita bertugas sebagai pakar perunding kecantikan di ibu kota itu berjinak-jinak dengan mat saleh beberapa bulan selepas melahirkan anak angkara suami yang kerap lepas tangan dalam pelbagai perkara membabitkan rumah tangga serta tanggungjawab lain.
“Ia bermula pada 2004 apabila suami yang saya kahwini atas dasar cinta menunjukkan tanda tidak akan mengubah sikap lepas tangan dalam pelbagai perkara, selain gagal memimpin dan mendidik saya menjadi ‘isteri’.
“Saya mula mencari kenalan di laman web sembang dan sepanjang lima tahun ini saya berkenalan dengan enam lelaki mat saleh berasal dari Jerman, Sweden, Belgium, Australia dan Amerika Syarikat (AS). Lima daripada mereka sanggup terbang ribuan kilometer semata-mata mahu menjalin hubungan dengan saya,” katanya.
Menurut Mona yang berasal dari Sarawak, ia juga berlaku selepas mendapati suaminya turut makan luar dan tidak kisah jika dia mempunyai kekasih gelap.
Suami Mona pernah memperkenalkannya dengan seorang lelaki mat saleh dan tahu isterinya turut mengadakan hubungan seks dengan warga asing terbabit.
“Walaupun suami isteri, kami seolah-olah hidup dalam dunia sendiri dengan masing-masing sibuk menjalin hubungan dengan sesiapa yang dianggap sesuai.
“Akhirnya saya bosan dan berharap suami berubah perangai demi menyelamatkan rumah tangga. Namun, ia tinggal harapan. Saya bukan mahu wang atau harta menggunung, sebaliknya setakat perhatian, kasih sayang selain mampu membimbing saya dunia dan akhirat,” katanya kesal.
Menurut Mona, dia tidak memilih lelaki tempatan sebagai pasangan kerana beranggapan mereka sama saja dengan suaminya yang disifatkannya memiliki mentaliti lemah, tiada integriti selain mengharap hasil pendapatan isteri.
Ini kerana suaminya bukan saja kerap bertukar-tukar kerja, malah gemar meminjam wang daripada ceti haram semata-mata mahu mengekalkan gaya hidup mewahnya.
“Selepas dua tahun berkahwin, baru saya tahu suami meminjam wang belasan ribu ringgit daripada ceti haram. Ketika itu baru saya tahu mengapa dia sering kekurangan wang dan meminta daripada saya, termasuk untuk makan.
“Akhirnya saya mengalah dan tidak mahu berharap dia berubah. Selepas menjalin hubungan dengan mat saleh, saya dapati mereka bukan saja matang, malah dalam banyak perkara menunjukkan tahap mental dan fizikal tinggi,” katanya.
Bagaimanapun, Mona mengaku lima mat saleh yang dikenali dan menjalin hubungan dengannya hanya sekadar untuk seks dan keseronokan.
Mona kini serius menjalin hubungan dengan mat saleh keenam dalam hidupnya yang berasal dari Australia kerana beranggapan lelaki berusia lingkungan 40-an dan baru memulakan perniagaan di negara ini adalah orang yang dicari selama ini.
“Saya bersamanya sejak enam bulan lalu. Dengannya, saya diberikan perhatian, disayangi selain berasakan tidak disia-siakan.
“Mungkin saya boleh dianggap isteri curang, tetapi apa guna bersama suami jika dia juga main kayu tiga dan lebih teruk lagi, gagal memimpin saya sebagai isteri solehah. Malah, dia juga ada kalanya seolah-olah mengabaikan anak tunggal kami,” kata Mona.
KES 2
ANA, 29, berkenalan dengan Husin, 31, kira-kira setahun lalu selepas rumah tangganya bergolak angkara suami main kayu tiga dengan kenalan sendiri.
Perkenalan di sebuah kafe sekitar ibu kota mendekatkan Ana dengan Husin yang bertugas sebagai akauntan di sebuah syarikat multinasional hingga kini.
“Ramai pandang serong pada Husin memandangkan dia warga Bangladesh, tetapi saya tidak. Apa yang saya lihat selepas setahun bersamanya ialah dia bertanggungjawab, tidak kebudak-budakan, gemar merancang masa depan dan matang.
“Sikapnya jauh berbeza dengan suami saya yang sering mengongkong, cemburu buta dan tidak memberi galakan dalam perkembangan kerjaya saya. Lebih menyakitkan hati, dia ada hubungan dengan perempuan lain di belakang saya,” katanya.
Menurut Ana yang berasal dari Perlis, dia bukan berniat untuk curang kepada suami yang dikahwini selama empat tahun, mencari lelaki lain bagi memuaskan nafsu atau mendapatkan kemewahan, sebaliknya lebih kepada mencari kebahagiaan selama ini gagal ditemui bersama suaminya.
Ana yang tiada anak berkata, walaupun sebelum ini sukar bertemu Husin kerana gerak langkahnya dicurigai suami, dia kini gembira kerana semua itu berakhir.
“Kami dalam proses bercerai dan menunggu masa mendapatkan pengesahan rasmi daripada pejabat agama. Saya dan Husin merancang untuk berkahwin, tetapi bukan dalam masa terdekat. Kami juga tinggal bersama di sebuah kondominium di Ampang,” katanya.
Walaupun ada yang mencemuh tindakannya menjalin hubungan dengan lelaki asing, ia sedikitpun tidak menimbulkan masalah kepada Ana.
Tambahan pula, Husin pandai menjaga hati keluarganya, biarpun mereka masih tidak tahu Ana merancang berkahwin dengan lelaki Bangladesh itu.
