MALAYSIA :
* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang.
THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.
SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.
SWEDIA :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.
KOREA SELATAN :
* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.
SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.
UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.
MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.
AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.
YUNANI :
* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.
KANADA :
* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.
PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.
ISRAEL :
* Dilarang memelihara vavi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.
AMERIKA :-
- ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.
- ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.
- ARKANSAS :
* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.
- CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.
- COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.
- CONNECTICUT :
* Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.
- FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.
- WASHINGTON :
* Dilarang menyusui anak di tempat awam.
Undang-undang pelik di seluruh dunia
Labels: Artikel menarik[ Mari Mencuba ] IQ Test
Labels: Pop Kuiz
1) Dalam setahun ada bulan yang ada 31 hari, 30 hari dan 28 hari. Berapa bilangan bulan yang ada 28 hari?
2) Jika anda mempunyai sebatang mancis dan anda memasuki bilik gelap dan sejuk lalu terjumpa pelita dan lilin. Yang mana satukah yang akan anda pilih untuk dinyalakan dulu?
3) Jika 7 ekor monyet makan 7 biji pisang selama 7 minit. Berapakah masa yang perlu diambil oleh 4 ekor monyet untuk menghabiskan 4 biji pisang?
4) Terdapat sebuah tembok setinggi 51 kaki. Seekor siput boleh memanjat dinding setinggi 9 kaki sepanjang hari. Siput akan berhenti berehat untuk tidur pada malamnya tetapi keesokkannya mendapati dirinya mengelongsor jatuh sebanyak 6 kaki. Berapa harikah yang perlu di ambil oleh siput itu untuk sampai ke puncak tembok itu.
5) Dalam sebuah perlawanan chess, si abang telah menang sebanyak 9 kali. Tetapi si adik telah lebih banyak mengalahkan si abang. Dalam setiap perlawanan pihak yang kalah akan memberikan sebiji gula-gula kepada pihak yang menang. Setelah tamat perlawanan terakhir, si adik berjaya mengumpul sebanyak 16 biji gula-gula dan si abang tidak berjaya mengumpul apa-apa. Berapakah jumlah perlawanan chess yang telah mereka main?
6) Ahmad masuk tido pukul 8 malam dan telah mengunci jam locengnya supaya ia berbunyi pada pukul 9 pagi. Berapa jamkah Ahmad dapat tido?
7) Bahagikan 30 dengan separuh dan tambahkan dengan sepuluh. Berapakah yang anda dapat?
8) Sila congak dalam minda anda. 1000 ditambah dengan 40. kendian ditambah dengan 30. tambah lagi dengan 1000. ditambah lagi dengan 20. tambah 1000 lagi dan sekarang tambah 10. berapakah jumlahnya?
Adakah 4000?
9) Ayah Shah ada 5 orang anak lelaki. Berikut adalah susunan kelahiran anak-anaknya.
1. Shahrij
2. Shahrik
3. Apa kah nama anak yang ke tiga?
4. Shahrim
5. Shahrin
10) Pn Ana telah mengandungkan anak sulungnya selama 9 bulan 10 hari. Tetapi untuk kelahiran anak keduanya, dia telah mengandung selama 40 minggu. Di manakah silapnya?
Jawapan
1) 12 bulan. setiap bulan ada sekurang-kurangnya 28 hari.
2) mancis. Kena nyalakan mancis dulu, baru leh nyalakan pelita dan lilin
3) 7 minit. Seekor monyet ambil masa 7 minit untuk habiskan 1 biji pisang.
4) 15 hari. Siput berjaya panjat 3 kaki selama14 hari berturut-turut. Pada hari ke 15 dia berjaya panjat lagi 9 kaki. Kira cukup 51 kaki.
5) 34 games. Si adik perlu kalah sebanyak 9 kali + menang 9 kali + terlebih menang 16 kali untuk berjaya mengumpul 16 biji gula-gula.
6) 1 jam. Jam loceng kebanyakkannya analog. Jarum jam cuma berganjak dari angka 8 ke 9. pastu berbunyi..kringg!!!
7) 70. 30 bahagi ½ = 30 x 2. menjadi 70 bila di tambah dengan 10.
8) 3100. kira semula kalo jawapan anda 4000.
9) Shah. Tiada kena mengena dengan susunan abjad.
10) tiada silap. 40 minggu = 9 bulan 10 hari = 280 hari.
Surat cinta untuk mu...
Labels: Cinta
Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang. Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite,kite malas nak jawab.
Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil. Sebab tu la ayang selalu merajuk erk?
Tak tahula, setahu kite:
1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite repeat paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak duit ngan emak kite.
2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal, kita bagi yang besar kat ayang.
3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.
4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun. Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je. Takut kalau puji kang ayang marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.
5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks, kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah kite makan mee maggi.
6. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend. Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend kesemua nya. Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.
7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene reject.
8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite, kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?
9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain, kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.
10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30. Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.
11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.
12. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru. Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.
13. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.
14. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat, member ayang ketawakan ayang.
15. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang, kite gak yang tido kat sofa.
16. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.
17. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pape pun. Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.
18. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau. 30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.
19. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat.
Sultan Johor Mangkat
Labels: Isu Semasa
Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada Jumaat malam selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.
Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.
Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.
Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.
Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Petang ini, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.
Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.
Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden Almarhum Sultan Abu Bakar.
Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Baharu, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.
Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.
Nama Almarhum terpahat pada sekolah, acara sukan seperti Kejohanan Golf Terbuka Iskandar dan juga koridor pembangunan selatan Johor iaitu Iskandar Malaysia.
Sumber : BERNAMA
Surat seorang Rocker sejati
Labels: Raja Lawak
Salam,
Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..
Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?
Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.
Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!
Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!
Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!
Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!
Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!
Yang Benar,
Rockersejati
Khasiat pisang
Labels: Pengetahuan Am
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .
Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ˜The New England Journal of Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
10 Anak Muda Paling Popular Di Dunia
Labels: Artikel menarik
Larry Page and Sergey Brin
Siapakah dua orang anak muda ini ya? Bagi sesiapa yang begitu mendalami dunia internet sudah tentu mengenali mereka.Aha..mereka lah dua anak muda yang telah mencipta Google suatu ketika dahulu dan sekarang menjadi salah satu Search Engine yang paling terkenal di dunia.Ketika berumur 24 tahun mereka telah mencipta Googledan telah berjaya sehingga sekarang.Dengan page rank yang mencapai 10 dan juga mempunyai lebih 1,000,000,000 visitor setiap bulan, sudah tentu income mereka pun cukup mengejutkan iaitu sebanyak $18.5 Billion Each.
Mark Zuckerberg
Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta Facebook yang menjadi kegilaan anak muda di Eropah khasnya dan merupakan salah satu lagi social networking site yang banyak memberi manfaat kepada pelayar web.Ketika umurnya 19 tahun pada tahun 2004 beliau sudah pun mempunyai income setahun sebanyak $700 juta.Cukup hebat bagi anak muda berumur 19 tahun bukan?Mempunyai seramai 155,000,000 visitorsetiap bulan sudah cukup membuktikan bahawa anak muda ini amat hebatberbanding anak muda lain yang banyak habiskan masa dengan sesuatu yangsia-sia.
Chad Hurley and Steve Chen
Ya..merekalah yang telah membuatkan para pengguna internet seluruh dunia gila dengan Video.Youtube yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi menjadi begitu popular sehinggakan ianya menjadi salah satu medium utama untuk para internet marketerseluruh dunia menjadikan video sebagai medium untuk mengiklan produkmereka dengan lebih berkesan lagi dan juga menambahkan trafik. Padaumur 28 dan 27, dua orang anak muda pada tahun 2005 ini telah menciptasebuah laman web yang amat popular sehingga mencecah 300,000,000 visitor sebulan.Pendapatan tahunan mereka adalah lebih kurang $60juta setahun.
Matt Mullenweg
Pada umurnya 19 tahun pada tahun 2005 beliau telah pun mampu tersenyum seperti wajah beliau.Beliau adalah pencipta CMS yang amat popular sekarang dan menjadi pilihan blogger di seluruh dunia iaitu Wordpress.Mendapatjumlah visitor sebanyak 150,000,000 setiap bulan sudah mampu membuatkandia tersenyum lebar dan berbangga dengan kejayaan beliau mendapatkira-kira $50 Million Revenue setiap tahun.
Kevin Rose
Laman web beliau iaitu Diggmenjadi pilihan blogger di seluruh dunia bagi mendapatkan trafik yangtinggi dengan menjadikan button web ini begitu popular.Berusia 27 tahunketika beliau memulakan langkahnya,memang cukup muda untuk memulakansebuah projek yang amat menguntungkan beliau yang mana mendapat100,000,000 setiap bulan dan juga sebanyak $30 Million yearly revenue.
Tom Anderson
Anak muda yang agak macho ini merupakan salah seorang yang amat berjayapada umurnya 23 tahun ketika itu telah membangunkan laman web yangmenjadi kegilaan dan juga ketagihan anak muda di seluruh dunia danlaman web ini begitu kontroversi juga suatu ketika dahulu berikutankebebasan yang ada pada laman web ini.Myspacesudahtidak perlu diperkenalkan lagi kerana ianya sudah berada di hati setiappengguna internet.Bilangan visitor setiap bulan yang mencapai180,000,000 menjana pendapatan beliau setahun sebanyak $850 juta.
Pierre Omidyar
Inilah pembangun laman web Ebayyang membuatkan kita mengenali online shopping dengan lebih selamat danjuga menarik kerana keunikan laman web beliau yang menjadi sebuahgedung membeli belah secara online paling besar di dunia yang mana andaboleh mendapatkan apa sahaja barang disini dan membelinya secara onlinedengan berdasarkan bid untuk membeli barang anda.Umurnya baru 28 tahunketika membangunkan laman Ebay sekarang sudah pun mempunyai $7.8 billion revenue setahun dan tidak hairanlah laman web beliau mencapai sebanyak 54,000,000 setiap bulan atau mungkin lebih..
Jerry Yang & David Filo
Calon kelapan ini merupakan pesaing kepada calon pertama kita iaitu pencipta Google.Yahooadalah pesaing Google dimana kedua-dua laman web ini bersaing untukmendapat tempat di hati pengguna internet di dunia.Ketika umur mereka26 dan 28 tahun kedua mamat ni telah pun berjaya dengan kariermasing-masing.Pendapatan tahunan yang mencapai $6.7 Billion membuatkananak muda ini sukar lelap mata jika Yahoo tidak popular lagi sepertisekarang.800,000,000 visitor setiap bulan adalah pencapaian yang amatmengkagumkan dan menarik perhatian ramai orang atau mungkin juga lebih.
Blake Ross
Anda kenal dengan musang berapi paling popular?Mozillaadalah ciptaan beliau yang telah menarik ramai pengguna internet untukmenggunakannya sebagai pelayar web paling popular seterusnyamenumpaskan Netscape Navigatoryang begitu popular pada era nya.Ketika berusia 19 tahun pada tahun2003 sudah pun mendapat $100 juta setahun dan laman web beliau mendapatkira-kira 60,000,000 visitor setiap bulan.
Calon terakhir ini mungkin tidak ramai yang mengenali laman web beliau..tetapi beliau tetap popular.
Beliau adalah pengasas laman web traker BitTorrent yang terbesar di Dunia iaitu ThePirateBay.Bittorent merupakan protokol kongsi-fail yang berkesan bagi membolehkanfail bersaiz besar dihantar dan diterima dengan mudah danpantas.Umurnya pada ketika itu adalah 24 tahun dan kini laman webbeliau sudah mempunyai 55,000,000 visitor sebulan dan juga mempunyaipendapatan tahunan sebanyak $12 juta.
50 Info Menarik Mengenai Dunia
Labels: Pengetahuan Am
# Sebelum Masehi, Bahasa Inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini).
# Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.
# Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman.
# Nama mobil Nissan berasal dari bahasa Jepun iaitu Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23
# Zirafah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.
# Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.
# 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.
# Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada berat tubuhnya sendiri.
# Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana.
# Titik diatas huruf i disebut ‘title’.
# Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi hampas segarnya akan bergerak naik turun dalam gelas.
