
Petang itu Malek balik kerja lebih awal daripada biasa. Sampai rumah, Malek Marzoki nama sebenarnya beumur 20 tahun, terus mandi dan bersiap-siap untuk keluar. Maklumlah, 13 Februari, jadi malam ini tentu semua orang yang sedang bercinta seperti dirinya akan menyambut Valentine's Day dengan orang tersayang. Tambahan pula ini adalah cinta pertamanya.
Hari ini Malek berasa terlalu bahagia. Jarum jam terasa begitu lambat berputar. Malek tidak sabar lagi hendak bertemu Linda, kekasih yang baru sebulan dikenalinya. Malek mengenali Linda pun melalui 'chatting' di Internet.
Sejak itu selalulah mereka bergayut di telefon, menghantar gambar melalui e-mel, cuma keluar bersama saja belum kerana tidak bersekempatan. Tapi tanpa disangka, pelawaan ajak-ajak ayam Malek semalam berbaloi.
Mulanya Malek hanya main-main saja, tetapi tidak sangka pula Linda serius. Bak orang mengantuk disorongkan bantal, Malek tidak akan lepaskan peluang tersebut. Itulah yang membuatkan semalaman Malek tidak lena tidur kerana tidak sabar lagi hendak menunggu malam ini.
Akhirnya saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Linda kini berada di depan mata. Memang cantik, jauh lebih cantik daripada gambar yang pernah Malek lihat sebelum ini. Malek memberikan Linda sekuntum Ros Merah kepadanya.
Malek berharap, sekurang-kurang biarlah Linda tahu yang dia tidaklah kolot sangat, walaupun seumur hidup Malek tidak pernah melakukannya. Maklumlah, Malek bekas pelajar sekolah agama, sembahyang tidak pernah lalai. Kalau kawan-kawan serumah Malek tahu, memang mereka semua akan terkejut.
Setelah menjamu selera dan menonton wayang, Malek tidak tahu apa lagi yang hendak dibualkan. Hari sudah lewat malam, sejuknya mula terasa. Pada ketika itulah, tiba-tiba timbul niat jahat di hati Malek. Dia cuba menepisnya, tapi darah muda sudah menguasai fikirannya.
Malek berasa rugi pula sekiranya dia menghantar Linda pulang. Lagipun, Linda kelihatan begitu manja dengannya. Senyuman Linda, lirikan mata serta lentok tubuhnya seperti memberitahu dia masih ingin terus bersama Malek. Dia ingin menghabiskan malam Valentine's ini bersama sang kekasihnya.
Seluruh badan Malek terasa bahang. Suatu perasaan panas bagaikan menggeletar dalam urat sarafnya.Cerita-cerita biru yang didengarnya daripada Rahman, kawan serumahnya tentang hubungan asmara dia dengan teman-teman wanitanya, terngiang-ngiang semula di telinga Malek.
Bukan itu saja, Rahman turut menceritakan bagaimana mudahnya dia memperdayakan gadis-gadis, baik yang berpelajaran rendah mahupun penuntut IPT, hingga akhirnya mereka serahkan segala-galanya. Setelah itu, Rahman ceritakan pula taktik-taktik bagaimana hendak meninggalkan gadis-gadis tersebut. Memang ketika mendengar itu malek marah dengan perbuatan Rahman kerana merosakkan gadis-gadis tersebut, tapi malam ini...?
Malek ingat pada dosa, tetapi dia tidak mahu melepaskan keseronokan ini. Dia tidak pernah melalui saat berdua-duaan bersama sang gadis seperti ini. Strategi-strategi yang pernah diceritakan oleh Rahman, bermain-main semula di fikirannya. Tapi...patutkah dilakukannya kepada Linda?
Malek menggigil. Malek teringat pengajian agamanya selama enam tahun di sekolah agama dahulu. Malek masih belum lupa lagi pada firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 68 yang bermaksud, "Barang siapa melakukan demikian (syirik, membunuh jiwa tanpa hak dan berzina) ia akan diseksa berlipat ganda di akhirat dan dikekalkan azab ke atasnya dalam keadaan amat hina sekali." Begitu juga, bagai terngiang-ngiang lagi suara ustaznya membacakan hadis Nabi yang maksudnya, "Barang siapa berzina atau minum arak, maka Allah mencabut iman dari dadanya seperti orang menanggalkan pakaiannya daripada badan."
Tapi gelodak jiwa mudanya bagaikan api yang sedang marak...
Hendak buat atau tidak? Malek di persimpangan. Ahh, alang-alang mandi biar terus basah. Sekali ini saja. Nanti aku taubatlah, Malek berkata di dalam hati. Linda pula Malek tengok seperti tidak kisah saja bila dia mengusap-usap tangannya. Malah Linda ketawa pula bila lihat muka Malek pucat dan jeri-jemarinya menggigil.
Malek rasa tercabar. Malek terfikir, kalau dia lakukan lebih daripada itu pun, mesti Linda tidak kisah. Antara takut kerana teringatkan ilmu agama yang dipelajarinya serta hangatnya cerita-cerita asmara yang diceritakan oleh Rahman dan kawan-kawannya, Malek pilih yang kedua. Lantas Malek terus mengajak Linda bermalam di rumahnya. Malam ini malam Valentine's, kata Malek. Linda tanpa banyak soal, terus setuju.
Sampai di rumahnya, Malek lihat suasana sunyi sepi. Gelap. Tiada seorang pun kawannya di rumah. Rahman? Ah, dia tentu saja sedang bermalam dengan gadis yang baru diperdayakannya. Malek tidak mahu lepaskan peluang ini! Televisyen dibuka, Malek susun strategi yang pernah diceritakan padanya. Malek tidak mahu gelojoh, nanti malu pula pada Linda. Walaupun nampaknya Linda seperti gadis yang boleh ditinggal-tinggalkan, tapi Malek tidak mahu terburu-buru.
