Aku Sempoi: July 2010

Gambar kecederaan Tom My Starz LG (2/2)







Klik disini untuk melanjutkan »»

Teori matematik Jerman juara Piala Dunia 2010





Perhatikan fakta-fakta dibawah dengan teliti:


1. Brazil memenangi Piala Dunia pada tahun 1994,
sebelum itu mereka juga menang pada tahun 1970.
Tambahkan 1970 + 1994 = 3964

2. Argentina memenangi Piala Dunia yang terakhir pada tahun 1986,
sebelum itu mereka juga menang pada tahun 1978.
Tambahkan 1978 + 1986 = 3964

3. Jerman memenangi Piala Dunia yang terakhir pada tahun 1990,
sebelum itu mereka juga menang pada tahun 1974.
Tambahkan 1974 + 1990 = 3964

4. Brazil juga memenangi Piala Dunia yang terakhir pada tahun 2002,
sebelum itu mereka juga menang pada tahun 1962.
Tambahkan 1962 + 2002 = 3964

5. Oleh itu, jika anda ingin tahu negara apakah yang akan
memenangi Piala Dunia kali ini, anda hanya perlu tolak angka
2010 dengan angka ajaib yang kita tentukan sebelum ini
iaitu 3964.

3964 - 2010 = 1954 ...

Siapakah yang memenangi Piala Dunia 1954???

Tidak lain dan tidak bukan... JERMAN!

Fakta ini mungkin tidak begitu saintifik ...
tapi ia cukup menarik untuk diperhatikan.

Klik disini untuk melanjutkan »»

Kisah ketam Melayu dan ketam Cina





Saya ingin berkongsi satu cerita kepada anda semua. Mungkin kita boleh ambil iktibar dari cerita ni.

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Klik disini untuk melanjutkan »»
 
{nama-blog-anda} is proudly powered by Blogger.com | Template by Agus Ramadhani | o-om.com