Assalamualaikum.. Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa dengan ape yang gua nak luahkan.. Bukan niat gua nak kutuk ape pun..cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA tu!
Wah!!! Bukan main lagi lu orang...rumah juta-juta...Harta juta-juta...buat rumah pun atas bukit..Kenapa buat rumah atas bukit?..Konon-konon darjat tinggi la....sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak privacy?...Atau memang taknak campur dengan masyarakat?...Gua tengok kebanyakkan orang meLAYU..tapi gua heran jugak...rumah juta-juta...harta juta-juta...tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?...Sebab apa?...
SEBAB LU KAYA!!..
Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang...sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!.Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan...ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni???... Nasi bungkus lu orang buang ..nasi bungkus ape standard....Sebab apa?...
SEBAB LU KAYA!!
Gua lagi tambah sakit hati bila ada RELA dan penyelamat datang nak jenguk...nak tengok-tengok lu orang...tapi lu maki apehal?...Lu dah bagus sangat ke nak maki orang?..Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat...tapi lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang!..Lu sibuk pasal lu punya barang...ada lu pikir pasal TUHAN???...Sebab apa lu jadi macam ni??
SEBAB LU KAYA!!
Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan..bukan sikit..tapi puluh ribu..!!...nak cakap b**doh tapi jadi menteri...tapi pikir balik memang b**doh pun!..lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!..duit ada berjuta...lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?..yang tak makan?...Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??..Sbab apa???
SEBAB LU KAYA!!!
Lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap!...ada lu orang nak beristgfar?..Gua jadi heran ada makhluk macam lu orang!..Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus!..tapi yang lu nak maki dorang apehal?..Lu nak saman apehal?..Sebab apa??
SEBAB LU KAYA!!
Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT...yang lu buat rumah atas bukit tu sapa suruh??..Nak pampasan???..JANGAN HARAP!..cukup baik la MB Selangor bagi penginapan kat hotel..Tak bersyukur lagi???...Itu tanah persendirian...lantak lu la nak buat rumah...tapi bile dah ranap lu sibuk nak saman??..Sebab apa?..
SEBAB LU KAYA!!!
Gua bukan dengki pasal lu kaya..peduli ape lu kaya!..lantak lu la..tapi lu kene ingat...ada yang lagi MAHA KAYA!!!!
LU PIKIR LA SENDIRI!!
p/s - cerita lama tapi aku baru jumpa. Layan je :D
Sebab lu kaya !!!
Labels: Artikel menarikPersonal coaching - Buat duit di eBay
Labels: Promosi

Kat atas nie SS akaun Paypal aku untuk bulan nie. Sebenarnya tak sampai sebulan pon aku "menjebakkan" diri dengann biz eBay (lihat tarikh transaksi). Tapi hasilnya setakat nie boleh tahan masyuk :D
Biz nie tak payah simpan stok. Cuma perlu sediakan design produk (tak payah reka, sediakan design sahaja ;D). Yang lain2 dropshipper akan uruskan.
So kepada sapa2 yg berminat nak menambah pendapatan dengan biz eBay, aku boleh bagi personal coaching (belajar sampai pandai). Target aku 2 minggu je korang dah mahir bereBay dan kalau ada masalah selepas tue boleh roger je aku kat YM.
Yurannya cuma RM50 dan pembelajaran akan dibuat melalui YM. Jaminan 30 hari wang dikembalikan jika tidak berpuas hati dengan teknik2 yang diajar.
Email ke dzoolhelmi@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Wan Sharmila bercerai
Labels: Hiburan
Berita ini mungkin yang pertama di beritahu di media dan internet. Telah dimaklumkan bahawa pelakon drama Sindarela, Tari Tirana dan beberapa lagi drama tempatan iaitu Wan Sharmila Wan Muhamad telah bercerai secara baik (talak 1) dengan suaminya, Fazli Bahrom pada jam 10:30 pagi tadi ( 23 Oktober 2009) di Mahkamah Syariah Johor Bahru.
Mahligai yang mereka bina hanya bertahan beberapa tahun (nikah pada awal tahun 2007). Sebab mengapa penceraian ini berlaku tidaklah pula kami ketahui malah tidak ingin juga kami ketahui kerana itu masalah peribadi mereka dan harus kita hormati. Apa yang kami harapkan, agar kedua-dua pihak tabah menerima ketentuan illahi ini.