# Benjamin Franklin anak bongsu dari orangtua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.
# Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaph obia adalah ketakutan pada hari jumat tanggal 13 (bisa terjadi antara 1-3 kali setahun). di Italia, 17 adalah angka malang. di Jepun angka yang dianggap malang adalah 4.
# Lidah zirafah panjangnya lebih kurang 50 cm.
# Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari.
# Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari.
# Kata ZIP (kode pos) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.
# Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.
# Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).
# Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita akan merasa haus.
# 4 simbol Raja pada daun terup melambangkan 4 raja yang terkenal di zaman masing-masing: “Ace”= David/Raja Daud ; “Kelawar” = Alexander the Great/Iskandar Agung ; Hati = Charlemagne/ Raja Prancis ; Diamond =Julius Caesar.
# Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75,000 liter.
# Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.
# Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata Merah dan albino.
# Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.
# Lambang/ikon ’save’ pada program Microsoft Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik.
# Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).
# Unta mempunyai 3 kelopak mata.
# Jangkahayat sehelai rambut di kepala kita adalah 2 hingga 6 tahun sebelum digantikan dengan rambut baru.
# Seseorang masih dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal kepalanya.
# Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat mata kita berkedip. Kita mampu berkedip 5kali dalam sesaat.
# Coklat dapat membunuh anjing kerana ia dapat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya.
# Tanpa kehadiran air liur di dalam mulut, kita tidak dapat merasa makanan.
# Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.
# 13% orang di dunia adalah kidal.
# Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.
# Berat kepala bayi yang baru lahir hanyalah 1/4 dari berat tubuhnya.
# Kita sebenarnya melihat dengan otak. Peranan mata hanyalah seperti kamera yang menghantar maklumat/data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata.
# Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.
# Tahun 1830-an, sos tomato biasa dijual sebagai ubat.
# Tiga monyet bijak mempunyai nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).
# India mempunyai undang-undang hak untuk lembu.
# Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.
# Nama negara Filipina adalah berasal dari nama Raja Phillip.
# Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud.
# Kanak-kanak mempunyai 20 gigi susu. Orang dewasa pula mempunyai 32 gigi kekal.
# Disebabkan rangkanya diperbuat daripada logam, maka piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia ke-2 diperbuat daripada kayu.
# Setiap kitaran 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Kitaran ini dinamakan sebagai “Solarmax”.
# Terdapat 318,979,564, 000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.
# Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi.
Kembali mengucap
Labels: Islam, Isu Semasa, MELAYU
Dia berbangsa Melayu, tetapi pada usia 36 tahun baru tahu mengucap kalimah syahadah dan berpeluang berjinak-jinak dengan ajaran Islam.
Katanya, ibu bapa kandungnya berketurunan Melayu, tetapi dia diserahkan kepada keluarga terbabit yang sangat rapat dengan gereja.
“Menurut surat beranak saya memang berketurunan Melayu dari Kinabatangan, Sabah, kerana ibu bapa Melayu tapi saya diserahkan kepada sebuah keluarga Kristian di Kota Kinabalu sejak bayi lagi.
“Saya tidak tahu kenapa saya diserahkan kepada keluarga terbabit, malah saya tak pernah dibawa berjumpa keluarga kandung menyebabkan saya tidak mengenali Islam dan tidak tahu mengucap. “Apabila dibesarkan keluarga angkat, saya didedahkan cara hidup agama terbabit. Makan minum dan adat mengikut cara mereka, malah sebelum makan saya diajar membaca doa mengikut Kristian,” katanya yang turut menunjukkan sijil kelahirannya bagi membuktikan dia berbangsa Melayu kepada wartawan Harian Metro.
Suria berkata, dia dikenali dengan panggilan Jaclyn sepanjang dibesarkan dalam keluarga terbabit hampir 18 tahun, sebelum keluar berdikari bersama rakan di Kota Kinabalu.
“Tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya keluar rumah dan tinggal bersama rakan mencari kerja untuk cuba hidup berdikari dan pekerjaan pertama saya sebagai pembantu kedai.
“Saya bekerja sebagai kerani di sebuah pejabat. Selepas itu, saya berhenti dan mengikuti kursus pendek dandanan rambut enam bulan sebelum bekerja di salun.
“Namun, tidak lama selepas itu, saya berhenti dan terbabit dalam aktiviti di beberapa gereja.
“Malah, sepanjang pengalaman di gereja dari 1999 hingga April 2009, saya pernah menjadi penyampai kandungan kitab Injil dan pastor di gereja,” katanya.
Suria berkata, dia hanya mengenali Islam apabila datang ke ibu negara Mei tahun lalu selepas mengenali seorang pemuda dari Semenanjung yang kemudian mengahwininya, baru-baru ini. “Tetapi sebelum kembali kepada Islam, saya berkesempatan hadir di sebuah gereja di ibu negara,” katanya yang meminta masyarakat tidak menyalahkannya kerana dia tidak tahu dan tidak diberi peluang mengenali Islam.
“Saya memeluk kembali Islam awal Disember lalu melalui bantuan pegawai di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan kenalan di Internet. “Itupun apabila mendapat hidayah selepas menonton sebuah rancangan berkaitan Nabi Muhammad s.a.w dan Isa di Astro Oasis tahun lalu.
“Rancangan itu membuatkan terharu dan terfikir sejenak mengenai kebenaran, kerana Isa dalam Islam tidak disalib dan dinaikkan ke langit, tetapi dalam Kristian saya diberitahu disalib dan selepas mati tiga hari ke langit.
“Selepas itu, saya cuba melayari Internet untuk berhubung dengan rakan dan mendapatkan bantuan daripada kenalan di Internet untuk mengenali Islam di Perkim.
“Apabila mengenali Islam dan menjadi seorang muslimah, hati saya lebih tenteram, maklumlah dulu tidak kisah mengenai aurat tapi kini semua kena jaga,” katanya.
Dia kini mempelajari asas ajaran Islam seperti saudara baru lain, malah pada mula sangat kekok untuk bergaul dan berdamping dalam masyarakat Islam.
Sementara itu, Pegawai Dakwah dan Kebajikan Hal Ehwal Sosial Perkim, Amran Abdullah, berkata beliau terkejut apabila mendapat tahu wanita terbabit berketurunan Melayu dan berasal daripada keluarga Islam.