Malam itu, zahirnya mata Malek terpaku di kaca TV, tapi hakikatnya otak Malek sedang menyerewang jauh. Linda pula bukan main manja lagi, sambil menonton kepalanya dilentokkan ke bahu Malek. Apabila sudah mendapat lampu hijau, Malek tidak mahu berdiam diri. Dengan penuh kelelakian. Malek merangkul bahu Linda lalu direbahkan ke ribanya. Dia sudah membayangkan 'sesuatu' yang akan berlaku malam ini, dan....
TOK! TOK!! TOKKK!!!
TOK! TOK!! TOK!!!
Tiba-tiba pintu rumah diketuk dengan kuat. Malek kelam-kabut. Linda yang tadi berbaring di ribaannya, bingkas bangun membetulkan pakaian. Malek terus memperlahankan suara TV untuk memastikan apa yang didengarnya tadi bukanlah sekadar khayalan atau mimpi.
ASSALAMUALAIKUM!
ASSALAMUALAIKUMM!!
Kedengaran pula suara orang memberi salam dari luar. Malek panik. Kalau hendah dikatakan kawan serumahnya balik, mustahil kerana setahu Malek mereka semua ada kunci sendiri. Masuk saja, tidak perlu beri salam. Malek mula tidak tentu arah. Muka Linda berpeluh dan pucat lesi.
"Waalaikumsalam...siapa tu?" jawab Malek memberanikan diri.
"Ini JAIS...boleh tolong buka pintu tak?" jawab suara dari luar.
JAIS??? Apabila terdengar saja jawapan itu, seluruh anggota badan Malek menjadi lemah longlai. Terus Malek terbayangkan wajah ibu bapa dan adik-beradiknya dikampung. Dia juga terbayangkan guru-guru agamanya, solatnya, kitab suci yang selalu dibacanya.
"Habislah aku malam ini," Malek berasa hendak menangis.
Macam-macam perkara bersilih ganti datang dalam fikiran Malek. Selepas ini sudah tentu dia kena naik mahkamah. Silap-silap, masuk surat khabar pula. Ya Allah, kalaulah semua orang tahu perkara ini, manalah Malek hendak letak mukanya. Malu, maluuu!! Tiba-tiba timbul rasa menyesal, kalaulah Malek ingat pada agama, solat dan dosa, sumpah dia takkan bawa Linda balik kerumah.
"JAIS ni! Cepatlah buka pintu ni..!!" suara di luar makin keras.
Linda mula menangis teresak-esak. Linda teringatkan kawan-kawan seasramanya di IPTA. Malek kena lakukan sesuatu untuk menangani masalah ini. Tiba-tiba Malek mendapat satu idea. Pantas dia menarik tangan Linda menuju ke belakang. Malek membuka pintu dapur.
"You lari terus ikut semak tu, sampai you jumpa jalan besar, ambik cab, terus balik rumah. Esok I call you, okey," kata Malek tergagap-gagap.
Tanpa banyak soal, Linda berlari dengan lajunya meredah semak-samun di belakang rumah Malek tanpa memakai kasut. Setelah Linda hilang dari pandangan, Malek memberanikan diri membuka pintu. Alangkah terkejutnya Malek bila terpandang seorang lelaki dengan jaket hitam berdiri di luar.
"Err..encik ke yang ketuk pintu ni tadi? Err..errr..encik ni siapa?" tanya Malek terketar-ketar...
"Haah..lama saya ketuk tadi. Ingatkan abang kat toilet. Nama saya Jais, kawan kepada Rahman, budak serumah abang. Rahman ada kat rumah tak?" tanya pemuda itu semula pada Malek.
"Err...siapa nama kau tadi?" tanya Malek sekali lagi.
"Jais. Jais bin Md. Sood. Kenapa bang?"
"Err...takde apa-apa," jawab Malek perlahan.
Waktu itu malek rasa macam nak cekik-cekik saja leher pemuda bernama Jais itu. Dia ingatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), rupa-rupanya...
Kecundang di malam Valentine
Labels: Raja LawakSurat berhenti kerja seorang operator
Labels: Raja LawakJULIANA BONUS BT CHE ROSS
NO 834,LORONG BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600
MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG . 19 DEC 2005
TUAN,
PER : SURAT BERHENTI KERJA
Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab- musabab saya ingin berhenti kerja:-
1. Saya kerap dibuli oleh senior.
2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.
3. Lagu 5'S tidak masuk dalam carta ERA.
4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur pun dah 20 minit!!!
5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII... ... ... . Kasut takde sponge pulak!!!!!
6. Bas kilang tersangat laju... . Tersangat BAHAYA... ..
7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!
8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk... ..
9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.
10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GATE HOUSE nak balik kena beratok BULEH TAWAF satu kilang..
11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu... . Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH...
12. Boss kadang 2 ok, kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak
13. Faedah2 lain tak memuaskan. contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing HAMPEHHH
14. BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KUT TAK SANGUP DENGAQ KUT!!!!
15. Bonus Tahun Ni Takde Macam Hampeh...Orang Gaji Besar je yang dapat,Orang bawahan semua tak dapat...Kalau mcm ni biar boss besar mati cepat!!!! ..baru ada keadilan...... Aminnnn
Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama ... ... ... ... tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya.
**Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya... ... ..
IKAN KELI, IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI, LLLAAAMMMBUNG... ... ... ... ...
SEKIAN, TERIMA KASIH..
p/s - ntah2 yang mintak kerja kat MAS hari tue balak dia kot :D
Ribuan peminat tangisi pemergian 'Raja Pop' Michael Jackson
Labels: Hiburan
Ribuan peminat berdoa dalam satu bulatan di depan rumah Michael Jackson dan ratusan lagi membanjiri di bahu-bahu jalan sebaik saja mendengar berita kematian Raja Pop.