Sumber : Oh! Artis
p/s - bertambah sorang lagi artis jadi janda meletop ;p
Kisah cikgu dan pelajar tentang cinta
Labels: Cinta
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?.. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya.. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan please cuba teruskan perhubungan tersebut walaupunper banyak kara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Pelakon, Dayana Kamal rentung dalam kemalangan maut
Labels: Hiburan
Hasrat seorang warga Amerika Syarikat, Gonzales Christopher, 25, yang baru tiba di negeri ini untuk merasai kelazatan sup belut tertunai selepas dibawa oleh tiga sahabat barunya ke sebuah gerai tengah malam tadi.
Namun sup itu menjadi menu terakhirnya apabila dia bersama dua lagi rakan termasuk seorang wanita terbunuh selepas kereta dinaiki mereka merempuh tembok sebuah jambatan ketika mengelak seekor kucing.
Lebih tragis kemalangan pada pukul 4.15 pagi di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Kampung Bunut Payong di sini, turut mengakibatkan ketiga-tiga mereka rentung apabila kereta Proton Persona tersebut terbakar.
Dua rakan mangsa yang terbunuh ialah Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, berasal dari Tanah Merah dan wanita dikenali sebagai Diana (Dayana), 22, dari Ketereh.
Pemandu kereta, Tengku Ahmad Nazim Tengku Azizan, 30, bagaimanapun terselamat selepas merangkak keluar dari kereta miliknya itu tetapi melecur hampir 18 peratus anggota badannya.
Tengku Ahmad ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hari ini berkata, dia bersama Tengku Shamsu dan Diana baru sahaja mengenali Christopher di sebuah hotel, di sini malam tadi.
‘‘Dia (Christopher) teringin makan sup belut dan oleh itu saya ajak dia keluar tengah malam tadi untuk menikmatinya di sebuah gerai yang masih dibuka.
‘‘Kami berkenalan sebab dia seorang penyelidik dan memerlukan beberapa maklumat daripada saya mengenai penduduk negeri ini,’’ katanya yang bekerja di Jabatan Perangkaan Kelantan.
Tengku Ahmad memberitahu, kemalangan tersebut berpunca daripada tindakannya yang cuba mengelak seekor kucing melintas menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan.
‘‘Saya tidak memandu laju tetapi terkejut apabila lihat kucing tiba-tiba melintas lalu gagal mengawal stereng dan merempuh tembok sebuah jambatan.
‘‘Sebaik rempuhan itu berlaku saya pengsan seketika dan apabila sedar saya terhidu bau hangit seperti benda terbakar.
‘‘Saya berusaha sedaya upaya merangkak keluar untuk menyelamatkan diri dan tidak tahu apa yang berlaku terhadap tiga lagi rakan saya,’’ jelasnya.
Katanya, selepas berjaya keluar dari kereta tersebut dia pengsan sekali lagi dan tersedar apabila berada di HRPZ II.
Sementara itu, Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Ghani Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 5.13 pagi.
Katanya, 12 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim dan Kota Bharu tiba ke tempat kejadian beberapa minit selepas itu.
‘‘Ketika tiba kereta itu telah terbakar dan dua mangsa terperangkap di dalamnya manakala seorang lagi berada di bawah kenderaan tersebut.
‘‘Bomba memerlukan kira-kira 20 minit untuk memotong kereta yang telah hangus itu bagi mengeluarkan kesemua mangsa,’’ katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, dalam kes berlainan, seorang lelaki maut dalam kemalangan selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah bas di persimpangan lampu isyarat berhadapan Pasar Raya KB Mall.
Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Che Hashim Che Ibrahim, 42, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua kejadian tersebut dan masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca.
Sumber : Utusan
Minah tudung kantoi bra (2/2)
Labels: Gambar

p/s - bz sikit semejak 2 menjak nie. Nie je yang mampu aku post :D
Cerita Linda Onn
Labels: Hiburan
Hi semua !
Nak dengar cerita tak? Hmmm.. baca eh.