“Memang sangat mengejutkan kami kerana dia orang Melayu tapi dibesarkan dalam keluarga dan cara hidup Kristian, sehingga tak tahu langsung untuk mengucap.
“Cuma, kita bersyukur kerana dia akhirnya menemui kembali Islam, iaitu agama asal keluarga kandungnya dan kita cuba membimbingnya sebaik mungkin,” katanya.
Sumber : Harian Metro
[ PETISYEN ] Memorandum Sejuta Umat
Labels: IslamPERTEGASKAN LARANG GUNA KALIMAH ALLAH OLEH AGAMA LAIN DARI ISLAM
“Katakanlah Dia Allah yang Maha Esa
Allah tempat meminta segala sesuatu
(Allah) tidak beranak dan tidak diperanakkan
Dan tidak ada sesuata yang setara dengan Dia”
(Surah Al Ikhlas 1-4)
disediakan oleh
Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia
Dipanjangkan kepada
KDYMM Raja-raja Melayu
dan
Perdana Menteri Malaysia
Menyedari bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan dengan itu mempunyai kedudukan istimewa dalam negara ini.
Mengisafi bahawa kalimah Allah bukan hanya nama Tuhan disisi Islam , malah adalah aqidah yang jelas bermaksud Allah yang Esa dan tidak sama dengan maksud Tuhan dalam mana-mana agama lain dari Islam seperti yang ditegaskan dalam Al Quran ,Surah Al Ikhlas.
Menegaskan bahawa menggunakan kalimah Allah dalam konteks agama lain dari Islam adalah suatu penghinaan kepada Islam ,
Menyedari betapa keharmonian hidup beragama dikalangan masyarakat di negara ini hendaklah dipelihara dengan menghormati sensitiviti antara penganut pelbagai agama di Malaysia,
Menegaskan bahawa dengan mengheret kes penggunaan kalimah Allah ke Mahkamah Sivil seperti yang telah dilakukan oleh pihak penganut Katolik dengan tujuan mengunakannya dalam majalah Herald Catholic Weekly adalah jelas menyalahguna proses undang-undang untuk mencabar kedudukan Islam dan bidangkuasa agensi Agama Islam serta Majlis Raja-raja Melayu.
Mengingatkan bahawa keamanan awam akan terjejas jika pihak pemimpin penganut Katholik maseh terus mahu menguna kalimah Allah dalam majalahnya akibat sensitiviti masyarakat Islam tidak dihormati,
Memahami bahawa proses undang-undang mengenai hal ehwal yang berkaitan dengan Islam tidak boleh dibawa ke Mahakamh sivil,
Maka Kami yang menandatangan memorandum ini dengan ini menyatakan pendirian kami dan menuntut:
1. Menolak dan membantah dengan tegas penggunaan kalimah Allah dalam konteks mana-mana agama lain selain Islam yang menyamakan Allah dengan makasud Tuhan mereka.
2. Menolak dan membantah keputusan Mahkamah Tinggi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan yang membatalkan arahan Kementerian Dalam Negeri untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly.
3. Agar pihak institusi Katolik dinegara ini membatalkan niatnya untuk meneruskan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguannya Herald – The Catholic Weekly,
4. Mempersosial niat sebenar penggunaan Allah dalam majalah Herald yang boleh menyalahi peruntukkan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.
5. Pihak kerajaan segera menggunakan kuasa mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan supaya kedudukan agama Islam sebagai agama yang mempunyai status istimewa di negara ini dipertegaskan dan tidak membenarkan sebarang percubaan mana-mana pihak untuk melakukan sesuatu yang boleh ditafsir sebagai menghina Islam.
6. Proses undang-undang melalui pembicara di Mahkamah mengenai penggunaan kalimah Allah hendaklah dibatalkan kerana ini melibatkan isu keselamatan dan hak umat Islam di negara ini.
7. Majlis Raja-raja Melayu dengan segera mengadakan persidangan tergempar untuk memutuskan pendirian mengenai isu ini agar mempertahan kesucian agama Islam supaya tidak berlaku ketegangan yang menjejaskan keamanan awam,
8. Semua media hendaklah mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam isu ini supaya tidak menjejaskan keharmonian antara agama dan tidak mengakibatkan imej Islam dan agensi-agensi Islam dihina dikacamata masyarakat.
9. Semua pertubuhan Islam dinegara ini bersatu dalam mempertahankan kesucian Islam dan mengambil sikap bertanggungjawab dan bijaksana dalam menangani isu penggunaan kalimah Allah ini.
10. Semua pertubuhan politik mengambil sikap bertangungjawab dan mengenepi kepentingan politik sempit demi memelihara kedudukan dan kesucian agama Islam serta keharmonian antara umat beragama di negara ini.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung Majlis Perunding Pertubuhan-perubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Sekretariat Perhubungan Setiausaha Agung MAPIM: di Alamat Pejabat TERAS Pengupayaan Melayu F1014A , Kg.Pondok , 08400 Merbok , Kedah . Tel 019-4744856 , azmi58@yahoo.com
Klik disini untuk melanjutkan »»
Sindrom taksub, fanatisme orang Melayu
Labels: MELAYU
MASIH ingatkah kisah kumpulan Al-Arqam yang pernah menggemparkan negara sekitar awal 1990-an dahulu? Kalau nak diikutkan, asal ceritanya bermula dengan seorang ustaz biasa yang giat berdakwah.
Saban hari, fahaman itu berkembang membentuk suatu kumpulan agama yang besar dan memiliki entiti perniagaan dalam pelbagai bidang.
Akhirnya pengasas kumpulan tersebut, Ashaari Muhammad langsung lupa daratan, tenggelam dalam kekuasaan dan mula menyerong daripada akidah Islamiah sebenar. Ashaari mula menjadi idola puluh ribuan pengikutnya dan dianggap wali yang cukup tinggi tarafnya.
Tulisan hari ini sebenarnya bukanlah hendak merungkai isu Al-Arqam. Tetapi yang mahu diperhalusi dan dibicarakan ialah sentimen dan elemen ‘fiil’ Melayu bila mana ia terlalu taksub dalam satu-satu hal.
