Aku Sempoi: February 2010

Ikan gergasi di Mukah Sarawak (5/5)










Klik disini untuk melanjutkan »»

Cina gemuk vs cina ahbeng di LDP









Klik disini untuk melanjutkan »»

"Otai rempit"





Beratnya hanya sekitar 40 hingga 60 kilogram, tetapi motosikal yang sudah diubah suai ini, mampu memecut hingga 100 kilometer dalam tempoh tidak sampai 10 saat.


Memang mengejutkan tetapi itulah kecenderungan terbaru yang semakin berkembang dalam dunia ‘underground’ pelumba motosikal jalanan yang menganggapnya sebagai cara paling berkesan mempamer kepakaran individu melakukan pengubahsuaian khasnya mekanik di bengkel sekali gus menarik minat pelanggan di kalangan Mat Rempit.


Usaha mendekati golongan ini yang biasanya terdiri daripada ‘otai’ agak sukar kerana selain menyedari aktiviti dilakukan itu salah di sisi undang-undang, mereka enggan dilabelkan setaraf seperti Mat Rempit yang dianggap sebagai ‘budak baru naik’.


Bagaimanapun, selepas beberapa hari memantau dan mendekati golongan itu, wartawan Harian Metro berjaya memujuk beberapa orang lama dalam bidang itu untuk bercerita mengenai dunia bawah tanah yang sudah wujud sekian lama namun tidak ramai mengetahuinya.


“Modifikasi ekstrem ini biasanya dilakukan terhadap motosikal jenis tertentu saja dan paling banyak membabitkan motosikal empat lejang kerana kosnya lebih murah dan tidak terlalu rumit.


“Kebanyakan komponen motosikal yang tidak penting ditanggalkan sebelum pengubahsuaian dilakukan terhadap kerangka bagi menjadikannya lebih rendah hingga hampir dengan tanah untuk mendapatkan kestabilan dan mengurangkan rintangan angin.

“Selepas itu, ubah suai dilakukan terhadap bahagian enjin seperti head, cam, blok, karburetor, ekzos, klac dan kotak gear.


“Mekanik juga akan menggunakan komponen khas untuk perlumbaan yang boleh didapati di kedai alat ganti motosikal,” kata seorang pemilik bengkel motosikal yang hanya mahu dikenali Mie, 28.


Menurutnya, apabila motosikal siap diubah suai, seorang joki berpengalaman mengujinya bagi membolehkan beberapa penyelarasan akhir dilakukan sebelum jentera itu dibawa ke ‘litar lurus’ di beberapa lokasi yang enggan didedahkannya di sekitar Ipoh.


“Perlumbaan ini biasanya hanya antara pemilik bengkel motosikal dan jarang membabitkan orang persendirian.


“Kami hanya membuat pertaruhan wang dan tidak pernah mempertaruhkan ‘bohsia’. Kami bukan golongan budak baru naik yang berlumba secara membabi buta dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.


“Kami hanya memilih jalan lurus di beberapa lokasi terpilih di sekitar Ipoh dan perlumbaan biasanya membabitkan dua motosikal saja pada waktu tertentu. Ia hanya berlangsung dalam tempoh singkat dan disaksikan pelanggan terpilih saja. Kami juga pernah berlumba di luar Perak.


Beberapa rakan saya masuk ‘dalam’ (lokap) tetapi setakat ini saya bernasib baik biarpun pernah beberapa kali dikejar polis,” katanya yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak.


Sementara itu, rakan kongsinya yang membuka bengkel motosikal itu bersama dua lagi sahabat mereka yang hanya mahu dikenali Sham, 29, berkata minat mendalam dalam bidang automotif menjadi pendorong.


“Selain masing-masing mempunyai sijil kemahiran dalam bidang itu, seorang daripada kami turut memiliki diploma kejuruteraan dari sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka. Minat menemukan kami dan kami berkongsi modal membuka bengkel ini.

“Bagi saya, hanya terdapat satu cara saja untuk mengatasi gejala lumba haram dan Mat Rempit.


Untuk golongan ‘profesional’ seperti kami, kerajaan negeri perlu membina trek lurus khas dan kami tidak kisah jika perlu bayar yuran untuk menggunakannya,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Klik disini untuk melanjutkan »»

Kenapa air laut masin ?





Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.

Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.

Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.

Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.

Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan input dan output secara seimbang.

Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.

Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.

Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adlaah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.

Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.

Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada kajian yang dijalankan di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke laut.

Kawasan perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh permukaan tanah. Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo hingga 38 o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di seluruh bahagian dunia.

Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.

Klik disini untuk melanjutkan »»

Apa Dah Jadi Dengan Bangsa MELAYU ?



Kita makin tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan. Jika barang mewah atau barang kurang perlu naik harga tak lah kita kisah sangat. Tetapi barang makanan semakin naik harga. Gula, tepung dan beras yang terkawal harganya naik sedikit demi sedikit. Caj perkhidmatan seperti tol , pengangkutan dan lain-lain juga turut naik. Bank juga semakin tidak bertimbang rasa. Kalau dulu kereta cuma akan ditarik selepas 4 atau 6 bulan kini 3 bulan sudah kita terima akibatnya. Pinjaman juga semakin susah untuk diperolehi. Peniaga makin kekurangan modal lalu pelanggan menerima akibatnya.

Oleh Melayu kini tidak lagi mudah untuk berurusan dengan bangsa-bangsa pendapatan. Orang Cina sudah tidak lagi berminat untuk sewakan premis mereka kepada orang Melayu. Bagi peniaga pula sangatlah susah untuk mendapat kredit jangkapanjang dari pembekal barangan dagangan dari bangsa asing. Orang Melayu sudah dikategorikan sebagai bangsa yang tercorot dalam carta golongan yang boleh diberi kemudahan untuk perniagaan.

Pekerja menerima upah yang rendah berbanding dengan perbelanjaan bagi menguruskan kehidupan. Gaji 2 ribu sebulan sudah tak ada nilainya lagi. Kakitangan kerajaan yang sebelum ini boleh dikatakan sebagai pekerja yang selesa dari segi upah dan gaji kita hanya cukup makan. Akibatnya rasuah berleluasa. Nak minta borang pun kadang kadang kena ada under table, belum lagi memohon kelulusan.

Orang Melayu hanya nampak bergaya dari segi kulit luaran. Mereka sebenarnya hidup atas belas ehsan bangsa pendatang. Jika makan gaji hanya cukup makan. Nak berniaga mana nak dapatkan modal ? . Nak harapkan kementerian pembangunan usahawan sudah pun kena pancung. Nak harapkan Tekun, mereka pun sudah kering tabung. Nak harapkan MARA entah bila wang akan turun. Nak harapkan SMIDEC , setelah diitukarkan nama kepada SMICorp hala tujunya bukan lagi untuk bantu orang Melayu.

Makin tertekan hidup rakyat Melayu ditanah tumpah darah mereka sendiri. Bangsa asing kini menguasai semua sektor ekonomi. Harga barang dan perkhidmatan bukan lagi ditentukan oleh kerajaan tetapi dikawal oleh pedagang-pedagang bangsa asing yang dulu hanya menumpang mencari rezeki ditempat kita.

Dimana orang Melayu selepas ini ? Bergerai dipinggir-pinggi jalan. Menjual nasi lemak dan goreng pisang. Perniagaan apa orang Melayu selepas ini ? MLM dan direct selling dan bergantung pada logo halal dan kesucian barangan buatan muslim. Mengharap tender-tender kerajaan yang semakin hari semakin kurang. Berebut satu tender hingga 200 ke 300 syarikat mengambil bahagian. Setelah dapat , jika ada modal memang tak mencukupi. Pergi ke bank untuk ambil pinjaman, macam-macam alasan dan syarat dikenakan hingga terpaksa meminta dan merayu macam pengemis. Selepas beberapa ketika pinjaman tak diluluskan. Akhirnya menggadai projek kepada syarikat bangsa asing. Jadi apa dengan syarikat Melayu bumiputera itu ? Sekadar dapat menambah senarai pengalaman menjalankan projek didalam profail. Pengarah dapat sedikit habuan dari jualan projek, kakitangan semakin dikurangkan kerana mereka tidak lagi diperlukan.

Kemana kita selepas ini ? Terus mengemis di tanah air sendiri ? Wang kita sudah terkumpul sepenuhnya ditangan bangsa yang dulunya menumpang disebelah rumah kita. Melayu nak buat apa sekarang ? Berdebat di stadium, berebut jawatan. Bercakap degar-degar di TV di radio. Berhujah tentang ketuanan Melayu . Tuan apa bendanya ? Tuan kepada orang Melayu sendiri ? Tapi tanah air sendiri bertukar tangan. Tuan kita bukanlah lagi orang kita.