Ada yang meletakkan patung beruang dan jambangan bunga ros di serambi rumah tempat Jackson membesar yang kini tidak didiami.
Jiran-jiran berdekatan juga datang berkumpul menyalakan lilin dan merakamkan mesej takziah kepada Jackson.
"Saya perlu datang ke sini kerana saya akan menangis sekiranya duduk di rumah saya," kata Wyatt Puryear, seorang pemandu trak dari Gary.
Puryear mendakwa dia menamakan anaknya, Michael, sama seperti nama Jackson yang meninggal dunia pagi tadi Los Angeles pada usia 50 tahun.
"Saya membesar bersama dengan Michael Jackson," kata Puryear, 38. "Sejak kanak-kanak, saya menari dan menyanyi sepertinya."
Bernetta Galloway dari Gary berkata, dia terus pergi ke rumah Jackson dari pejabat doktornya sejurus mendengar khabar sedih tersebut.
Galloway, 50, memberitahu penduduk setempat di situ berbangga dengan Jackson kerana dia "berasal dari Gary yang telah merobah kehidupan mereka".
Jackson dilahir di Gary pada 19 Ogos 1958 dan merupakan anak ketujuh daripada sembilan anak. Dia berumur 11 tahun ketika keluarganya berpindah dari bandar itu selepas The Jackson Five merekodkan album pertama pada tahun 1969. AP
BERITA TERDAHULU
Dunia hiburan hari ini digemparkan dengan berita kematian penyanyi yang digelar "Raja Pop" Michael Jackson awal pagi tadi (waktu malaysia). Jackson, 50, bintang yang penuh sensasi dan kontroversi dan digelar “Raja Pop” merupakan satu ikon dan selebriti terkenal di dunia.
Kemasyuran Jackson pernah menjunam dan nama dia jatuh dari takhta berikutan skandal-skandal pelik yang dilakukannya.
Menurut satu sumber, Jackson meninggal dunia di hospital Los Angeles. Punca kematian Jackson dilaporkan sebagai serangan sakit jantung.
Jackson yang tidak bernafas apabila pasukan paramedik Jabatan bomba Los Angeles menjawab panggilan telefon dari rumahnya di Los Angeles kira-kira 12:30 tengahari waktu tempatan (1930 GMT), beritahu Kapten Steve Ruda kepada Los Angeles Times.
Pasukan paramedik cuba untuk merawat dia dan membawa dia ke Pusat Perubatan UCLA, jelas Ruda kepada media.
Capt. Steve Ruda berkata, anggota paramedik cuba menyedarkannya semula dan membawanya ke Pusat Perubatan UCLA.
Ratusan orang ramai berkumpul di luar hospital setelah mengetahui penyebaran berita kematiannya. Pintu masuk kecemasan di pusat perubatan UCLA yang berdekatan dengan rumah sewa Jackson telah di tutup dengan tali oleh pihak polis menggunakan pita polis.
Di New York Times Square, keadaan yang lengang menjadi kecoh dengan kehadiran orang ramai apabila berita kematian Michael Jackson dipancarkan di skrin, dan orang ramai mula menyampaikan berita kematian penyanyi kesukaan mereka itu kepada rakan-rakan melalui telefon bimbit.
Kematian Jackson membawa kepada satu pengakhiran tragis yang panjang, aneh, dan kadangkala kejatuhan palsu kariernya pada 1980-an. Penyanyi ini berjaya dikenali apabila lagu 'black and white' yang telah memecahkan halangan dalam perkauman di MTV, mengungguli carta-carta dan menyerlah di persembahan pentas.
Albumnya pada tahun 1982 yang turut menampilkan lagu-lagu hit seperti 'Beat It, Billie Jean dan lagu-lagu yang lain telah kekal sebagai album yang paling laris sepanjang masa dengan lebih 26 juta salinan terjual.
Pada 2005, dia telah dikenakan tindakan atas mencabul seorang pesakit kanser yang berumur 13 tahun di Neverland pada 2003. Dia juga telah dituduh mencabul seorang budak lelaki dan kes itu menjadi punca kejatuhan pada kerjaya dan imejnya malah dia telah menghadapi masalah kewangan yang serius.
Sumber : mStar
Kenapa Pas-DAP boleh, Pas-UMNO tak boleh?
Labels: MELAYU, PolitikSAYA terpanggil untuk bersama-sama memberi pandangan berhubung pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO kerana ia adalah satu titik permulaan yang sangat baik ke arah penyatuan umat Islam, khususnya orang Melayu di negara ini.
Cukuplah selama ini Melayu berpecah kerana perbezaan ideologi politik. Sebaliknya carilah segera titik persamaan yang boleh mengembalikan kekuatan Melayu di tanah air tercinta ini.
Sebenarnya, titik persamaan utama mereka sudah terlalu jelas dan tak perlu dicari lagi. Ini kerana secara umum semua orang Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Maknanya, mereka menyembah satu Tuhan, Allah SWT, menghadap kiblat yang sama, Baitullah di Mekah, berpegang kepada ajaran kitab yang sama al-Quran dan berpenghulu yang sama, Nabi Muhammad SAW. Jadi, dari segi akidah atau kepercayaan, tidak ada sebab mereka tidak boleh bersatu.
Cuma mereka berpecah kerana ideologi politik. Melayu UMNO dan Melayu Pas. Kenapa harus terjadi begini? Sedangkan hakikatnya, kedua-dua parti memperjuangkan Islam dan dikuasai orang Islam.