Dalam konteks Al-Arqam ini misalannya, ketaksuban yang tak kena gaya, tidak berpandukan ilmu dan asas Islam yang hakiki menyebabkan penyelewengan berlaku.
Akhirnya pemimpin pula didewa-dewakan, dipuja dan dihormati secara melampau. Kumpulan yang didokong pula bagai dapat merealisasikan segala-gala hajat dan diumpamakan tiada cacat-cela.
Taksub Berpolitik
Kalau dikaitkan dengan suasana berpolitik orang Melayu sendiri, macam itu jugalah perangai ketaksubannya. Sesetengahnya, bila sudah terlampau fanatik dan percaya dengan parti yang disokong, rasional daripada parti lawan ditolak mentah-mentah.
Sifat, “aku saja betul” dan “kau tetap salah” mewarnai semangat dan kepercayaan politik. Tuduh-menuduh menjadi kebiasaan dengan isu halal-haram dan betul-salah sudah bukan lagi asas pertimbangan. Asalkan yang disokong menang!
Lebih parah sebenarnya, bila adunan politik itu disadur pula dengan kepentingan Islam. Seperti yang pernah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, kelemahan sesetengah orang Islam ialah mereka begitu cepat terpengaruh dengan apa sahaja yang dibuat atas nama Islam; dan orang Melayu adalah contohnya paling tepat yang mudah tertarik dalam hal-hal berunsur keagamaan.
Yang jadi mangsa adalah pengikut yang mempunyai kefahaman agama setakat ‘cukup-cukup makan’ sahaja. Gara-gara kecetekan ilmu, mereka ini sering hilang punca dan selalu berdasarkan sentimen perasaan dalam pertimbangan antara hak dan yang batil serta bersikap tertutup dalam menerima buah fikiran yang dilihat berasal daripada kelompok lain.
Bila asas agama digunakan untuk membuktikan betul-salah sesuatu perkara, soal dosa pahala, kafir dan syurga-neraka pun menjadi isu yang terbeban untuk dibicarakan dan dihukum oleh sang pengikut. Inilah yang malangnya; menghukum dan membuat kesimpulan tanpa ilmu di dada!
Perdebatan Mengarut dan Tidak Berfaedah
Isu di sini sebenarnya bukanlah bertujuan untuk memisahkan entiti agama daripada politik. Agama Islam sememangnya syumul atau ‘complete’. Namun, asas agama tentulah wajib dijadikan pegangan setiap insan politik yang bernama ‘Melayu’ dan berjatidirikan ‘Islam’.
Tetapi dalam suasana hiruk-pikuk dan kecelaruan kefahaman Islam yang setakat ‘separuh masak’ saja di kalangan ramai Muslimin di Malaysia, perlu ada boundary tertentu agar agama tidak sampai terseleweng dan disalah tafsir.
Oleh kerana terlalu taksub kepada pemimpin atau sesebuah pertubuhan, hari ini Islam dilihat lebih cenderung ke arah menilai tahap keimanan, mencari perbezaan fahaman imam yang diikuti dan menilai tahap roh perjuangan sehingga menjadikan umat Islam berpecah-belah.
Kita sepatutnya mencari persamaan dan elakkan perbezaan. Begitu banyak perdebatan dan perbalahan yang sudah sampai ke tahap mengarut dan tidak berfaedah.
Justeru itulah, Islam memerangi kejahilan ilmu kerana akibat buruknya mampu melahirkan manusia bersifat taksub membabi-buta. Ketaksuban juga akan memecah-belahkan umat Islam bahkan menjahanamkan hubungan silaturrahim sesama Muslim.
Paling buruk, apabila ia mula menganggu-gugat keamanan dan kestabilan sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Orang-orang bukan Islam akan merasa salah faham dan segala usaha untuk melaksanakan pembangunan Islam juga turut terbantut.
Kembalilah kepada asas al-Quran yang menyarankan kepentingan ilmu supaya kita tidak terperangkap dalam ketaksuban fanatisme dan membuta-tuli yang menghancurkan diri sendiri, agama, bangsa dan negara tercinta.
FERIZ OMAR
Presiden Pertubuhan
Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)
Zee Avi - Kantoi (free mp3 download + lirik)
Labels: Download, VideoSemalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn't true
So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai... you, you tak ada
Lagi la I jadi gila
So I called and called sampai you answer
You kata sorry sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain
Sudahlah sayang, I don't believe you
I've always known that your words were never true
Why am I with you?
I pun tak tahu
No wonder la my friends pun tak suka you
So I guess that's the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex boyfriend's best friend, Tommy...
[ * DOWNLOAD * ]
Klik disini untuk melanjutkan »»
Belang sebenar Chin Peng
Labels: Isu Semasa
SEMINGGU lalu, genap 54 tahun peristiwa bersejarah Rundingan Baling 1955 yang diadakan selama dua hari pada 28 dan 29 Disember 1955 bertempat di Baling English School atau nama barunya, Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putra (SRKTP).
Rundingan khas atau 'Baling Talk 55' antara Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng itu antara usaha menuntut keamanan, menghentikan pertumpahan darah, kekejaman dan kezaliman ke atas rakyat.
Proses rundingan di daerah pedalaman Kedah itu juga boleh dianggap antara usaha terakhir kerajaan meyakinkan British bahawa anak tempatan layak memerintah negara sendiri dan bersedia menuntut kemerdekaan.
Buktinya, beberapa hari hari selepas pertemuan bersejarah itu berlangsung, Tunku terus berangkat ke London meneruskan pula rundingan kemerdekaan dengan British.
Namun, Rundingan Baling dikatakan gagal - puncanya cukup mudah, iaitu kerana sikap ego, degil serta keengganan Chin Peng menerima keamanan, tidak sanggup menyerah diri dan memilih pertumpahan darah sebagai saluran perjuangannya.
Sepanjang rundingan, Chin Peng sudah memperlihatkan sikap tidak percayakan sesiapa, sedangkan kerajaan bersusah payah menjayakan proses itu serta gencatan senjata bagi memastikan pertemuan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Sedikit suntingan catatan Setiausaha Peribadi Tunku, Tan Sri Shafie Abdullah yang menyertai rundingan itu dan catatan wartawan, Harry Miller, memperlihatkan belang sebenar Chin Peng, tetapi maklumat berkenaan sebenarnya jarang dihebahkan.