Jika berhujah mengenai agama seolah-olah kita adalah paling Islam dari orang Islam yang lain. Golongan itu tak betul golongan ini tak betul. Fahaman itu tak betul, fahaman ini tak betul. Tercapailah hasrat para kapitalis untuk meletakkan orang Islam didalam kelompok mereka sesama Islam untuk berdebat dan berhujah mengenai agama mereka. Soal ekonomi dan sosial dilepas pandang. Akhirnya orang Melayu Islam terperosok dalam surau dan masjid, terus menerus berdebat mengenai fahaman dan amalan.

Selepas penat berdebat dan berhujah keluarlah beramai-ramai menjamu selera di kedai India. Sebelum balik kerumah singgah membeli barangan keperluan keluarga di kedai Cina.

Nak kemana kita selepas ini ? Dimana nak letakkan anak cucu kita selepas ini ?

Sumber : forum CariGold

Klik disini untuk melanjutkan »»

Keindahan negara Iran (5/5)










Klik disini untuk melanjutkan »»

Wanita JIM Selangor kecam “No Panties Campaign”





Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya kempen ”no panties” pada Hari Valentine yang hangat dipromosikan kepada pelajar-pelajar wanita institusi pengajian tinggi.

Ketuanya, Dr Ruziaton Hasim dalam satu kenyataan media semalam meluahkan rasa sedih yang amat sangat apabila kempen tersebut tidak dilihat sebagai tindakan yang menjijikkan dalam kalangan pelajar wanita malahan mereka menyambutnya dengan gembira.

Kempen tersebut bertujuan menggesa para pemudi mengambil tindakan sedemikian bagi menyambut Hari Valentine sebagai luahan tanda cinta sejati mereka terhadap pasangan masing-masing.

"Perkara ini amat mengecewakan kerana reaksi sedemikian datang daripada golongan pelajar Melayu yang seharusnya memiliki nilai kesopanan dan tahap kecerdasan minda yang tinggi dengan kebolehan intelek yang baik. Golongan pelajar yang terpengaruh dan disibukkan oleh aktiviti-aktiviti tidak sihat sebegini sebenarnya telah tertipu oleh pihak yang mempromosikan kempen ini," kata Dr Ruziaton.

"Reaksi para pelajar berkenaan mengenai kempen tersebut jelas menunjukkan bahawa pemuda-pemudi di negara ini masih keliru dengan pernyataan cinta sejati dan tidak dapat membezakannya dari hawa nafsu syahwat. Golongan muda-mudi di negara ini harus diingatkan kembali agar terus menjaga maruah diri masing-masing dan tidak menggadaikannya dengan harga yang murah. Kelebihan akal manusia yang dikurniakan Allah subhanahu wataala sepatutnya digunakan sebaik mungkin dalam membuat pertimbangan mengenai baik buruknya sesuatu tindakan," tambahnya.

Wanita JIM Selangor mengingatkan bahawa sambutan Hari Valentine bukanlah budaya yang dianjurkan oleh Islam dan usaha sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyarankan kempen yang keji ini sangat menyedihkan. Mereka berharap semua pelajar wanita terutamanya golongan Muslim menjauhi promosi ini dan tidak diperbodohkan oleh saranan dangkal tersebut. Kempen ini jelas bertentangan dangan ajaran Islam dan bercanggah dengan amalan murni dalam masyarakat madani.

"Wahai para gadis, jangan cemari intelektual dan maruah anda dengan menyertai promosi keji ini!" pesan Dr Ruziaton mengakhiri kenyataannya.

Sumber : Malaysia Harmoni

Klik disini untuk melanjutkan »»

Badminton 3 lawan 3 Malaysia - Indonesia









Klik disini untuk melanjutkan »»

Nostalgia Jalaluddin Hassan bersama A&W





TARIKH keramat 4 Ogos 1975 kekal segar dalam kamus hidupnya. Setiap kali melintasi restoran makanan segera A&W, secara automatik momen pahit itu menerjah. Biarpun sudah hampir tiga dekad berlalu tetapi peristiwa tersebut masih tetap bersarang dalam dirinya. Segala-galanya bagaikan baru semalam berlaku.