Di sinilah perlu wujudnya satu kesedaran yang sangat mudah untuk diperakui di kalangan seluruh umat Islam. UMNO dan Pas hanyalah parti politik, bukannya agama! Agama kita semua hanyalah satu, iaitu Islam. Sehubungan itu, sama ada kita menyertai Pas atau UMNO, kita tetap beragama Islam. Tidak ada hukum Islam yang menyatakan semua orang Islam wajib menyertai atau menyokong parti Pas.
Namun, apa yang berlaku selama ini, orang Pas berpendirian setiap orang Islam mesti menjadi ahli atau penyokong Pas. Kalau tidak, mereka bukan orang Islam. Apakah ertinya semua ini? Adakah orang Pas sudah beranggapan atau mahu menyamakan Pas itu dengan agama? Pas itu Islam dan Islam itu Pas? Kalau begitu, bagaimana dengan orang Islam di luar Malaysia? Adakah mereka juga tidak Islam kerana tidak menjadi ahli atau menyokong Pas?
Hakikatnya, orang Islam tetap orang Islam, selagi mereka berpegang dan mengamalkan Rukun Islam. Ia tidak boleh dipertikaikan sama sekali seperti yang dilakukan orang Pas terhadap orang UMNO dan perkara ini amat jelas dalam al-Quran ayat 94 Surah An-Nisa yang bermaksud;
"Wahai orang yang beriman, apabila kamu pergi berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya) dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam dan mengucap dua Kalimat Syahadat): "Engkau bukan orang yang beriman", (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) mata benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). Janganlah kamu gelap mata pada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak.
Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam dan mengucap dua Kalimat Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kamu. Oleh itu, selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu dan janganlah bertindak terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segalanya yang kamu lakukan."
Ayat di atas juga menyarankan umat Islam tidak boleh terburu-buru berprasangka buruk. Oleh itu, pemimpin Pas juga tidak harus terburu-buru berprasangka buruk dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara parti itu dan UMNO.
Sebagai, umat Islam, mereka perlu memahami tuntutan ukhuwah Islamiah yang memberi keutamaan kepada perpaduan sesama ummah terlebih dahulu dan bukannya mendahulukan orang bukan Islam seperti yang berlaku dalam penubuhan kerajaan pakatan antara Pas dan DAP di Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.
Dalam hubungan ini, saya ingin bertanya kepada pemimpin Pas, terutama Datuk Nik Aziz Nik Mat satu soalan:
"Yang manakah lebih baik, Pas bersatu dengan UMNO yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang Melayu beragama Islam atau Pas bersatu dengan DAP yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang yang terang-terang menentang status negara Islam dan kepemimpinan Islam di Malaysia?"
Sumber : Utusan
Cis! Tak guna punya bapak
Labels: Raja LawakSang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil.
"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!". Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab.
Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.
Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.
Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan..
Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta.
Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"
Sang ayah berfikir. Si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi."
Di sinilah wang dunia disorok
Labels: Artikel menarik
Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.
China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika.
Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – hasil kita berjual-beli dengan Amerika.
China dan Jepun negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika Syarikat.
Pemaksaan ini melalui dua cara. Pertama, Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual-beli minyak wajib menggunakan kertas dolar kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara dengan Saudi pengeluar utamanya.
Sebagai gantinya, kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud daripada dipukul oleh ombak rakyat.
Kedua, dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini.
Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual-beli minyak.
Jawapannya Saddam digantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih daripada kertas dolar, justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.
Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ia dipanggil fiat money - nilai yang dipaksa.
Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru, kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.
Pada awalnya Amerika Syarikat sebuah negara revolusioner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertasnya sendiri.
Amerika yang merdeka telah membebaskan diri daripada para pemilik bank yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka.
Lalu para pemilik bank menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan mereka.
Pada tahun 1913, setelah beberapa kali percubaan gagal, akhirnya para pemilik bank telah berjaya memaksa (atau menipu) Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913.
Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul.
Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di pinggir Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.
Siapa ahli-ahli lembaga pengarah Federal Reserve ini juga dirahsiakan. Kongres hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan dicadangkan oleh Federal Reserve.
Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan, pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke, pengerusinya yang terkini.
Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.
Mengikut akta 1913 ini, pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve.
Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar, maka kerajaan wajib meminjam daripada Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan.
Lihat bagaimana liciknya konspirasi para pemilik bank ini.
Seperti tulisan minggu lalu, para pemilik bank ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa-apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika daripada Federal Reserve dan akan dibayar kembali dengan bunga.
Duit membayar hutang dan riba ini datang daripada tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong, para pemilik bank ini telah mencipta harta Qarun.
Inilah punca yang sedang membawa huru-hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – perkembangan ini di Amerika, apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit?
Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar.
Ia telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para pemilik bank dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia.
Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjadi dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.
Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini.
Justeru, kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.
Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini, maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF.
Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri daripada sistem kapitalis global ini?
Pertama, banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama.
Kedua, tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Putih yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para pemilik bank dan Central Bank (nama asal Federal Reserve).
Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam daripada Central Bank.
Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini.
Ketiga, tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para pemilik bank dan kaum pemodal ini.
Semenjak 1913, pemilik banker ini telah membuat jaringan, kabel dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus.
Hari ini kabel rahsia para pemilik bank ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika. Hasilnya, media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para pemilik bank dan kaum pemodal ini.
Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu, media cetak masih lagi bergerak bebas.
Hari ini yang tinggal hanya enam buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media.
Syarikat-syarikat media ini pula dimiliki oleh para pemilik bank. Malah jika menyelidik dengan rapi, kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.
Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabel-kabel rahsia seperti Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull dan Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasai oleh pemodal dan pemilik bank yang sedang merancang untuk memunculkan satu Order Baru Dunia.
Di belakang semua ini, nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya-raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.
Kabel rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi dan Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom.
Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.
Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada mereka ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabel rashia ini.
Justeru, kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan, maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan, maka malaun-malonau ini seperti burung kakaktua akan turut bersuara.