Al-kisahnya, semalam Linda ke cyber cafe,teman kawan Linda nak print kertas kerja dia. So,Linda pun masuk ke cyber cafe tu dengan muka selamba jer.. takde orang perasan Linda masuk sebab masing2 tengah sibuk mengadap komputer. Ada yang main game,ada yang chatting,ada yang layan facebook dan ada yang tengah bergosip di forum artis !
Hmmm.. nak dijadikan cerita,Linda duduk sebelah seorang budak perempuan ni. Linda duduk agak belakang sikit dari dia. So,dia tak perasan yang duduk kat belakang dia ni adalah LINDA ONN. Jadi, Linda pun sempat 'skodeng' apa yang dia gosipkan..di ruangan forum artis . Huh! Kalau artis baca, boleh berdarah jugak lah tengok apa yang dia type ! Lepas satu topik,satu lagi topik dia bukak.. dah tu..dia hentam artis baeeeeekkkkk punya ! Macam takde perasaan.
Tiba satu part ni,dok hentam tentang muka artis... antara yang dia taip ialah "eleh..takat muka jawa lubang hidung besar...nak jadi artis? hampeh! Monyet tengok pun belum tentu nak jadikan couple! Sah tak laku!"...
OK ni lagi satu.. Linda tak ingat satu persatu apa yang dia taip, tapi Linda ingat isinya.. "Paha besar macam *&^%$# . Takat muka macam dia ni,nak jadi gf mamat tu? telinga capang. Aku lagi layak lah.. Minah tu dah lah hidung macam serombong kapal! "
Lepas tu..dia boleh pulak sama-sama join 'memfitnah' dalam forum yang tajuknya 'Dagu Linda Onn runcing'. Dia taip gini -> "....cantik sangatlah tu dagu di injek..botox! Tak guna dapat duit banyak tapi semua ke dagu. Patutlah kena tinggal balak dia dulu sbb dagu tak cukup panjang! choyyy!".
Linda pun sabar je ... Rasa macam nak cekik je budak tu dari belakang. Dia tak perasan yang Linda Onn yang dia fitnah tu ada kat belakang dia. Pelik Linda tengok. Walhal dia pakai tudung. Dari sudut aurat,dia perfect sebagai seorang muslim sejati! Tapi dari sudut hati,perangai,pemikiran...dia kotor! Jijik! Jadi tudungnya itu untuk menutup jijiknya ke? Ya Allah,itu kan semua ciptaan tuhan..kenapa dia sebagai hambaNYA mengeji ciptaanNYA?
Nak dijadikan cerita,dia bangun sebab dah penat buat dosa agaknya. Dia toleh ke arah Linda dan terkejut badak!! Linda pun cuma senyum... dan sempat cakap
"..dik.. Kak Linda Onn tak buat dagu..tak percaya? peganglah dagu ni? "
Minah ni punyalah malu,dia tak terkata apa. Cuma sempat cakap "eh..hi..kak..". Lepas tu terus keluar dari cyber cafe tu. Linda dah tak nampak sangat muka dia.. yang Linda nampak cuma seorang perempuan yang rendah nilai dirinya..
DAGU LINDA ? Buat apalah nak buat dagu? Linda sendiri tak faham kenapa orang kena cucuk muka? Nampak bengkak tau tak.. But who knows..mungkin mereka ada sebab lain utk inject. BTW,my dearest blog readers...sayangku,manjaku,cintaku...dengarlah cakap Linda ni...Dagu Linda ni,dah berpuluh kali Linda katakan..nampak runcing bila kurus,cara mekap & cara senyum yang buat dagu nampak panjang. Linda tak pernah inject dagu ni.. Lillahi.. Ishhhh ..selisih!
Terus terang lah Linda cakap,budak perempuan bertudung yang dok mengata , menghina dan memfitnah artis kat laman forum gosip tu .. Linda tak berniat utk kutuk dia cuma heran,Linda expect orang yang mengutuk muka orang lain,mukanya sendiri sangat cantik bak bidadari,sangat perfect takde cacat cela tapi ..hmm. Maaf ye Linda cakap,(ni Linda nak jadi forumer punya perangai jap..hehe), wajah budak perempuan tu tak cantik ! Agaknya apa perasaan dia jika ada orang sesuka hati cakap dia punya lubang hidung besarlah..telinga capanglah,muka jawa dan segala bagai kutukan yang lain? :-)
Yang pelik,dalam forum tu,dia siap boleh suruh artis tu cermin diri... Agaknya dia sendiri lupa nak cermin diri sebelum ke cyber cafe kot. hmm...