"Pada tengah hari itu saya ditugaskan menghantar pesanan makanan di pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang terletak di aras sembilan bangunan AIA. Suasana sekitar tenang seperti biasa. Namun sebaik saja pintu lif di aras sembilan terbuka saya mendengar satu letupan kuat yang menyakitkan telinga.

"Saya sangkakan di aras berkenaan sedang sibuk dengan kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian. Tapi, lain pula yang berlaku. Belum sempat keluar dari lif tiba-tiba seorang sekuriti dengan pantas menghalang dan bergegas meminta saya segera turun ke A&W," imbas pelakon tersohor Datuk Jalaluddin Hassan, 56, mengenai insiden yang berlaku di bangunan AIA, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur hampir 35 tahun lalu.

Setibanya di A&W yang terletak di aras bawah bangunan AIA, dengan pantas pengurus menarik tangannya masuk ke dalam dan serta-merta mengunci pintu restoran. Kumpulan krew yang lain hanya menggelengkan kepala apabila Jalaluddin bertanyakan apakah yang sedang berlaku.

Keadaan semakin cemas tatkala bangunan AIA dikelilingi dengan puluhan anggota polis. Tidak berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan sebenar, tanpa jemu Jalaluddin meminta pengurusnya merungkai situasi sebenar.

Alangkah terkejutnya sebaik sahaja mendapat perkhabaran letupan yang didengarnya tadi rupa-rupanya tembakan yang dilepaskan oleh pengganas Tentera Merah Jepun (JRA).

Difahamkan tentera JRA telah merempuh masuk dan menawan beberapa individu di pejabat Kedutaan AS dan Sweden di aras tersebut. Jika tuntutan mereka tidak dipenuhi tebusan akan dibunuh.

Lebih cemas apabila A&W menerima panggilan telefon daripada seorang tebusan yang memesan set makanan untuk tentera JRA. Kacau-bilau fikiran Jalaluddin kerana bimbang keselamatan diri dan krew lain jika pergi menghantar makanan kepada tentera JRA.

"Kami tidak mengambil keputusan terburu-buru dan berbincang dengan pihak polis. Krew A&W dihalang menghantar tempahan makanan sebaliknya anggota polis yang menyamar sebagai krew A&W dan menghantar makanan.

"Selepas beberapa jam terperangkap akhirnya pihak polis membenarkan kami pulang ke rumah. Insiden itu cukup membimbangkan dan menyebabkan bonda menangis teresak-esak memikirkan keselamatan saya," tutur Jalaluddin mengenai krisis tebusan bangunan AIA yang dapat diselesaikan secara aman tanpa melibatkan pertumpahan darah.

Ini semua berkat kebijaksanaan Allahyarham Tun Ghazali Shafie yang pada waktu itu memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri. Kemahirannya bertutur dalam bahasa Jepun, membuatkan rundingan selama tiga hari tiga malam itu berjalan lancar dan berjaya membebaskan tawanan.

Biarpun diuji dengan insiden yang mendebarkan, namun ia sedikitpun tidak melemahkan semangat bekerja Jalaluddin. Tanggungjawabnya sebagai krew menghantar pesanan makanan masih dilunaskan dengan baik.

Berjalan dalam keadaan hujan dan panas tidak dipedulikan asalkan pelanggan menerima pesanan makanan seperti yang diingini. Pada zamannya proses penghantaran tempahan hanya dengan berjalan kaki.

"Saya sekadar suka-suka bekerja di A&W. Sebelum itu sudah mencuba pelbagai pekerjaan tetapi masih tidak berpuas hati kerana impian sebenar ingin menjadi pelakon. Kelakarnya, selepas melihat kawan-kawan bekerja sebagai pelayan, saya pun nak jadi pelayan. Lantas A&W menjadi pilihan.

"Pada era tersebut A&W merupakan restoran makanan segera yang cukup popular. Anak-anak muda kerap dilihat berpacaran di sini. Yalah makan di A&W nampak lebih bergaya berbanding di gerai (ketawa)," ujar Jalaluddin yang memberitahu A&W bukan sekadar lubuk rezeki malah mendidik pekerja tempatan semangat perpaduan.

Tambah bapa kepada lapan cahaya mata itu: "Sejak dulu lagi krew di A&W yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan Australia sudahpun mempraktikkan amalan bersatu padu dan bekerjasama.