Jika ada malaun ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam, maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika malaun ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul Haq, mereka akan diketepikan untuk malaun yang baru naik.
Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.
Hari ini sebenarnya tidak ada masalah kecairan. Apa yang berlaku, peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para pemilik bank ini.
Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai.
Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini.
Buat ketika ini, di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.
Old Town White Coffee Anti Islam
Labels: Islam, MELAYUAslmkum
Saya dan rakan2 sering ke cafe Old Town White Coffee duduk minum dan bincang hal business. Bila melihatkan kemajuan perniagaan mereka ada keinginan utk memulakan perniagaan ala franchise seperti syarikat Old Town White Coffee. Rakan kami telah berhubung dan berjumpa dengan pengusaha Old Town White Coffee untuk mendapatkan peluang franchisee daripada syarikat mereka dengan modal sendiri di rumah kedai yg kami miliki di lokasi strategik.
Alangkah terkejutnya kami ialah jawapan dari pihak pengusaha franchise tersebut adalah " KAMI TIDAK BERI PELUANG INI KEPADA ORANG MELAYU ISLAM UNTUK BERNIAGA ". Walhal yang memenuhkan tempat dan saling berkunjung untuk makam minum di cafe ini rata rata kami lihat adalah orang Melayu Islam kita.
Kita sering dengar kesama-rataan peluang yang di berikan oleh pihak kerajaan dan sering di tuntut hak mereka oleh bangsa Cina di Malaysia.
Dari apa yang kami alami dapat di buat kesimpulan bahawa apa yang bangsa asing pentingkan adalah perniagaan mereka dan monopoli bidang dan menidakan peluang kepada orang Melayu Islam tetapi menuntut hak sama dan membuat untung dari orang Melayu.
Lihat lah pekerja mereka semuanya pekerja asing dari Myanmar yang bukan Islam dan tiada pekerja bangsa Melayu Islam di Old Town White Coffee.
Nasihat kami wahai orang Melayu Islam dan kami sendiri hindarilah dari berkunjung ke Old Town White Coffee kerana mereka bukan memikirkan kejayaan sama bangsa Malaysia tetepi mereka Anti Islam.
Fikir-fikir lah...
Salam
" Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana "
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Tel : 03-42566618 / 42577222
Faks : 03-42566617
Hotline PPIM : 019-359 1000
20 Pemain Bola Bergaji Besar
Labels: Artikel menarikMENURUT kajian dilakukan sebuah majalah Portugal, Futebol Finance, hampir separuh daripada 50 pemain bergaji paling besar bermain dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).Lapan daripadanya pemain Chelsea, tujuh Manchester United, empat Liverpool dan masing-masing satu Manchester City, Newcastle dan Arsenal.
Namun, di sebalik kedudukan status EPL sebagai liga paling kaya di dunia, tiada seorang pemain mereka pun berada dalam kelompok tiga terbaik.
Penyerang Inter Milan, Zlatan Ibrahimovic mendahului senarai, memperoleh gaji lebih STG8 juta (RM42.3 juta) setahun, berkongsi kedudukan bersama pemain tengah Milan, Kaka, dan diikuti rapat bintang Barcelona, Lionel Messi.
John Terry dan Frank Lampard adalah pemain bergaji paling besar di EPL dengan masing-masing menerima STG7 juta (RM37.1 juta) setahun.
Rakan sepasukan mereka, Ashley Cole, Deco, Michael Ballack, Didier Drogba, Nicolas Anelka dan Joe Cole turut tersenarai sekali gus bermakna mereka mempunyai pemain bergaji besar paling ramai berbanding kelab lain dalam senarai itu.
United menduduki tangga kedua dengan Cristiano Ronaldo menduduki tempat kelapan selain Rio Ferdinand, Wayne Rooney, Carlos Tevez, Paul Scholes, Ryan Giggs dan Dimitar Berbatov turut tersenarai.
Barcelona mempunyai enam pemain manakala Real Madrid, lima. Liverpool kelab seterusnya mempunyai pemain paling ramai dalam senarai itu dengan empat pemain - Jamie Carragher, Xabi Alonso, Steven Gerrard dan Fernando Torres.
Polisi Arsenal mengenai gaji jelas terbayang apabila hanya pemain yang ditandatanganinya musim ini, Andrei Arshavin, berada dalam senarai, yang diambil daripada pelbagai sumber di sekitar Eropah tanpa termasuk bonus dan hak imej.
Robinho menduduki tangga ke-21, ketinggalan di belakang Michael Owen. Namun yang mengejutkan pemain disingkir Tottenham, Freddie Kanoute, kini bersama Sevilla tersenarai di tangga ke-17.
Sinar bahagia Nana dan Brian
Labels: Hiburan
Detik indah yang ditunggu-tunggu menjelma akhirnya apabila dua hati yang selama ini menyemai benih cinta disatukan menjadi suami isteri.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah penyampai radio Era, Nurul Hana Che Mahazan atau Nana, 26, tatkala dia sah menjadi isteri kepada Mohamaed Raqeem Brian, 34, Pengurus Saluran Hitz FM.
Majlis akad nikah mereka diadakan dalam suasana meriah di rumah pengantin perempuan di Muar, Johor, semalam. Yalah... tentulah pasangan Che Mahazan Che Aik dan Rosnah Harun gembira kerana anak perempuan tunggal mereka akhirnya bertemu juga jodohnya.
Dek kerana itulah majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan diadakan bak anak raja naik takhta. Selain dihiburkan dengan kugiran Polis Di Raja Malaysia, pengantin lelaki diarak dengan pasukan bermotosikal berkuasa tinggi diiringi kawalan pihak polis dari hotel ke rumah pengantin perempuan.