Linda pun berlalu keluar dari cyber cafe dengan senyuman.. dan terdetik dalam hati "Orang yang mengata orang pun , dirinya sendiri tak sempurna . Tapi dia boleh mengeji ciptaan tuhan. Mungkin jugak kerana dia 'tidak sempurna' maka dia tidak puas hati dengan kesempurnaan orang lain"
So,kalau ada rakan artis yang terbaca blog Linda ni. Don't worry about what u read or what u hear from people ya ! Jangan terasa terhina atau kecik hati dgn forum2 yang tak berfaedah yang dicipta oleh manusia yang mencari kesempurnaan dari kekurangan pada diri sendiri.
...dan kepada yang suka bergosip,fitnah,ngumpat... Astaghfirullah. Fitnah itu lebih teruk dari membunuh. Bertaubatlah...
Sumber : Blog Linda Onn
Boyfriend Mat Saleh
Labels: Raja Lawak
Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur.
Biasalah bila sudah duduk 'town', mula lupa asal usul. Pakaian seksi
maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang
boyfriendnya yg bermata biru.
Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki
Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah
mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan
perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.
Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah , yg berjaya 'dicuri' ...
Mike....
I WANT TO CUT CONNECTION US.
I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with
eyes myself. You grab hand she.
You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are
really crocodile land.
My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie
me. But now I know you correct-correct play wood three.
So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know
his result I pick is very correct, because you love she very high from
me.
So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to
play-play with my liver.
I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't
want banana to fruit two times.
Safe walk..
Tijah
Gilir KM, mengapa DAP takut ?
Labels: Isu Semasa, MELAYU, Politik
KETUA Pemuda Keadilan Rakyat Pulau Pinang Mohd. Yusmadi Mohd. Yusuff telah berjaya mendedahkan pekung dasar Malaysian Malaysia yang didakwa adil kepada semua kaum apabila beliau mencadangkan penggiliran terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang yang sekarang disandang oleh seorang bukan anak tempatan tetapi diimport dari Melaka.
Reaksi spontan dan pantas dari Pemuda Sosialis DAP yang menolak dengan tegas pendedahan itu telah memberikan gambaran yang sebenarnya apa yang tersirat dalam dasar itu yang selama ini dipromosikan sebagai dasar keadilan bagi semua kaum dan anti perkauman.
Yusmadi mahukan penggiliran itu dilakukan kepada tiga pihak yang menguasai negeri itu sekarang iaitu tidak terbatas kepada hanya orang Cina sahaja tetapi juga wakil lain lain dari parti Pakatan Rakyat iaitu Melayu dan India.
Tahniah setinggi-tingginya kepada Mohd. Yusmadi yang percubaannya sangat bijak untuk membongkar perasaan yang terpendam dalam DAP selama ini.
Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DPSY) Ng Wei Aik dalam reaksinya jelas menampakkan bahawa DAP mahukan hanya orang Cina menjadi Ketua Menteri dan beliau tidak lagi dapat menyembunyikan perasaan marah terhadap cadangan itu sehingga menyerang peribadi Yusmadi dengan menyifatkannya sebagai orang yang gilakan kuasa.
Wei Aik juga menganggap formula itu berbau perkauman.
Selama ini DAP yang telah cuba memberikan gambaran seolah-olah BN dan khususnya UMNO menolak desakan supaya Timbalan Perdana Menteri dilantik daripada seorang bukan Melayu, tetapi ternyata DAP di peringkat negeri pun sudah tidak sanggup untuk memberikan peluang kepada kaum lain apatah lagi jika parti itu menguasai Malaysia.
Jelas bahawa Malaysian Malaysia DAP hanyalah pada teori sahaja untuk meyakinkan kaum lain tetapi matlamat sebenarnya ialah Malaysian Chinese.
Inilah gambaran sekiranya DAP berkuasa di negara ini kelak yang seharusnya disedari oleh kaum India dan Melayu.