Catatan berbunyi: "Pada petang 28 Disember 1955, masuklah Tunku bersama Encik David Marshall (Ketua Menteri Singapura), Encik Hamid Jumat, Datuk (Sir) Tan Cheng Lock, Encik Yaacob Latiff, Encik Too Joon Hing, Encik TH Tan dan Tuan Syed Jaafar Albar ke bilik rundingan.
Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin dibawa masuk ke bilik rundingan melalui jalan belakang, iaitu dari rumah penginapan mereka oleh Encik John LH Davis (Pegawai Daerah Butterworth). Chin Peng duduk bertentangan dengan Tunku dan diapit Rashid dan Chin Tien.
Sebaik saja duduk, Chin Peng terus memperlihatkan sikap curiga, memerhati keadaan sekeliling seolah-olah tidak percaya jaminan keselamatan yang dijanjikan kerajaan. Chin Peng curiga melihat sesuatu yang dilekatkan pada siling bilik rundingan.
Tunku menjelaskan, ia sebenarnya perakam suara untuk merekodkan butiran perbincangan dan meminta Chin Peng supaya yakin, bahkan membenarkan beliau sendiri memeriksa alat itu jika tidak berpuas hati.
Chin Peng bangun, diikuti Chen Tien lalu memeriksa bilik sebelah dan sekeliling tempat rundingan. Selepas berpuas hati, barulah mereka kembali semula ke kerusi rundingan."
Sikap tidak percaya dan curiga itu berterusan hinggalah tamat rundingan hari pertama. Chin Peng dan rakannya disediakan sebuah bilik tidur di bangunan bersebelahan tempat rundingan. Asal bangunan itu adalah rumah guru dan kini dijadikan galeri pameran.
Individu yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan buat pemimpin PKM itu ialah Jaafar Ismail, 83, tukang kebun sekolah yang bertanggungjawab menyiapkan keperluan rundingan, termasuk makanan dan minuman Chin Peng.
Membahasakan dirinya sebagai Pak Lang, Jaafar berkata, Chin Peng turut curiga dengan kemudahan yang disediakan di tempat penginapan dan langsung 'tidak menikmati' apa yang diterimanya.
"Saya diarahkan British supaya menyediakan bilik tidur, menyiapkan makanan dan minuman mereka. Sebuah bilik kecil mempunyai dua katil, siap dengan meja kecil untuk meletak makanan.
"Tetapi, sepanjang dua hari (rundingan), mereka langsung tak sentuh makanan. Langsung tak terusik, bila saya masuk selepas rundingan, keadaannya sama seperti asal. Ada yang kata, mereka takut makanan itu diracun," katanya.
Ketika diberi amanat penting itu, Pak Lang yang berasal dari Kampung Seberang Pekan, Baling, menyediakan roti, susu dan minuman yang semuanya diletakkan dalam bekas tin bertutup.
Anak jati Baling ini juga hairan bagaimana pemimpin PKM itu boleh bertahan dua hari tanpa makan dan minum. Terdetik dalam hatinya, jika beginilah keadaannya, rundingan pasti gagal kerana Chin Peng langsung tidak percayakan sesiapa.
Memang benar telahan itu kerana ketika rundingan tiba di penghujungnya pada hari kedua, Chin Peng sekali lagi memperlihatkan keangkuhannya untuk meneruskan ideologi komunis tetapi mahu memastikan kerajaan Tanah Melayu dan Singapura berkuasa penuh mengawal urusan pertahanan negara.
Chin Peng berjanji akan menghentikan peperangan serta merta jika syarat itu dipenuhi, lalu Tunku menjelaskan satu daripada sebab beliau ke England ialah untuk mendapatkan kuasa mengawal sendiri keselamatan dalam negeri.
Namun, Chin Peng menegaskan, meletak senjata bukan maksudnya menyerah senjata kepada kerajaan, keputusan yang kononnya hanya akan diambil mereka sekiranya PKM diakui dan kebebasan mereka tidak lagi disekat.
Sikap angkuh itu ditamatkan dengan kata-kata Chin Peng: "Berdamai ertinya menyerah diri. Menyerah diri ertinya satu penghinaan. Kami tidak akan menyerah diri tetapi akan berjuang sampai ke titisan darah terakhir".
Dengan tegas, Tunku membalas: "Kalau saudara tidak mahu menyerah kalah, kami juga tidak sanggup menerima saudara sekalian menjadi rakyat negeri ini. Kalau keamanan hendak dicapai dalam negeri ini, salah satu pihak daripada kita mesti menyerah.
"Saya tidak sanggup membiarkan Malaya menjadi seperti Korea atau Vietnam. Saya sendiri tidak akan menyerah, sebab itu saudaralah yang mesti menyerah diri," katanya.
Rundingan berakhir begitu saja disebabkan sikap Chin Peng yang angkuh, sedangkan pada pandangan Tunku, tempoh sehari sudah memadai untuk menyelesaikan rundingan.
Namun, Bapa Kemerdekaan ini sanggup memberi ruang dan peluang mendengar penjelasan Chin Peng hingga ke hari kedua, tetapi proses itu tetap juga menemui jalan buntu.
Info: Rundingan Baling
# September 1955: Tawaran pengampunan beramai-ramai kepada komunis dan 40 juta risalah 'Tawaran Menyerah Diri' serta 12,000 pas pengampunan digugurkan di hutan belantara dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil.
# Kandungannya 'kalau kamu menyerah diri, keluar dari hutan, kamu tidak akan dihukum kerana kesalahan yang kamu lakukan berhubung darurat'.
# Akhir September 1955, Chin Peng memberi jawapan bertulis menyatakan perjuangan komunis berakhir dan meminta gencatan senjata serta rundingan menamatkan perang.
# Surat itu dihantar dari Kampung Kelian Intan, Keroh, Perak kepada Tunku Abdul Rahman; Ketua Menteri Singapura, David Marshall; Sir Tan Cheng Lock dan pemimpin Parti Perikatan lain.