Malah pada malam tadi juga joget lambak iaitu acara wajib bagi orang Johor setiap kali meraikan majlis nikah turut diadakan. Pendek kata, majlis perkahwinan Nana dan Brian memberi makna tersendiri buat mereka.
Lebih bererti lagi mereka mengimpikan sebuah perkahwinan yang indah bahagia untuk selama-lamanya.
Hantaran perkahwinan sebanyak RM21,000 dan mas kahwin RM21.50 merupakan pengertian cukup mendalam kepada Nana dan Brian kerana angka 21 adalah simbol yang cukup keramat bagi mereka.
Secara kebetulan kereta Nana bernombor pendaftaran 21 dan begitu juga rumah Brian yang dalam proses untuk diduduki juga bernombor yang sama. Semuanya secara tidak sengaja.
Mengenakan pakaian dari Butik Cosry, Bangsar, tentunya kedua mempelai ini mahu seperti orang lain iaitu hidup bahagia dan ada anak cucu.
Pelamin dan baju berwarna putih gading sempena majlis perkahwinan mereka itu kata Nana adalah lambang kesucian cinta mereka yang disemai selama ini.
Tidak ramai yang tahu Nana dan Brian sebenarnya sudah lama kenal iaitu kira-kira lima tahun lalu. Bermula dua tahun lepas barulah mereka meluahkan perasaan untuk menjadi kekasih hati dan seterusnya mengikat cinta itu dengan sebuah ikatan perkahwinan.
"Saya amat gembira kerana hasrat untuk berumah tangga tercapai," kata Nana.
Memilih 6 Jun sebagai tarikh nikah, majlis pertunangan turut diadakan serentak. Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan.
Hantaran daripada pihak perempuan berupa gitar bersama gajetnya, cermin mata, minyak wangi, kasut, cincin, al-Quran, buah-buahan dan sirih junjung. Pihak lelaki pula membawa cermin mata, kasut, minyak wangi, jam, cincin, sirih junjung dan wang hantaran.
Hati Brian rasa kosong
Itulah dinamakan petunjuk Allah. Tak siapa yang tahu. Nana boleh dikatakan seorang yang beruntung kerana lelaki yang dicintainya itu sememangnya telah lama berazam untuk memeluk Islam.
Akui Brian, sejak berusia 26 tahun lagi hatinya sudah tertarik kepada Islam tetapi belum mendapat hidayah sepenuhnya. Malah dia juga pernah menyuarakan hasrat itu kepada si ibu dan tidak dihalang oleh orang tuanya itu.
Kata Brian, ibunya seorang Cina yang bertukar agama selepas berkahwin dengan bapanya yang berdarah India. Ibu dan bapanya memilih agama Kristian.
Disebabkan perkara itu, ibunya lebih berfikiran terbuka soal agama anak-anak.
Ujar Brian, akhirnya pada Januari lalu hatinya terus terbuka untuk memilih Islam apatah lagi dia mendampingi seorang gadis Melayu bernama Nana. Atas dorongan tersebut maka niatnya itu diteruskan dan akhirnya Allah membuka jalan untuk Brian menjadi seorang Islam.
Dibesarkan dengan persekitaran orang Melayu, perkara itu juga merupakan antara faktor dia memilih keputusan menukar agama. Bukan kerana Nana semata-mata.
Pengalaman menjadi seorang Islam ada banyak bezanya.
Ujar lelaki ini, dalam tempoh tiga hari bertukar agama kepada Islam, hatinya benar-benar terasa kosong. Jiwanya sunyi sepi ibarat dikurung di dalam sebuah gua batu yang tidak kedengaran apa-apa suara.
Bagaimanapun selepas menghadiri kursus kahwin serta mengikuti kelas fardu ain anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) barulah Brian merasakan hatinya terisi.
Itulah dinamakan nur atau cahaya yang datang bagi menerangi hati seseorang itu. Syukurlah walaupun tidak seperti orang lain, dia akan berusaha untuk menjadi seorang Islam dan suami yang bertanggungjawab.
Apa yang diharapkan Brian, Nana juga akan membimbing untuk membawanya menjadi manusia yang benar-benar beriman.
"Sekarang ini saya dapat merasakan sesuatu yang lain dalam hati. Saya bertambah seronok dan merasai ketenangan itu. Ada banyak beza," katanya.
Walaupun begitu sebelum ini Brian pernah cuba untuk berpuasa dan ia tidak mendatangkan masalah baginya. Tentu sekali Brian mengharapkan selepas ini dia dapat mempraktikkan sebulan penuh menahan lapar dan dahaga selepas menjadi Muslim sejati.
Kenapa boleh bersatu?
Umum sudah mengetahui cinta merpati dua sejoli ini tetapi hanya baru-baru ini sahaja Nana dan Brian menegaskan berita sebenar mengenai gosip mereka itu.
Ujar Nana bukan berniat menyembunyikan perkara sebenar tetapi banyak perkara yang perlu dipatuhi selama ini. Bukannya apa, Brian pernah menjadi boss Nana ketika mereka sama-sama di radio era dulu.
Bimbang dianggap ada unsur-unsur pilih kasih ketika bertugas, maka mereka tidak boleh terlalu menceritakan hubungan masing-masing.
Tetapi hari ini tidak lagi apabila Brian sudah ditukarkan di bahagian lain iaitu Hitz FM sementara Nana kekal sebagai penyampai radio Era.
Antara faktor yang membolehkan hati mereka disatukan, disebabkan Nana telah bertemu dengan seorang lelaki yang benar-benar memahami hatinya.
Akui Nana, Brian seorang yang pentingkan keluarga dan seorang yang mengambil berat. pemurah serta seorang yang kelakar.
Ciri-ciri itu memang diimpikan Nana sejak sekian lama dan syukurlah lelaki yang dikenalinya itu mempunyai unsur-unsur tersebut.