“Hanya abang yang tahu hubungan saya dan Husin serius. Saya pernah beberapa kali bawa Husin bertemu ayah dan ibu, tetapi tidak menyatakan dia teman istimewa, sebaliknya hanya rakan.
“Mungkin dalam masa terdekat saya akan maklumkan kepada mereka hubungan kami kerana yang penting, ia direstui. Saya serik dengan hubungan lalu dan mahu bina hidup baru bersama Husin,” katanya.
KES 3
MIA, 40, adalah isteri lelaki kaya. Dia memiliki segala-galanya, terutama kemewahan yang diimpikan setiap wanita. Namun, disebabkan suaminya tidak mampu memenuhi tuntutan nafsunya, dia bertindak ‘cari makan’ di luar.
Dia yang memiliki seorang anak berkata, semua yang dikehendakinya mampu ditunaikan suaminya, kecuali dalam hal memberi nafkah batin.
“Meskipun dikelilingi kemewahan, saya tidak puas bersamanya. Satu hari ketika mengunjungi sebuah pusat beli-belah, seorang lelaki warga Russia berusia 20-an menegur saya.
“Dia memuji penampilan dan gaya saya sehingga saya berasa bangga. Kami sempat bertukar-tukar nombor telefon sebelum pulang,” katanya.
Sejak itu, kata Mia, mereka kerap berhubungan melalui telefon dan SMS. Menurutnya, lelaki terbabit yang juga penuntut universiti tempatan di negara ini kerap memujinya selain sangat mengambil berat, romantik dan kacak.
Mia berkata, disebabkan faktor itu dia mula tertarik dengan layanan siswa terbabit sehingga hubungan yang dulunya boleh dianggap seperti ibu dan anak bertukar menjadi seperti suami isteri.
Lelaki Russia itu tempat Mia meluahkan perasaan selain memenuhi tuntutan gelora nafsunya. Malah, sampai satu tahap, Mia menyerahkan satu bisnes berkaitan dunia teknologi maklumat kepada teman lelakinya sebagai tanda kasih dan sayang.
Dalam tempoh hubungan itu, banyak kemewahan dilimpahkan kepada lelaki terbabit tetapi bagi Mia, yang penting dia puas dan gembira.
“Dia bukan saja menjadi pemandu saya, tetapi teman sekatil saya. Saya bangga dan gembira apabila bersama dengannya. Namun tanpa disedari, sedikit demi sedikit dia mengikis kemewahan saya.
“Suami tidak tahu perbuatan saya dan saya bernasib baik kerana tiada sesiapa tahu hubungan saya dengan lelaki ini,” katanya.
Menurut Mia, meskipun berbeza usia, lelaki yang digelar ‘baby boy’ itu menepati ciri-ciri lelaki idamannya.
KES 4
NISA, 38, mula mencari makan luar selepas suaminya kerap ke luar daerah kerana terbabit dalam aktiviti perniagaan. Meskipun ada anak, hidupnya kesunyian dan dia perlukan perhatian dan kasih sayang suami.
Apabila kerap ditinggalkan di rumah, Nisa yang bertudung litup menjadi bosan dan mula menjalin hubungan cinta dengan lelaki warga Pakistan yang datang ke rumahnya untuk menjual permaidani.
Perkenalan singkat itu membibitkan rasa cinta apabila lelaki berusia awal 40-an itu pandai mengambil hati dan menghiburkannya.
“Hubungan kami bukan sekadar jatuh cinta saja, tetapi sampai ke tahap melakukan seks. Dia lelaki baik dan mengambil berat perihal diri saya.
“Saya senang setiap kali bersamanya, malah rasa bosan apabila dia tiada di sisi. Sukar mempercayai apabila begitu mudahnya kami bercinta hingga ke tahap seperti hubungan suami isteri,” katanya.
Menurut Nisa, bukan dia tidak menyayangi suami, namun kesibukan suaminya mewujudkan rasa bosan melampau sehingga sesiapa saja yang mendekati dirinya dilayan.
“Sukar untuk saya mengikis perasaan cinta dan sayang kepada teman lelaki sekarang biarpun menyedari hubungan ini tidak kekal lama,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Warisan - Anak Kecil Main Api
Labels: Download, MELAYURamai yang tanya aku pasal lagu Warisan - Anak Kecil Main Api. So kali nie aku sertakan lirik dan link untuk download lagu nie. Lepas dengar lagu nie jangan masuk angin keluar asap pula. Bersama-sama lah kita memajukan bangsa dan memartabatkan agama.
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Bangunlah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara
Gaduh guna pedang di Esplanade Bintulu Sarawak
Labels: Video
Cerita nie sebenarnya dah lama. Kalau x silap aku bulan puasa tahun lepas. Daripada komen2 yang aku baca pergaduhan tersebut antara Indon dan Bugis. Mamat yang kena tebas dengan pedang tue mati dalam perjalanan ke hospital. Tapi bagi aku dia mati bukan sebab kena tebas dengan pedang kerana lepas kena tebas dia masih boleh berdiri lagi. Rasa2 nya pedang tue tumpul kot. X pon dia hayun belakang pedang. Kalau pedang tajam dah menggelumpur dah dia.
Kejadian nie berlaku kat Bazar Ramadhan di Esplanade Bintulu, Sarawak. Masa orang sibuk2 nak beli juadah berbuka, masa tue lah diorang nak gaduh.
Apa2 pon aku respek lah kat pihak polis. Cepat betul diorang bertindak. Dah macam Counter Terorrist dalam game Counter Strike lak aku tengok. :D
Jarang aku dapat tengok video2 pergaduhan guna senjata kat Malaysia nie. Sebab tue aku post kat blog aku nie. Saja nak kongsi dengan korang.
Klik disini untuk melanjutkan »»