"Kami saling bantu-membantu. Malah, kawan baik saya ketika itu ialah Peter (anak orang kaya berbangsa Cina) dan Bahrain (Melayu). Walaupun Peter mengalami kecacatan fizikal tetapi saya dan Bahrain sentiasa menjaganya dengan baik."

Detik awal A&W

SAHABAT karib yang memulakan empayar A&W pada tahun 1919.

Kenyataan pelakon yang pernah membintangi drama Idaman itu, disokong oleh Jim Phinex, 67. Phinex bukan calang-calang individu, dia merupakan anak kepada pasangan suami isteri dari California, AS yang bertanggungjawab membuka restoran makanan segera A&W di Malaysia.

Menariknya restoran A&W bukan sahaja restoran makanan segera yang pertama di Malaysia malah rangkaian A&W pertama di Asia. Saat memulakan operasi pada 20 Disember 1963, adalah suatu fasa yang sukar kerana masyarakat Malaysia era itu tidak pernah mengenali burger, kentang goreng atau sosej.

Namun kerana dekorasi restoran yang berwarna ceria itulah, ia mula menarik minat pengunjung khususnya kanak-kanak.

Jelasnya, sewaktu melakukan proses permohonan untuk membuka A&W, kerajaan tempatan memberikan satu syarat penting. Syarat yang perlu dilaksanakan supaya tidak timbul soal ketidakadilan dalam perpaduan kaum.

"Lokasi restoran pertama kami ialah di Batu Road, Kuala Lumpur (kini Jalan Tuanku Abdul Rahman). Semua kelengkapan dapur dan produk makanan sudah diselesaikan cuma ketika itu kami memerlukan tenaga kerja daripada masyarakat tempatan.

"Oleh kerana kerajaan mahu masyarakat Melayu dan India mula mencari kerja di bandar bersama orang Cina, maka kami diwajibkan mengupah 40 peratus orang Cina, 30 peratus orang Melayu manakala 30 peratus lagi masyarakat India," tegas Phinex ketika ditemui Kosmo! pada Majlis Pelancaran Wajah Baru cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Trak Bergerak A&W.

Phinex yang mengahwini wanita berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu memberitahu dia bagaikan tidak percaya gabungan staf A&W daripada pelbagai kaum menyemarakkan pembukaan restoran tersebut.

Kisah darurat

Menyentuh mengenai suka dan duka A&W, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu menyifatkan peristiwa rusuhan 13 Mei 1969, sedikit sebanyak mengganggu operasi rangkaian restoran berkenaan.

Sepanjang perintah darurat orang ramai tidak dibenarkan keluar rumah sekali gus menyekat pelanggan datang menjamu selera di A&W.

"Pening memikirkan untung rugi ketika rusuhan kaum berlaku. Kekurangan pelanggan menyebabkan stok makanan tidak terusik. Namun semuanya dapat diatasi pada hari kedua rusuhan apabila restoran A&W di cawangan Petaling Jaya, didatangi dua anggota polis yang tidak makan selama dua hari berturut-turut.

"Saya benarkan mereka makan tanpa sebarang bayaran. Pada masa yang sama meminta anggota polis berkenaan membuat pengumuman kepada anggota polis yang lain supaya datang menikmati makanan secara percuma," kata Phinex yang membelanjakan 300 set makanan A&W pada waktu itu.

Ditanya mengenai A&W di Malaysia sudah menjangkau usia 47 tahun dia menjawab: "Siapa sangka restoran makanan segera tertua ini masih gagah berdiri walaupun terpaksa bersaing dengan jenama makanan segera yang lain.

"Paling penting masyarakat tetap mengingati A&W kerana air Root Beer di dalam gelas besar dan Coonie Dog. Itulah signatur popular kami."

Sumber : Kosmo

Klik disini untuk melanjutkan »»

Malique featuring Daly & Altimet - Masih Hip Hop







DOWNLOAD




Klik disini untuk melanjutkan »»

Soalan sengal, jawapan pon sengal






* Klik pada image untuk paparan yang lebih jelas.




Klik disini untuk melanjutkan »»

Melayu bagaikan ketam di dalam baldi



Sering kali kita kedengaran rintihan dan nasihat dari orang tua-tua sewaktu kita di zaman anak-anak yang lalu agar menjaga diri dan perilaku sebagai anak melayu dan juga orang Islam. Kita juga pernah mendengar pepatah melayu seperti "tidak akan hilang Melayu di dunia."