Dan bagi Brian pula Nana seorang yang memahami, penyayang dan berperangai "gila-gila". Mungkin atas dasar itu hubungan mereka boleh kekal sehinggalah ia berakhir di jenjang pelamin.
Nana sedikit terkilan
Panas dan kontroversi majlis pernikahan Nana dek kerana ada desas-desus mengatakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama (AF1) ini tidak gemar kehadiran media untuk memberikan publisiti pernikahannya.
Mengakui hatinya tercalar malah hati keluarganya juga terguris dengan dakwaan sedemikian. Nana menganggap ia satu tuduhan yang tidak benar sama sekali kerana keluarganya mengalu-alukan semua tetamu untuk meraikan hari bahagianya itu.
Dan yang lebih penting bapanya, seorang pegawai polis yang berpangkat Deputi Supritendan sudah bersiap sedia untuk meraikan tetamu selain memastikan kelancaran majlis berkenaan.
"Ayah Nana sedih bila timbul isu berkenaan. Nana pun rasa macam tu. Ini (kahwin) majlis yang baik. Tidak ada sebab nak sorok-sorok.
"Malah ayah Nana pun bagi pandangan nak buat khemah khas untuk tetamu-tetamu tak kiralah artis ataupun kawan wartawan," katanya.
Walaupun berita tidak sedap didengar itu sudah berlalu tetapi Nana anggap ia bukan masalah utama. Asalkan majlis pernikahan Nana berjalan lancar dan tetamu juga gembira cukuplah.
Memilih untuk berbulan madu di sebuah pulau, Nana dan Brian tidak menetapkan tempoh untuk mereka menimang cahaya mata.
Bagi mereka jika rezeki itu sudah ditentukan, mereka akan menerimanya dengan hati terbuka.
Selepas sehari usia pernikahan Nana dan Brian, tiada apa yang diharapkan oleh kedua-dua mempelai ini sebaliknya mahu semua peminat dapat mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat. Itulah impian mereka.
Sumber : Utusan
p/s : Brian buta kot Ahak ahak ahak !!!
Mengimbas kegagalan komunisme
Labels: Pengetahuan AmMENCERMINKAN keadaan cemas semasa darurat dulu ialah berita akhbar Straits Times pada 24 Februari 1950 mengenai serangan 200 orang gerila komunis ke atas balai polis terpencil di Bukit Kepong, 35 batu dari Muar.
Kisah bermula: "Serangan selama 6 jam itu berakhir dengan pembunuhan 23 orang di balai polis tersebut - 13 anggota polis, enam orang pengawal kampung, tiga isteri polis dan seorang kanak-kanak.
Tiga orang anggota polis cedera parah manakala seorang lagi terbakar tubuhnya. Sebilangan yang terselamat kemudian menyebut mengenai seorang pekedai Cina mati ditembak mati dan seorang kanak-kanak cedera.
Serangan dilancarkan mulai jam 4.30 waktu subuh. Setelah menyerang selama tiga jam, mereka mendesak anggota-anggota polis yang masih selamat supaya menyerah diri," demikian antara laporan akhbar Straits Times.
Laporan serba lengkap peristiwa bersejarah dan tragedi itu disusun kemudiannya oleh Wikipedia, ensaiklopedia bebas. Antara 23 orang yang mati dibunuh di balai polis itu ialah ketua mereka, Sarjan Jamil Mohd Shah.
Pasukan komunis semasa pertempuran itu menawan isteri seorang anggota polis dan memaksa ia memujuk pihak polis supaya menyerah diri. Tetapi pihak polis enggan dan terus menembak. Seorang lagi isteri polis dengan anak perempuannya ditawan turut dipaksa memujuk tetapi kedua-duanya enggan lalu dibunuh.
Kisah sedih seumpama kembali dalam ingatan bekas-bekas polis dan askar kini sebagai reaksi kepada gesaan pihak tertentu supaya Ching Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya dibenarkan pulang.
Menjadi bahan rujukan dalam hal ini ialah laporan akhbar British, The Observer pada 14 Jun 1998 setelah BBC mengadakan interviu khas dengan Ching Peng di London. Tajuk berita: Finally I meet the man I was sent to kill 40 years ago - and he smiles.
Lalu penulisnya, Neal Ashcherson, askar semasa darurat di Malaya, bertanya Chin Peng apakah perjuangannya selama 12 tahun (1948-1969) sesuatu yang wajar.
Antara lain beliau menulis: "Kekhilafannya yang utama, seperti diakuinya ialah ia gagal mendapat sokongan majoriti orang Melayu. Baginya masalah bahawa para pekerja proletar ialah orang Cina manakala para petani adalah orang Melayu dan beragama Islam.
Pihak komunis tidak mengambil kira faktor keteguhan etnik dan agama. Fahaman Marxisme dan Leninsime tidak pernah terfikir bagaimana mahu berinteraksi dengan semangat kebangsaan atau agama. Kerana itulah tiada apapun dicapai setelah mereka berjuang selama 12 tahun. Betapa dengan 12,000 nyawa yang terkorban itu?
Kegagalan mendapat sokongan orang Melayu juga dicatat oleh sejarawan Lucien W. Pye dalam bukunya Guerrilla Communism in Malaya (Princeton University Press 1956): "Kegagalan pada peringkat awal untuk menarik orang Melayu berjuang di bawah bendera revolusi menandakan pelbagai kesukaran Parti Komunis Malaya untuk mendapat sokongan dari kaum yang paling ramai di Malaya."
Juga menjadi rujukan ialah kenyataan Datuk Seri Yuen Yuet Leng, bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak, dalam akhbar Sun Weekend 6-7 Ogos 2005 berjudul Why Chin Peng failed in Malaya. Menurutnya Chin Peng tidakpun menjelaskan suatu lagi aspek perjuangannya iaitu untuk menubuhkan Communist Republic of Malaya, sesuatu yang dirancang oleh Parti Komunis Malaya sejak 1930-an.
