Meludam adalah pemuda dari plenet bumi, telah diutuskan oleh penduduk bumi untuk bermesyuarat dengan 5 spesis alien dari 5 galaxy yang berbeza. Kelima-lima tamadun alien ini telah membuat kajian ke atas planet bumi sebelum melakukan pendaratan untuk bergaul dengan manusia di bumi. Sebelum mereka mendarat mereka betul-betul ingin bercakap dengan makhluk bumi sebenar, maka Maludam telah dipilih.
Mesyuarat tersebut berlaku di markas yang telah dibina di bulan.
Maludam : Sebelum kita mulakan mesyuarat saya ingin dengar pandangan anda semua tentang bumi.
Alien 1 : Penduduk bumi adalah penduduk yang baik, tidak macam kami selalu gaduh-gaduh.
Alien 2 : Kamu bohong mereka sangat jahat, dengki-berdengki dan khianat antara satu sama lain dan suka berperang.
Alien 3 : Tidak-tidak itu sebahagian kecil sahaja daripada mereka, selebihnya baik.
Alien 4 : BOHONG, yang baik itulah sikit, yang jahat itu banyak.
Alien 5 : Kamu semuanya pembohong ada 3 jenis manusia di bumi sebenarnya, baik, jahat, dan sederhana.
Alien 3 : Tidak, kajian kamu tidak mendalam, kamu hanya melihat di permukaan sahaja.
Alien 1 : Saya tak setuju, saya telah menggunakan method terkini dalam kajian saya dan mendapat mereka begitu.
Alien 2 : Pendusta, method kajian kami lebih maju dari kamu, kamu tak layak cakap begitu.
Mereka berhujang selama 2 jam tanpa henti menyatakan hasil kajian masing-masing. Oleh sebab tak tahan Maludam pun memberhentikan mereka dan Maludam menerangkan bagaimanakan manusia itu sebenarnya kerana Maludam sendiri adalah manusia. Namun, ia tidak menyelesaikan masalah, mereka tidak mahu mendengar kata Maludam kerana mereka yakin kaedah kajian mereka yang paling betul.
Akhirnya mesyuarat tersebut dihentikan tanpa sebarang keputusan. 5 Alien tadi diberikan masa 1 abad lagi untuk membuat kajian.
Kajian diteruskan...
Moral of the story : Lu pikir lah sendiri :)
Hikayat Meludam mempengerusikan mesyuarat 5 alien
Labels: Kisah Tauladan
Subscribe to:
Posts (Atom)