Ketika itu kita tidak pernah mendengar ada orang Melayu mengafirkan sesama sendiri. Yang selalu kita dengar adalah kisah dan keagungan orang melayu seperti hikayat lima sekawan Hang Tuah , Hang jebat,Hang lekir , Hang Lekiu dan Hang Kasturi.

Betapa hebatnya orang Melayu ketika itu terutamanya di nusantara ini. Melaka menjadi rebutan orang-orang Eropah dan tanah Melayu adalah merupakan lombong emas kepada pendatang asing seperti Cina , India dan juga orang-orang Indonesia.Kehabatan pelabuhan Melaka membuat ramai pedagang mahu berniaga di tanah air kita ini.

Betapa bertuahnya bumi ini. Bumi yang menjadi idaman seluruh penduduk di nusantara ini sehingga ke hari ini, Malaysia adalah negara pilihan utama rakyat-rakyat asing.

Namun , sifat dengki mendengki adalah warisan orang Melayu yang suikar dihindar.

Seperti hikayat Hang Tuah, dengki-mendengki sesama melayu telah menular semenjak zaman itu lagi dan ini adalah kelebihan yang ada pada orang Melayu. Mereka bagaikan ketam di dalam baldi. Jika ada ketam lain yang mula merangkak ke atas , maka ada ketam lain di bawah akan menarik ketam itu turun. Sampai bila melayu akan terus begini.

Di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad, Malaysia di bawa melangkah lebih jauh dan maju dengan teknologi-teknolgi morden dan kemajuan dalam bidang ekonomi sehingga disegani di seluruh dunia.

Ramai yang cuba menghalang setiap tindakan baik yang diperkenalkan oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad dari yang cuba menyokong. Sedangkan yang membangkang itu tidak pernah memberikan ilham-liham yang sebijak Perdana Menteri , malahan tidak pernah terfikir oleh mereka akan satu ilham yang sebaik itu.

Bagi mereka semua yang mahu dilakukan oleh Perdana Menteri kita yang boleh memberikan kebaikan kepada rakyat akan di halang, kerana jika ilahm itu menghasilkan kejayaan maka bertambah kukuhlah lagi sokongan rakyat kepada beliau.

Namun sikap tegas beliau , terus melaksanakan dan akhirnya ianya membuahkan hasil yang dinikmati oleh semua rakyat.

Umpamanya , kereta Nasioanl yang mendapat tentangan dari pembangkang , DAP dan PAS khususnya. Berapa ramaikah dari pada Ahli-ahli PAS dan juga DAP kini yang memiliki kereta Nasional ini.

Putera Jaya lambang kemegahan orang Melayu , mahu dilelong oleh PAS. Tahukah mereka , mengapa Perdana Menteri mengilhamkan firdausi Putera Jaya?

Setelah Kuala Lumpur yang menjadi punca ekonomi utama negara tidak lagi menjanjikan peluang kepada kaum bumiputera untuk memilikinya kerana nilai tanah yang melambung tinggi setiap kaki persegi dan sukar dimiliki oleh orang Melayu. Putera Jaya timbul dalam ilham Perdana Menteri untuk orang-orang Melayu.

Nilai harga tanah orang Melayu naik tinggi melambung. Tanah di Putera Jaya tidak boleh ditukarkan daripada status Bumiputera. Tanah dan pembangunan di Putera Jaya diberikan harga-harga istimewa kepada bumiputera, pejabat-pejabat kerajaan di pindahkan ke Putera Jaya. Pintu utama ke tanah air juga di pindahkan ke Putera Jaya, bagi menaikan taraf Putera Jaya.

Jika dahulu kita ke luar negeri dan mereka bertanya kepada kita tentang Kuala Lumpur. Siapakah yang membuka Kuala Lumpur. Kita akan menjawab Yap Ah Loi. 10 tahun akan datang orang asing akan bertanyakan tentang Putera Jaya , bukan Kuala Lumpur lagi.

Siapakah yang membuka Putera Jaya ? dengan megahnya kita akan berkata, Dato' Seri Mahathir Mohammad. Perdana Menteri kita. Siapa pula yang mahu melelong kemegahan orang Melayu ini ? Sendiri tahu lah.........

Klik disini untuk melanjutkan »»

Kisah IRC



Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya, dia akan bertemu dengan Hazlan tepat jam 12 malam dalam irc[chatting]. Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di IRC.

Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung-pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar bila-bila masa tetapi Hazlan lain pula

Dia memang jujur dan berterus-terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC.

Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak muncul. Dia sering menggunakan nama 'hensemboy' manakala Shahirah pula menggunakan nama 'nurheart'. Namun, malam ini nama tersebut tidak muncul. Shahirah kecewa kerana Hazlan mungkir janji mahu bertemu dengannya di IRC. Shahirah meninggalkan kafe siber itu dengan hati yang sedih.

Selang beberapa malam, Shahirah kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu
mencari Hazlan kerana sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah menghubunginya jauh sekali memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas.

Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada mereka juga Shahirah bertanya mengenai Hazlan namun mereka mengatakan sudah lama Hazlan tidak masuk IRC.

Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'hensemboy' muncul. Shahirah tanpa membuang masa terus menegur Hazlan.

nurheart : Lan...

hensemboy : Ira...maaf saya tak dapat masuk malam itu.

nurheart : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?

hensemboy : Maaf...saya tak sempat menghubungi awak. Maaf...

nurheart : Tak kisahlah. Awak sihat?

Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. Hazlan tidak menjawab pertanyaannya dan tiba-tiba senyap. Shahirah menunggu dengan sabar namun tetap Hazlan tidak menjawab pertanyaan dan panggilan Shahirah. Dengan rasa sedih Shahirah meninggalkan IRC dan pulang dengan perasaan hampa.

"Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu Shahirah melangkah lemah ke biliknya malam itu."Aku tak faham betul.

Kenapa Hazlan dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia? "Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh menyamar bila-bila masa saja. Aku dah kata jangan terlalu rapat nanti kau kecewa,"kata Samirah. "Aku berbual dengan dia malam ini tapi dia tiba-tiba hilang. Aku risaulah dengan dia, Sam," katanya sambil memegang tangan Samirah. Samirah mendiamkan diri seketika. Sejurus itu dia menyarankan agar Shahirah menelefon rumah Hazlan. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah kerana sikap pelik Hazlan. Shahirah bersetuju denganpendapat Samirah. Dia akan menghubungi Hazlan esok selepas dia pulang dari kelas malam.

Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Shahirah telah singgah ke Kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dengan Hazlan sekiranya dia masuk IRC malam ini. Sekurang-kurangnya dia dapat bertemu dengan Hazlan sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Shahirah tercapai apabila Hazlan masuk IRC.Shahirah tersenyum gembira apabila Hazlan telah menegurnya.

hensemboy : Ira...awak marah saya ke?

nurheart : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak macam mahu tidak mahu berbual dengan saya?

hensemboy : Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi seperti dulu.

nurheart : Kenapa?

hensemboy : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu bertemu dengan awak, ingat?

nurheart : Awak teruk ke?

hensemboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai....saya hilang darah yang banyak...saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar. Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi semak batu 6.

nurheart : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?

hensemboy : Tidak ada siapa. Saya masih di sini...menanti orang membantu saya.

nurheart : Maksud awak?

hensemboy : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah.

Shahirah tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dengan rasa takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon berdekatan dan menghubungi rumah Hazlan. Memang Hazlan seorang yang suka bergurau tetapigurauannya malam ini memang menyeramkan.

Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya. Apabila ditanya, dia merupakan kakak Hazlan. Setelah memperkenalkan dirinya, dengan lembut Shahirah bertanya mengenai Hazlan. Tiba-tiba suara wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hari Hazlan tidak pulang ke rumah. Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara yang bergetar, Shahirah berkata kepada kakak Hazlan supaya mencari Hazlan di dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, Shahirah terus meletak gagang. Airmatanya mencurah-curah bercampur sedih dan takut.

Keesokan harinya, kisah Hazlan muncul di muka depan akhbar. Mayat seorang siswa berumur 25 tahun ditemui didalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan cedera parah dan mulai busuk.Motor yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari. Shahirah melipat akhbar tersebut.

Dia berjanji tidak akan mengunjungi IRC lagi. Dalam diam dia mengakui Hazlan memang
menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih cuba mahu berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang sedih bahawa dia sudah tiada lagi.

Klik disini untuk melanjutkan »»

Hukum guna Facebook





AYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Klik disini untuk melanjutkan »»
 
{nama-blog-anda} is proudly powered by Blogger.com | Template by Agus Ramadhani | o-om.com