# Pertemuan awal: kerajaan diwakili Timbalan Menteri Pelajaran, Too Joon Hing dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu, Ian C Wylie, manakala PKM oleh Chen Tien.
# Tiga rundingan awal berlangsung di Kampung Kelian Intan (sehingga November).
# Wylie yang juga bekas Pegawai Pasukan 136 ketika Perang Dunia Kedua cukup kenal Chin Peng dan Chen Tien kerana berkhidmat dalam pasukan sama.
# Tiga hari selepas Tunku pulang dari Indonesia, Chin Tien membawa surat Chin Peng mengandungi cadangan rundingan.
# Tempoh 10 hari terakhir Disember, pasukan keselamatan diarah melaksanakan gencatan senjata mengejut meliputi kawasan 400 batu persegi termasuk Baling, Kroh (Pengkalan Hulu), Kelian Intan dan sempadan Thailand.
# Tiada kata sepakat dicapai selepas PKM enggan menerima pelan damai kerajaan dan meneruskan gerakan bersenjata.
Sumber : Berita Harian
10 Mafia Paling Berpengaruh Di Dunia
Labels: Pengetahuan Am
10. Jamaican - British Yardies
Jamaican-British Yardies adalah kumpulan berasal dari Jamaica yang berpindah ke England pada tahun 1950-an. Mereka terlibat dalam berbagai bentuk kekerasan berkumpulan dan dikenali sebagai Yardies. Mereka juga mengatur organisasi jenayah seperti perdagangan ubatan terlarang dan berbagai jenayah bersenjata lainnya. Kelompok mafia ini belum mencuba untuk memasuki sistem perhukuman, oleh kerana itu Yardies dianggap kurang berpengaruh berbanding kumpulan mafia lain. Dalam setiap jenayahnua, kumpulan ini menggunakan senjata api, yang merupakan senjata yang dikawal ketat oleh kerajaan British.
9. The Albanian Mafia
The Albanian Mafia terdiri dari kumpulan organisasi kriminal yang bertapak di Albania. Kumpulan mafia ini juga aktif di Amerika Syarikat dan di negara-negara Eropah. Dilaporkan bahawa The Albania Mafia telah melebarkan jaringannya hingga ke peringat antarabangsa sejak tahun 1980-an lagi. Jenayah yang dilakukan di Albania sendiri bermula sejak abad ke-15. Di Amerika Syarikat dan England, organisasi ini memiliki jaringan perdagangan dadah dan seks. Mereka dikenali mudah untuk melakukan kekerasan sebagai membalas dendam atau sebagai ancaman.
8. The Serbian Mafia
The Serbian Mafia beroperasi lebih dari 10 negara, termasuk Jerman, Amerika Syarikat, England, dan Perancis. Mereka terlibat dalam berbagai aktiviti seperti perdagangan dadah, penyeludupan, pembunuhan, perlindungan jaringan, perjudian, dan pencurian informasi. Mafia ini memiliki oleh kumpulan utama disebut Vozdovac, Surcin and Zemu yang akan mengatur kumpulan yang lebih kecil. 30-40% kumpulan mafia ini berada di Serbia.
7. Israeli Mafia
Israeli Mafia beroperasi di banyak negara dengan pelbagai aktiviti seperti perdagangan narkotik dan dadah serta perlacuran. Dahulu mafia ini dihormati dan dikenali kerana perlindungannya, namun sekarang dikenali sebagai sangat bengis dan tidak akan berfikir dua kali untuk melakukan pembunuhan. The Russian-Israeli Mafia telah memasuki ke dalam seluruh bahagian sistem politik di Amerika Syarikat.
6. Mexican Mafia
Mexican Mafia merupakan kumpulan dalam penjara yang sangat kuat di Amerika Syarikat. Kumpulan mafia ini ditubuhkan pada akhir 1950-an bagi melindungi para tahanan (anggota kumpulan) dari tahanan lainnya atau dari petugas penjara. Kumpulan ini terlibat dalam aktiviti pemerasan dan perdagangan dadah. Sehingga kini organisasi ini setidaknya memiliki 30.000 anggota di seluruh Amerika Syarikat. Anggota kumpulan ini biasanya menunjukkan tatu yang serupa iaitu bendera Mexico di atas lingkaran dan pisau bersilang yang terbakar. Dilaporkan bahawa terdapat 150 anggota yang berada di dalam penjara yang memiliki kuasa untuk memerintahkan pembunuhan dan terdapat tidak kurang 2.000 kumpulan di luar penjara yang bersiap sedia untuk melaksanakan perintah tersebut. Mereka jua memaksa kumpulan lain yang lebih lemah untuk membayar wang perlindungan, bagi yang menolak akan dibunuh.
5. Japanese Yakuza
Japanese Yakuza adalah kumpulan organisasi jenayah yang berasal dari Jepun, sering menggunakan ancaman dan pemerasan bagi mencapai tujuan mereka. Organasasi ini dipercayai ditubuhkan sejak abad ke-17. Jari kelingking yang dipotong merupakan tanda keanggotaan organisasi ini. Kadang-kala pemotongan jari adalah sebagai tawaran kepada pemimpin kumpulan sebagai tanda permohonan maaf. Sebahagian anggota mafia ini memiliki tatu di seluruh bahagian badan. Mafia ini memiliki sekurangnya 110,000 anggota aktif yang berasal dari 2,500 keluarga. Aktiviti mereka meliputi perlindungan terhadap kumpulan, pengimport material pornografi yang tidak ditapis dari Eropah dan Amerika, pelacuran dan pendatang asing.
4. Chinese Triads
Chinese Triads terdiri dari berbagai organisasi jenayah yang bertumpu di China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapore, dan selainnya. Mereka juga aktif di New York, Los Angeles, Seattle, Vancouver dan juga San Fransisco. Aktiviti jenayah mereka meliputi perompakan, pembunuh upahan, pedagangan dadah, pemerasan, lintah darat dan banyak lagi. Organisasi ini bermula pada abad ke-18 dan asalnya bernama Tian Di Hui. Walaupun kekuatan organisasi ini terus meningkat, namun jenayahnya semakin berkurang. Organisasi ini setidaknya memiliki 30,000 anggota aktif. Organisasi ini juga terlibat dalam pemalsuan mata wang China.