Datuk Seri Leng juga menegaskan: "Majoriti besar rakyat kita dalam Barisan Nasional dan pihak Oposisi telah memilih demokrasi, bukan komunisme untuk cara hidup kita dan berkerajaan - walau apa jua perbezaan yang mungkin dalam mengamalkan pemerintahan demokrasi."
Dan akhirnya diingatkan: "Chin Peng dan Jawatankuasa Pusat terlalu ghairah dan yakin, hingga gagal menginsafi kerumitan- kerumitan pelbagai kaum Malaya yang masih konservatif.
Inilah salah satu sebabnya Parti Komunis Malaya tewas dalam peperangan, kerana perjuangannya dirancang berdasarkan contoh negara China, kerana mahu mewujudkan alam sekitar seperti negara China dan pemikiran China, iaitu yang sama sekali berbeza dari alam sekitar Malaya."
Antara kajian selanjutnya mengenai gerakan komunis di Malaya ialah perjuangan Darurat Malaya Kedua (1969-1975) oleh Ong Wei Chong dari Institute of Defence and Strategic Studies, Singapore. Menurut beliau Komunis Malaya gagal mencapai kejayaan dalam perjuangan revolusi hingga ke peringkat akhir. Dengan menandatangani Perjanjian Damai Haadyai pada 2 Disember 1989, Parti Komunis Malaya akhirnya menamatkan perjuangan bersenjata dan Darurat Kedua Malaya pun tamat.
Beliau mengulangi sesuatu yang dicatat oleh Chin Peng dalam buku riwayat hidupnya, iaitu berupa epilog paling berkesan mengenai perjuangan bersenjata.
Sumber : Utusan
Sejarah Melayu
Labels: MELAYU, Pengetahuan AmGenerasi hari ini rata-rata tidak mengetahui akan sejarah tamadun bangsa Melayu yang tinggi. Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja, serta orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina, Madagaskar, Taiwan dan pribumi di Papua New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik.
Perkataan “Melayu” sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau Malai, yang bermaksud “Gunung”; dan “Gunung” itu pula ialah perkataan Melayu moden untuk perkataan purbanya “Pnom”. Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323) merujuk bangsa atau bahasa Melayu sebagai Malaiur.
Catatan pegawai Portugis di Melaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600, merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio; manakala catatan China sejak abad ke-6 lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu. Satu daripada tinggalan ilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun Melayu Purba yang bermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah sistem angka perpuluhan yang ada simbol sifar (yang sama sistemnya seperti angka sekarang).
Sebelum abad ke-8M lagi Melayu Campa ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiran mereka dalam pelbagai bidang ilmu dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada pada mereka itu kepada enam bidang ilmu termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya sebagai horasastera (iaitu astronomi, astrologi, kosmologi dan yang berhubung dengannya seperti matematik dan fizik). Unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif, bersistem dan piawai, iaitu unit panjang atau jarak, dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki, unit Inggeris-Melayu yang berasal dari istilah Inggeris(fe e t ) berasaskan panjang kaki seorang raja England abad ke-16.
Yang menariknya, ribuan tahun kemudian Inggeris mengambil istilah dram atau dramma (Sanskrit) menjadi satu daripada istilah unit isi padunya, drum. Dalam tamadun Melayu, pada abad ke-7M lagi, sudah wujud istilah imbuhan unit bilangan seperti eka- (ekadasa=11, ekabahasa=satu bahasa), dwi-/bidwinmatra = dua dimensi, bhineka=dua aneka, tri-(tribuana= tiga alam nyata,), panca- (pancaindera = lima deria) polok/pulu/puluh, ratus, rivu/riwu/ribu, laksa (10 ribu), keti (100 ribu), dan ayuta/juta.
Pencatat Sepanyol bersama pengembara terkenalnya, Magellan, pada awal abad ke-16M mencatat perkataan Melayu ini sebagai “iouta”. Di Barat, sebahagaian daripada unitnya yang setara dengan unit-unit Melayu di atas itu wujud hanya mulai abad ke-13M sahaja dan sebahagian lagi dicipta dalam abad-abad selepasnya.
Selain itu, pada abad ke-14M, selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu terdapat banyak manuskrip dan buku atau kitab Melayu berkenaan dengan ilmu SAKTI (sains, kesihatan, kejuruteraan dan teknologi), selain daripada ilmu sakti biasa itu (ilmu sihir dan ajaib). Manuskrip bidang perubatan dan bioteknologi mungkin menjadi manuskrip Melayu yang terbanyak tetapi bidang ini dikenali sebagai tib atau mujarobat dan ahlinya tabib.
Sebahagian besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli biokimia, bioteknologi, bioperubatan dan perubatan kita sekarang. Oleh itu, dalam konteks sains moden ilmu-ilmu yang ada dalam ribuan manuskrip ini banyaklah yang bersifat hipotesis; dan sesuatu hipotesis dalam sesuatu bidang ilmu amatlah diingini dan mahal harganya kerana semua sains bermula dengan hipotesis.
Satu lagi bidang kekuatan orang Melayu dahulu ialah bidang ilmu mantik (lojik), kosmologi, astrologi (ilmu nujum), kosmogeni dan falak (astronomi). Manuskrip Melayu yang tertua yang dijumpai setakat ini ialah Kitab Abi Ma.syar al Falak oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni Abdul Rahman pada 1209h/1794M.
Kesemua ini membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam zaman kegemilangannya, dan jika terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan, mampu menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana minda bangsanya.
Nota: Shaharir Mohammad Zain merupakan professor matematik di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Sebelum itu beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (HEA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
