Sesungguhnya cadangan yang dibuat oleh Pemuda PKR itu lebih adil daripada dasar BN yang selama ini hanya meletakkan Melayu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sekalipun sebenarnya UMNO dengan kedudukan kerusinya boleh menentukan sama ada Ketua Menteri dari parti Gerakan atau MCA. Namun UMNO berpegang kepada janji setiakawan dan tidak pernah menuntut untuk memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang ketika BN berkuasa dahulu. Malangnya kesetiaan UMNO ini telah dikhianati.
Mohd. Yusmadi sebagai anggota Parlimen PKR Balik Pulau melihat formula yang dikemukakannya adalah lebih baik daripada BN yang sekian lama memberi jawatan Ketua Menteri hanya kepada kaum Cina dari Gerakan sahaja malah bersikap tidak adil kepada MCA. Orang Melayu hanya layak dengan kedudukan sebagai Timbalan Ketua Menteri sahaja.
Saya tidak faham kenapa wakil Ketua Menteri Pulau Pinang itu menganggap cadangan ini sebagai perkauman sebaliknya penolakannyalah menampakkan perkauman DAP dan prasangka buruk kepada orang Melayu sekiranya mereka menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang kelak.
Bimbangkan cadangan ini akan dianggap sebagai telah mendapat restu DAP, Wei Aik menafikan dengan keras sebagai sudah dipersetujui dengan Pas dan PKR.
Beliau mendakwa sekalipun seorang Cina menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini tetapi layanan adil diberikan kepada semua kaum dan agama.
Malah Pengerusi DAP Karpal Singh yang turut terkejut dan gementar dengan cadangan itu telah meminta supaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim menutup mulut ahli partinya di akar umbi.
Sama ada kerajaan negeri adil atau tidak kepada semua kaum hanya dapat dirasakan dan dijawab oleh rakyat Pulau Pinang sendiri yang baru sahaja melalui krisis Pasar Chowrasta mengenai tempat perniagaan di bulan Ramadan dan tempat tinggal mereka baru-baru ini.
Saya tidak nampak cadangan Ketua Pemuda PKR itu sukar untuk dilaksanakan di Pulau Pinang kerana BN pun pernah melakukan penggiliran jawatan Ketua Menteri di Sabah untuk memenuhi kehendak semua pihak dan saya percaya jika cadangan itu diterima maka pastinya Pakatan Rakyat akan dapat memperkukuhkan lagi kedudukannya di Pulau Pinang.
Sumber : Utusan
Lelongan nenek cecah RM113,761
Labels: Isu Semasa
Seorang cucu yang bergurau apabila melelong neneknya di laman web eBay tidak menyangka apabila pembida sanggup menawarkan harga sebanyak £20,541 (RM113,761) untuk memperolehnya, lapor sebuah akhbar semalam. Bagaimanapun, lelongan itu ditarik balik kerana manusia tidak dibenarkan dilelong di laman web tersebut.Kisahnya bermula pada Ahad lalu, apabila nenek itu, Marian Goodall yang berumur 61 tahun kembali dari sebuah hospital dan berada dalam keadaan muram kerana sakit lutut.Cucunya, Zoe yang berumur 10 tahun berasa berang kerana dia diminta membuatkan minuman untuk neneknya. Zoe berkata: "Dia (neneknya) menyebabkan saya marah. Dia mengeluh sakit pada saya.
Semasa saya berada bersama komputer riba, saya berpendapat saya perlu meletakkannya di laman eBay." Bapa Zoe, Thomas Pemberton yang berumur 31 tahun berkata, anaknya itu bukannya bertujuan untuk melelong neneknya tetapi mahu mendapatkan seseorang untuk menjaganya.Pemberton yang merupakan bapa tunggal menyatakan, terdapat pembida yang bertanya pelbagai soalan berhubung lelongan itu."Dalam tempoh sehari harga bidaan mencecah £1,000 (RM5,538). Ia kemudian meningkat £2,000 (RM11,076). Saya kemudiannya mendapati ia mencecah £20,541. "Saya berasa terkejut tetapi ibu saya tidak mempunyai perasaan itu. Dia menyatakan harganya bernilai berjuta-juta pound," katanya.Lelongan itu kemudian dihentikan pada Selasa lalu.
Sumber : Kosmo