3. Colombian Drug Cartels
Colombian Drug Cartels ditubuhkan bagi mengawal perdagangan dadah. Organisasi ini beroperasi di banyak negara. Organisasi ini juga memiliki banyak sokongan dengan dunia politik, tentera dan golongan elite secara rahsia. Kumpulan kartel utama yang ada di Colombia diantaranya adalah the Cali Cartel, Medellin Cartel dan the Norte del Valle Cartel. Organisasi ini juga terlibat dalam berbagai jenayah penculikan dan pengganas.
2. Sicilian and American Cosa Nostra
Sicilian and American Cosa Nostra boleh dikatakan sebagai kumpulan yang masih baru. Mafia ini ditubuhkan pada suku kedua abad ke-19 di Itali. Walaupun masih berusia "muda", mafia ini memiliki kemampuan yang hebat dalam melaksanakan jenayah besar dan mampu meloloskan diri. Aktiviti mereka meliputi perlindungan ahli, perdagangan dadah dan senjata. Anggota mafia ini hanya sedikit, berjumlah antara 3,000 hingga 4,000 orang. Namun, anggota-angota mafia ini biasanya berpakatan dengan pihak-pihak lain diluar kumpulan mereka. Anggota organisasi biasanya harus menyelesaikan satu tugas yang diberikan kepadanya sebelum diterima masuk, selalunya mereka akan ditugaskan untuk membunuh seseorang bagi membuktikan kelayakannya. Setiap anggota organisasi harus mengikuti peraturan untuk tidak membocorkan mengenai organisasi.
1. Russian Mafia
Russian Mafia yang berakar di Russia ini memiliki pengaruh di seluruh dunia. Organisasinya diwakili oleh 100,000 hingga 500,000 anggota. Mereka terlibat dalam berbagai jenayah terancang di negara-negara seperti Israel, Hungary, Spain, Canada, UK, US, Russia dan banyak lagi. Mereka juga berpindah ke Israel, Amerika, dan Jerman dengan menggunakan identiti rakyat Jerman atau Yahudi. Aktiviti mereka meliputi perdagangan dadah dan senjata api, pengeboman, penyelundupan, pornografi, penipuan internat dan lain-lain lagi. Salah satu peraturan mereka adalah "tidak akan bekerja sama dengan pihak berkuasa". Jika ada anggota yang membocorkan maklumat ketika ditahan oleh pihak polis, mereka akan dibunuh setelah dibebaskan. Organisasi ini ditakuti kerana akan membunuh sesiapa sahaja dengan apa jua sebabnya.
Mari mencuba - "Selamat tahun baru 2010"
Labels: Tips and Tricks
1 - Copy nombor di bawah
2 - Paste kat Note Pad (note pad buka bagi full)
3 - Tekan “CTRL+H”
4 - Pada Colum “Find”, taip 6
5 - Pada colum “replace”, taip _ (under score)
6 - Kemudian klik "Replace all"... tengok apa jadi
6666666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 666666666666
6669966666996699669 9999999669966666 9966666669966666 6996699999999669 9666699666666666 6666696666666666 666666666666
6669966666996699669 9999999669966666 9966666666996666 9966699999999669 9666699666666666 6666999666666666 666666666666
6669966666996699669 9666666669966666 9966666666699669 9666699666699669 9666699666666666 6669969966666666 666666666666
6669966966996699669 9999999669999999 9966666666669999 6666699666699669 9666699666666666 6699666996666666 666666666666
6669969996996699669 9999999669999999 9966666666666996 6666699666699669 9666699666666666 6999999999666666 666666666666
6669999699996699666 6666699669966666 9966666666666996 6666699666699669 9666699666666666 9999999999966666 666666666666
6669996669996699669 9999999669966666 9966666666666996 6666699999999669 9666699666666669 9666666666996666 666666666666
6669966666996699669 9999999669966666 9966666666666996 6666699999999669 9999999666666699 6666666666699666 666666666666
6666666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 666666666666
6666666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 666666666666
6666666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 666666666666
6699666669966666666 6966666666699999 9996699999999669 9666666996666666 6996666699669999 9999669966666996 666666666666
6699666669966666666 9996666666699999 9996699999999666 9966669966666666 6999666699669999 9999669966666996 666666666666
6699666669966666669 9699666666699666 6996699666699666 6996699666666666 6999966699669966 6666669966666996 666666666666
6699999999966666699 6669966666699999 9996699999999666 6699996666666666 6996996699669999 9999669966966996 666666666666
6699999999966666999 9999996666699999 9996699999999666 6669966666666666 6996699699669999 9999669969996996 666666666666
6699666669966669999 9999999666699966 6666699666666666 6669966666666666 6996669999669966 6666669999699996 666666666666
6699666669966699666 6666669966699666 6666699666666666 6669966666666666 6996666999669999 9999669996669996 666666666666
6699666669966996666 6666666996699666 6666699666666666 6669966666666666 6996666699669999 9999669966666996 666666666666
6666666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 666666666666
6666666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 666666666666
6666666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 666666666666
6669966666699669999 9999666666666966 6666666999999996 6666666999999966 9999999966699966 6699999999666666 666666666666
6666996666996669999 9999666666669996 6666666999999996 6666666999999996 9966669966669966 6699666699666666 666666666666
6666699669966669966 6666666666699699 6666666996666996 6666666666666996 9996669966669966 6699966699666666 666666666666
6666669999666669999 9999666666996669 9666666999999996 6666666666669966 9969669966669966 6699696699666666 666666666666
6666666996666669999 9999666669999999 9966666999999996 6666666666699666 9966969966669966 6699669699666666 666666666666
6666666996666669966 6666666699999999 9996666996996666 6666666669966666 9966699966669966 6699666999666666 666666666666
6666666996666669999 9999666996666666 6699666996699666 6666666999999996 9966669966669966 6699666699666666 666666666666
6666666996666669999 9999669966666666 6669966996666996 6666666999999996 9999999966699996 6699999999666666 666666666666
6666666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 6666666666666666 666666666666





